Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Terpaksa Buang Ke Tempat Pelupusan Sampah" - Bisnes Kopi Shuib Gulung Tikar

25-11-2020 12:57 PM| Komen: 116

Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu mendedahkan dia mempunyai bisnes Kopi Shuib sebelum munculnya kedai minuman jenama Bubble Bee Malaysia.

Menurut Shuib, 36, dia terpaksa menerima kenyataan apabila perniagaan kopi itu tidak dapat bertahan lama dalam pasaran.

Katanya, pada peringkat awal produknya hanya terjual sebanyak 3,000 daripada 10,000 kotak justeru dia memilih untuk berikan secara percuma sahaja.

Kredit foto: IG

"Setelah macam-macam yang saya buat. Semuanya buat sendiri, buat tanpa pengetahuan, buat pakai hentam je, KOPI SHUIB yang mulanya ada stokis, ejen semuanya hilang dan senyap macam tu ja.

"Walaupun pada dasarnya #KOPISHUIB ni sangat berkualiti, tapi saya kena terima kenyataan tanpa team yang bagus, pemasaran yang bagus, platform yang bagus, sesuatu produk mungkin tak akan boleh bertahan lama dalam pasaran.

"Kopi yang saya pesan pada peringkat awal 10,000 kotak hanya terjual 2000-3000 kotak sahaja. Itu pun ada yang pulangkan balik.

"Masa tu Mertua ada buka restoran dekat Kuala Selangor, jadi saya cuba juga letak dekat situ untuk jual, sampai buat sale kaw sebab masa tu dah risau tarikh luput produk dah dekat.


"Sale pun orang taknak beli sangat!!! Bayangkan!! Sampai satu tahap saya sedekah kan ja pada siapa yang nak.

"Bagi kat orang percuma sebab masa tu dah putus asa dah! Lagi sedih nak bagi percuma ada yang tak nak. 

"Sedihnya Tuhan ja yang tau. Berapa banyak masa yang dibuang, berapa banyak duit simpanan yang saya habiskan. 

"Saya gunakan semua duit yang saya dapat dari show, shooting, buat program, duit menang Maharajalawak.. semuanya habis!!!!!" tulisnya di Instagram (IG).


Tambah suami kepada penyanyi Siti Sarah, dia dan isteri tidak mampu untuk berbuat apa-apa sehinggalah tarikh luput tiba.

Kata pemilik nama Shahmira Muhamad, kenangan paling sedih adalah dia terpaksa memanggil lori datang untuk membuang kopi itu ke tempat pelupusan sampah.

"Dan klimak sedih adalah bila semua kopi saya bawa balik rumah di Puchong, saya letakkan dalam satu bilik dan memang penuh dengan KOPI SHUIB yang menantikan tarikh luput tiba.

"Masa tu kami suami isteri hanya mampu tengok kopi tu mereput depan mata, tak tau nak hantar ke mana, nak buat apa dengan kopi tu.

"Sarah adalah orang paling sedih sebab masa tu kami dah ada anak, baru nak mulakan hidup, tapi duit yang ada kami habiskan untuk buat KOPI SHUIB.


"Dan bila tiba tarikh luput KOPI SHUIB, itulah saat paling sedih dalam hidup kami suami isteri, saya terpaksa hubungi lori datang rumah dan buang kopi ke tempat pelupusan sampah.

"Hancur hati kami suami isteri. Apa yang diimpikan tak menjadi kenyataan, segala usaha seolah sia-sia.

"Tapi saya sentiasa sabar dan yakin dengan perancangan Allah. Biar pun tak berjaya tapi pasti masanya akan tiba.

"Jangan pernah berhenti untuk mengejar apa yang kita impikan. Allah Maha besar, Allah tahu yang terbaik untuk kita.

"Kini KOPI SHUIB tinggal menjadi kenangan buat saya dan isteri..Kopi penuh kenangan," tulisnya lagi.


Sekadar info, Shuib dan Sarah berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin. -CARI

Sumber: Gempak

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 116
Komen

Previous : "Selagi Mampu, Saya Tiada Masalah Jika Raf Mahu Dua Atau Tiga..." - Mawar Rashid

Next       : Dulu Nak Keluar Rumah Pun Malu, Tak Sangka Shalma Eliana Jadi Penyanyi

Komen Terbaru

Quote ashilalat 20-12-2020 08:50 AM
Ada kena mengena tak dgn cuci duit? Mcm x kesah je rugi pon

Lain-lain Komen

Quote Tukul.Besi 25-11-2020 01:00 PM
Oh okay......
.....
Quote Themilo 25-11-2020 01:01 PM
hahaha.. bagi free pun orang reject? tak seleraaaaaaa
Quote missyL 25-11-2020 01:05 PM
Xsedap ke smpi xde org nk tu..hahaha
Quote CiliPadiSedap 25-11-2020 01:09 PM
cmni baru champion, jatuh sekali bangkit 5 kali.
Quote samshik 25-11-2020 01:19 PM
Apo motip cter ko ni suib ooii?? Nk suruh org support bumblebee kah??
Quote NEmma 25-11-2020 01:25 PM
Edited by NEmma at 25-11-2020 01:26 PM

So? Nk minta weolss terinspirasi kah? Atau marketing untuk produk coffee soib yg baru?
Quote slyfynx 25-11-2020 01:32 PM
Ni nk cerita konon2 dulu susah sampai x laku, skrg laku nk mampos ke mira?
Quote Normabaru 25-11-2020 01:32 PM
Ni nk bg hint bb pon nk melingkup sama ke cmner
Quote umbut 25-11-2020 01:34 PM
Sapa nak beli... tgk gambar pun dah x selera
Quote Nenasketum 25-11-2020 01:35 PM
Kat mana depa beli cermin ek? Confidence setinggi gunung Everest.
Quote makcun14 25-11-2020 01:39 PM
So? Ramai je orang bisnis gulung tikar
Quote sukacactus 25-11-2020 01:41 PM
So gossipnya nak kita speku tempat sebenar pelupusan kopi tu ke cemana?
Quote jfq 25-11-2020 01:45 PM
Set2 letak product nama sendiri. So vain
Quote JunkMail 25-11-2020 01:50 PM
Yoyo kelapo.. kopi sangat berkualiti katanya tapi org beli pun pulangkan balik..bagi free pun taknak. Acanooooo??
Quote kucingitam 25-11-2020 01:50 PM
cuba letak nama kopi janda...berduyonn org beli..ini kau letak nama sendiri.. gitulah jadinya..
Quote matbad 25-11-2020 01:54 PM
Okkk noted
Quote sleepandream 25-11-2020 01:56 PM
heols dah dapat balik ke kete yg sprm sita haritu
Quote bulalof 25-11-2020 01:59 PM
ada benda dah tak laku baru nak sedekah kat org. memang tong sampah la pengakhirannya...
Quote eyansss 25-11-2020 02:00 PM
NEmma replied at 25-11-2020 01:25 PM
So? Nk minta weolss terinspirasi kah? Atau marketing untuk produk coffee soib yg baru?

macam gitu je gayanya...  hahaha...

Lihat semua komen(116)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top