Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Ilmu Rawa Rontek Atau Ajian Pancasona, Ilmu Persilatan Hitam Paling Digeruni Ditanah Nusantara

24-11-2020 03:22 AM| Komen: 13





Tahukah Anda. Ilmu Rawa Rontek atau Ajian Pancasona dua Ilmu persilatan Hitam paling digeruni di Tanah Nusantara.

Berbeza dengan Ilmu Kebal Kumanthong Siam yang hanya membolehkan badan tidak lut senjata, Rawa Rontek jauh lebih mengerikan dimana badan yang putus ditetak, kepala dipancung boleh terbang bersatu semula dan berfungsi seperti biasa.



Malah, sebelum anggota-anggota badan itu bersatu, ia boleh diarahkan untuk merayap atau terbang menyerang musuh. Contohnya Pergelangan tangan merayap diatas tanah dengan laju lalu mencekik mangsa macam cerita Alien Facehugger atau kaki terbang sambil melakukan tendangan tanpa bayang. Itu baru flying kick betul.

Jika di Hollywood, ia mirip seperti kemampuan Deadpool, dah berkecai masih boleh hidup.



Namun Rawa Rontek masih boleh dikalahkan dengan dua cara iaitu dengan memasung semua tubuhnya yang bercerai dan diasingkan jarak yang jauh. Dan cara kedua ialah melawan dengan Ilmu Batara Karang iaitu pengecutan Jasad hingga menjadikan pengamalnya mengecil dan mengecut menjadi Jenglot, mirip kemampuan Antman.

Cara mengamalkan Ilmu ini tersangat sukar dimana pengamalnya perlu berpuasa 80 hari di gua paling gelap dengan mengulangi Mantera Khas ribuan kali. Memiliki tubuh sangat sasa seperti The Rock...Badan keding atau boroi takkan menjadi. Kerap diamalkan di Tanah Jawa, dan sekitar Johor zaman dahulu kala. wallah hu aklam.





Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
0
0
Komen: 13
Komen

Previous : Betulkah Berkebun Dapat Hilangkan Tekanan Perasaan?

Next       : Panjat Gunung Pakai Kasut Tumit Tinggi 4 Inci, Kau Mampu?

Komen Terbaru

Quote fms016 26-11-2020 12:17 PM
ilmu merapu ni..
melainkan sume anak murid diberi dadah, kemudian muncul laa mcm2 imej dlm otak..

Lain-lain Komen

Quote salmon-suki 24-11-2020 06:24 AM
"Tahukah Anda. Ilmu Rawa Rontek atau Ajian Pancasona dua Ilmu persilatan Hitam paling digeruni di Tanah Nusantara."

Berdasarkn apa y tt tulis tu,maksudnya ilmu rawa rontek dan ajian pancasona ni merupakan dua ilmu silat y berbeza?tapi kenapa guna perkataan "atau"? Kenapa tak guna "dan" sebab tunjuk dua benda berbeza kan...
Quote suzycutegal 24-11-2020 09:20 AM
Mula2 baca macam ngeri, tapi lepas tu bila bayangkan anggota badan tu boleh terbang2 dulu, macam kelakar pula. Ya ampunnn
Quote husna_amal 24-11-2020 09:28 AM
Entah la rasa macam baca cerita merapu.
Quote matbad 24-11-2020 09:40 AM
husna_amal: Entah la rasa macam baca cerita merapu.

Kannnn sama laaaaa
Quote RatuDunia94 24-11-2020 10:08 AM
Leleuhur kalau tak claim yg terhebat mmg x sah..
Quote ctaz 24-11-2020 10:56 AM
kalau lawan dengan tentera yahudi...sapa menang....
Quote mamajawie 24-11-2020 11:36 AM
baca bleh percaya memang idok ler..
Quote Jitu 24-11-2020 01:48 PM
mcm2 jenis sebenarnya amalan ilmu persilatan yg wujud


Quote pjade 24-11-2020 02:49 PM
namun tetap menjadi buruh binaan.. kenapa bukan menakluki dunia?
Quote maxgamer82 24-11-2020 11:27 PM
pjade replied at 24-11-2020 02:49 PM
namun tetap menjadi buruh binaan.. kenapa bukan menakluki dunia?

kahkah..agaknya ramai lagi rela jadi buruh dari puasa 80 hari
Quote kucim 25-11-2020 10:06 PM
Kepala dah putus boleh bersambung...kena tetak tak putus..semua tu guna pertolongan jin....
Manusia tiada kuasa...jgn la jadi syirik.Tak terampun
Quote nefnefnef 26-11-2020 12:13 AM
Contohnya Pergelangan tangan merayap diatas tanah dengan laju lalu mencekik mangsa...

Terbayang Addams Family
Quote fms016 26-11-2020 12:17 PM
ilmu merapu ni..
melainkan sume anak murid diberi dadah, kemudian muncul laa mcm2 imej dlm otak..

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top