Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

“Dulu Ingat Covid-19 ‘Propa’, Dah Ada Orang Terdekat Terkena Baru Sedar" -Michael Ang

24-11-2020 01:48 PM| Komen: 102

Pengarah dan pelakon popular Michael Ang mengakui dirinya salah seorang kontak rapat kepada Alif Satar yang disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu.

Sehubungan itu, Michael bertindak segera dengan menjalani ujian calit di sebuah hospital swasta di Damansara pada hari yang sama sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagaimanapun, Michael bersyukur kerana disahkan bebas daripada virus yang boleh membawa maut tersebut selepas memperolehi keputusan pada Isnin.

Foto: IG

Berkongsi pengalamannya di laman sosial Instagram (IG), Michael turut menyampaikan pesanan kepada semua pengikutnya terutama penonton video yang dimuat naik.

Michael berkata, jika sebelum ini beliau bersikap skeptikal terhadap virus Covid-19 kerana tidak ada kenalan terdekat yang dijangkiti, namun pandangan tersebut berubah.

Pengarah drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa itu turut berpesan agar masyarakat mengambil serius tentang virus tersebut dan sentiasa menjaga Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan kerajaan.


“Pesanan saya kepada semua yang menonton video ini, this covid is real! Sebelum ini I sendiri ada perasaan ragu-ragu kononnya I kebal takkan kena covid, malah baru-baru ini I ada berbual dengan seorang kawan tentang benda ni.

“Disebabkan kita tak ada orang yang dekat dengan kita kena benda ni, jadi kita tak tahu sejauh mana kebenarannya benda ni.

“Sampai terfikir entah-entah semua ini ‘propa’…Tapi bila orang terdekat dengan kita sendiri dah disahkan positif barulah sedar diri yang benda ni real.

“Jadi kepada anda semua, tolonglah berhati-hati, ikut SOP, buat apa yang kita perlu, pakai pelitup muka, cuci tangan dengan pembasmi kuman selalu, jaga penjarakan sosial, kalau keluar balik terus mandi, jaga diri anda sebaik-baiknya.



“This thing is real and dia takkan kenal orang, sesiapa pun boleh kena..Hati-hati dan kekal selamat untuk diri sendiri dan orang tersayang,” katanya.

Di awal rakaman video, Michael turut menjelaskan tentang keputusannya membuat ujian calit dan bagaimana dia menjadi kontak rapat Alif Satar.

“I memang kontak rapat Alif Satar, bertemu dengan beliau pada 11 November lalu, terserempak di sebuah kafe.


“Saya dah buat test dan hari ini (semalam) dah dapat panggilan daripada hospital di Damansara tempat saya menjalankan ujian calit semalam dan keputusannya adalah negatif.

“Kepada yang tertanya-tanya keputusan saya, saya negatif jadi sesiapa yang ada bertemu saya tu jangan risau,” katanya.


Sementara itu di ruangan kapsyen Michael memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat Alif Satar.

Video tersebut telah ditonton lebih 124 ribu kali dan rata-rata pengikut mengucapkan syukur kerana keputusan diperolehi Michael negatif.

Namun ada juga yang menasihati Michael supaya membuat ujian calit kali kedua sebagai langkah berjaga-jaga dan memastikan dirinya benar-benar bebas Covid-19. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
3
0
0
Komen: 102
Komen

Previous : Emelda Rosemila Dedah Saat Jatuh Cinta Dengan Adlin Aman Ramlie

Next       : "TokTi Bagi Teaser, Tunjuk Baby Bump?"

Komen Terbaru

Quote enot_sibudak 2-12-2020 09:53 PM
joannakimberly replied at 26-11-2020 03:22 PM
aku heran ngan spesies yang ingat covid tu propa..
takkan covid besar bola baru nak percaya tu mem ...

Bila ada yg cabar geng2 ni suruh jd sukarelawan kt sg buloh.. Kt sabah xnak plk.. Ada yg sanggup bayar utk bg mereka masuk hospital xpayah pakai apa2 protection xbrani nk smbut klu btl mereka kebal ngan booster vit c mereka.. Yg hari2 telan beribu mg setiap hari..

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 24-11-2020 01:52 PM
harap MA kuarantin dulu 14 hari then pergi untuk 2nd swab test..
Quote lotionmilo 24-11-2020 01:53 PM
Propa apo kalau dah beratus mati kat malaysia ni!!  

Jangan lupa kuarantin ya mic
Quote bulalof 24-11-2020 01:54 PM
prettyuglybabe replied at 24-11-2020 01:52 PM
harap MA kuarantin dulu 14 hari then pergi untuk 2nd swab test..

yes. thats the way it should be.
Quote ajinomotonosuga 24-11-2020 02:07 PM
Ni sekor lai Beruang bengong...dah nk 10 bulan covid mai baru nk yakin covid is for real..gila la ko apek...manyakkk stupid lah u..choiiii
Quote ReginaGeorge 24-11-2020 02:11 PM
Lepas ni boleh la buat drama cinta covid itu auta.
Quote Incanto 24-11-2020 02:14 PM
Covid is Propa?

simpan sikit bodoh tu boleh tak?
Quote sharlenetexas 24-11-2020 02:16 PM
Tak silap dulu heols +ve h1n1/sars ke lebih kurang cam tu.
Quote AshKetchum 24-11-2020 02:16 PM
selama ni kes hari hari mencanak naik tak real la bagi heshe gituh?
Quote Kurex 24-11-2020 02:17 PM
ajinomotonosuga replied at 24-11-2020 02:07 PM
Ni sekor lai Beruang bengong...dah nk 10 bulan covid mai baru nk yakin covid is for real..gila la ko ...

Tak taste ke dekat bear mcm maikel ni?
Quote adeqbun 24-11-2020 02:18 PM
Xkan la ko pon same ideologi ngan kepala zul yahya mike..gile btol..ptt slama ni artis xberkesah sgt sop..xpecaya rupenye..ke jenis x tgk beritanegetif skali x hermakna ko slamat utk org lain..korentin 14 hari la..ramai positif lepas 2nd test
Quote Nenasketum 24-11-2020 02:18 PM
Propa?? Ko bulan lepas keje ngan Trump ke? Anyways citer dia ni amat membosankan tapi sebab amik pelakon best, layan jugak lah.
Quote dua_chzy 24-11-2020 02:28 PM
Mikael kurus dah boleh berlakon jadik watak seram muka senyum dalam filem bergenre thriller supernatural.
Quote limau_lemon 24-11-2020 02:28 PM
lotionmilo replied at 24-11-2020 01:53 PM
Propa apo kalau dah beratus mati kat malaysia ni!!  

Jangan lupa kuarantin ya mic

Ramai je rakyat Malaysia fikir covid ni propa.. Mcm my niece cerita pengasuh dia kata data yg kkm bg tiap2 hari tu tipu je.. Haihh
Quote kikuri 24-11-2020 02:30 PM
masalahnya ramai je rakyat Malaysia ni pikir covid ni propa... tgk jelah komen2 kat bh online metro online... pastu salahkan KKM pegi swab orang sihat yg sebabkan kes covid naik... padahal ade je yang kena covid ni takde gegala... contohnya alif satar... taw2 je positif...
Quote dua_chzy 24-11-2020 02:31 PM
Incanto replied at 24-11-2020 02:14 PM
Covid is Propa?

simpan sikit bodoh tu boleh tak?

Ai hada tengok video Youtube, nurse US kecewa teramat sebab pesakit Covid di US, dah hujung nyawa hampir nak mati pun sebok argue dengan staff hospital kerana tak percaya mereka ada Covid. Mereka lebih rela diberitahu mereka ada Cancer or rosak buah pinggang, etc. Sampai putus nafas, meka tetap tak percaya meka kena Covid. This can't be real, katanya.
Quote Adeakukesah11 24-11-2020 02:37 PM
limau_lemon replied at 24-11-2020 02:28 PM
Ramai je rakyat Malaysia fikir covid ni propa.. Mcm my niece cerita pengasuh dia kata data yg kkm  ...

Data tiap2 hari tu bukan direka cuma mgkin dikurangkan angka nya. Eh bengong nye pengasuh die. Confirm geng2 antivaksin bumi flat ni
Quote slyfynx 24-11-2020 02:40 PM
Diorang ni faham incubation period x?
Bukan test sekali negatif terus nk lega.
Quote Nnasda53 24-11-2020 02:43 PM
memang ada pun org yang tak percaya covid 19 ni ada.Nak cakap banyak pun tak guna dgn org macam ni melainkan ada yang rapat dgn depa kena baru sel2 otak berhubung.
Quote niena90 24-11-2020 02:46 PM
Covid-19 ni dah cecah 1 year anniversary la nyahh! Apo yg propanya? Dah berjuta org mati worldwide, ko masih dalam dunia khayalan kah?

Lihat semua komen(102)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top