Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Nabila Razali Harap Dapat Menyanyi Semula

24-11-2020 05:39 PM| Komen: 100

Penyanyi Nabila Razali, 28, bersedia menyanyikan sendiri lagu Peluang Kedua di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) selepas saingan hari ketiga yang sepatutnya berlangsung Ahad lalu ditunda berikutan salah-seorang pesertanya, Alif Satar disahkan positif Covid-19.

Pengurusnya Mohd Asrul Abdul Talib berkata, keputusan itu hanya akan dibuat sekiranya tahap kesihatannya pulih sepenuhnya pada tarikh program itu dilangsungkan nanti.

"Kita akan melihat keadaan kesihatannya pada masa itu. Jika pulih sepenuhnya, besar kemungkinan Nabila akan buat persembahan itu.

"Sejak awal lagi, dia mahu menyanyikan sendiri lagu itu, tapi masalah kesihatannya yang agak serius membuatkan pengurusan ambil keputusan itu," katanya tanpa mendedahkan masalah kesihatan yang dialami Nabila.


Foto: IG

Asrul juga mengambil dari sudut positif  penangguhan SFMM35 itu memberi peluang buat Nabila menyanyikan sendiri lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu.

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Sekarang, doakan saja kesihatan Nabila pulih sepenuhnya agar dapat menyanyikan sendiri lagu itu nanti," katanya.

Terdahulu, Nabila menarik diri dari SFMM35 yang sepatutnya berlangsung Ahad lalu atas faktor kesihatan. Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk mendapatkan khidmat doktor pakar namun berehat adalah jalan terbaik buatnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 100
Komen

Previous : "TokTi Bagi Teaser, Tunjuk Baby Bump?"

Next       : "Dia Sweet, Kami Suka Berbalas Pick Up Line" - Aniq Suhair Selesa Kawan Dengan Cik B

Komen Terbaru

Quote MsChinta83 27-11-2020 12:23 AM
Tak yah la...u need more rest.

Lain-lain Komen

Quote salmon-suki 24-11-2020 05:45 PM
Ai cek in awal sgt keee..baidewei,xyah laa..for da sake of the industry,tolong berhenti menyanyi..dah nyanyi xsedap nk play sick card plak..nti nyanyi hancur, kuar pulak berita,"sy belum sihat sepenuhnya,tp demi peminat,sy sggup nyanyi"....sooooooooo cliche plot perjalanan penyanyi hauk mcm gini~{:nose
Quote shernazz 24-11-2020 05:50 PM
Nabila semangatnya akak tengok..
Bagus nabila..teruskan
Patut nabila jadi la personal assistant ka..s/u ka..sebab nabila tahan maki...
Comey pung comey..
Quote uori 24-11-2020 06:03 PM
dan2 la ko kan, ha rehatlah cecukup sementara tangguh ni, ke sakit ko pun tangguh sama?

Quote albob90 24-11-2020 06:10 PM
Bila SFMM ditangguhkan, ini betul-betul peluang kedua utk cik nab. Dapat jugak dia nyanyi lagu ni utk semi
Quote umbut 24-11-2020 06:11 PM
Hahahah... baru nak lega... nak masuk jugak.. pastu kena kecam
Quote mamajawie 24-11-2020 06:22 PM
Aku doakn si beyak nyanyi tak sedak ni pencen awal je la dari nyanyian n lakonan termasuklah apa2 bidang berkaitan suara ni..siyes aku takbleh hadam suara chipmunk bleh jadi penyanyi popular
Quote SayaSayangMama 24-11-2020 06:43 PM
Lagu lagu dia semua sedap.. xdinafikan lagu dia dpt perhatian sbb dia yg nyanyi. Klu hael bg kt org lain lagu tu mungkin sendu di aidilfitri jah. Xsure la bertanding mcmne, tp dia sgt positif. Jgn kemurungan sudah nmpk senyum tp tiba tiba ada suara suruh bunuh diri. Dah dah la wei buli nabila ni. Dia xkcu kita pun. Sorg benci 10 org suka. Iolss seorg yg kuatkan radio bila ada lagu dia. Imperfection is perfect gitu.
Quote izwan_izi 24-11-2020 06:45 PM
Baik aje la letak itik serati jd penyanyi...lebih kurang je ponn..kuekk..kuek..kuekkk..
Quote Marylis 24-11-2020 06:46 PM
seriau nak dengar nyanyian live nabila ni...
Quote Nham22 24-11-2020 06:49 PM
Seriuslahhhh die nak nyanyii live... Hahaha... Kesian die kalau buat silap nnti kene kecam...
Quote Aikiko 24-11-2020 06:55 PM
Chuols n juri2 sekalian, sila bersiap sediala berdarah telinga
Quote helicornia 24-11-2020 06:57 PM
ramai yg berharap nabila tak menyanyi lagi {:nose
Quote sharlenetexas 24-11-2020 06:59 PM
Auwwww

Quote mdmy 24-11-2020 07:04 PM
Alamak, hari tu dah sedang elok Hael nak gantikan, ada laa chance lagu tu nak ke final.
Now , habeslaa sebuah impian
Quote vee_zara 24-11-2020 07:23 PM
Ye la tu nabilaa oii.. suara mcm itik serati baik nyanyi dlm studio je. Boleh autotune
Quote YomiuriLandMae 24-11-2020 07:27 PM
inilah yang dinamakan peluang kedua.. sama dgn tajuk lagu.. konon nak try ngelat skali postpone plak..
Quote jajamis 24-11-2020 07:39 PM
Mesti dia feel pressure sbb ramai tunggu dia nyanyi live nanti
Quote musclemuseum 24-11-2020 07:39 PM
Camni baru gentle cik Nab nynyi lagu sendiri!!!!
Jgn tak jadi lak cik Nab!!
Quote lotionmilo 24-11-2020 07:41 PM
Kenapa orang nak marah dia? Dia nyanyi lagu sendiri kotttt.hael lek jer

Lihat semua komen(100)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top