Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bunian Pinjam Barang Orang Kampung Di Rembau

24-11-2020 02:05 AM Komen: 36
LATIP menunjukkan Bukit Milan yang jelas kelihatan dari tepi jalan Seremban-Tampin dekat Kampung Lada.


Misteri yang masih belum terungkap, namun, aura seram Bukit Sembilan, Rembau, Negeri Sembilan atau lebih dikenali penduduk dengan nama Bukit Milan sebagai sebuah perkampungan bunian masih dirasai hingga kini.

Bukit setinggi 45 meter dari aras laut itu terletak di sebuah perkampungan di Chengkau dan di bawah kawasan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Lada.

Bahkan, menghampiri batu berdinding yang ada di Bukit Milan menyebabkan bulu roma pengunjung meremang sehingga tiada siapa yang sanggup datang ke sana secara berseorangan.

Batu berdinding Bukit Milan berkenaan sebelum ini selebar lebih enam meter dan setinggi hampir tiga meter, namun, ianya semakin mengecil.

Cerita perkampungan berkenaan masih kekal misteri hingga hari ini dan siapa yang tidak bernasib baik pasti ditegur sesuatu.

Bagi seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Aminah, 70-an, seawal menetap berhampiran Bukit Milan satu ketika dahulu, banyak barangan di rumahnya sering dipinjam dipercayai oleh penduduk di perkampungan bunian di kawasan itu.

Kebanyakan yang dipinjam adalah baju. Ada juga songkok dan kunci. Awal-awal ia berlaku, saja tak percaya. Namun, sekitar seminggu dua selepas barangan berkenaan hilang, ia diletakkan kembali di tempat asal.

Pelik juga bagaimana boleh ada di tempat asal sebab memang sudah beberapa kali dicari, tapi tak jumpa. Bila dah kerap berlaku dah boleh agak dan hanya boleh cakap nanti pulangkan balik sahaja, katanya.

Bagaimanapun menurutnya, kejadian seumpama itu sudah lama tidak dan dia sekeluarga berasa lega kerana tidak perlu lagi berhadapan kejadian misteri seperti itu.

Tidak terhenti di situ, kisah lain mengenai perkambungan bunian Bukit Milan terus menjadi bualan penduduk sejak dahulu.


Menurut bekas ketua Kampung Lada, Abd. Latip Alias, kediaman keluarganya dahulu iaitu di Kampung Batu Puteh terletak kira-kira 500 meter dari batu berdinding Bukit Milan.

Cerita orang tua dahulu sekitar tahun 1960-an, Bukit Milan adalah perkampungan bunian. Saya pun masih kecil lagi dalam usia 10 tahun.

Ada bomoh wanita dari kampung berdekatan membawa rombongan hampir 10 orang majoritinya wanita berjalan kaki melalui kawasan rumah saya untuk ke bukit berdinding Bukit Milan, katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Abd. Latip berkata, ibunya menyatakan kepadanya rombongan itu membawa pelbagai barangan antaranya pinggan mangkuk dan harta karun dari perkampungan bunian di kawasan tersebut.
Mereka kemudian balik membawa barang yang telah dibungkus dengan kain dan dijunjung di atas kepala.

Tak tahu apa barangnya sebab mereka tak cakap dan hanya terdengar mak cakap ambil barang-barang di perkampungan bunian sahaja, katanya.

Malah menurutnya, di kaki Bukit Milan berkenaan juga terdapat telaga air panas yang tidak pernah kering sewaktu masa dahulu walaupun pada musim kemarau.

Orang kampung akan menggunakan air berkenaan untuk mandi dan minum, katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Kampung Lada, Musa Ujang, 70, berkata, Bukit Milan berkenaan juga pernah menjadi tumpuan oleh beberapa dukun dari kampung berdekatan suatu ketika dahulu.

TELAGA air panas ini dikatakan pernah dikunjungi tiga perempuan muda dalam keadaan misteri sebelum hilang sekitar tahun 1980-an.


Bila masa padi nak menguning masak dalam 20 orang penduduk akan datang dan membawa pulut, telur, serta ayam hitam untuk dilepaskan di situ, katanya.

Menurut pesara polis berkenaan, amalan berkenaan diteruskan sehingga sekitar tahun 1963 dan kemudian terhenti kerana amalan berkenaan merupakan kepercayaan khurafat.

Lama juga penduduk buat begitu.kepercayaan orang dahulu. Nak jadikan cerita, padi mereka juga menjadi, katanya.

Menurutnya lagi, dia juga mengingati sekitar tahun 1980-an, pemilik tanah yang ada telaga air panas pernah bertembung dengan tiga wanita muda mandi di situ pada pukul 11.00 pagi.

Menurutnya, pemilik yang dikenali sebagai Cikgu Hasan itu bertanyakan kepada ketiga-tiga wanita terbabit tentang arah tuju kerana tidak pernah melihat mereka sebelum itu.

Wanita berkenaan hanya menjawab ringkas iaitu dari Bukit Milan hendak pergi ke Gunung Datuk.

Tidak lama lepas itu, ketiga-tiga wanita muda itu hilang begitu sahaja di kolam air panas, katanya.

 

Artikel ini diambil daripada kepercayaan masyarakat di sesuatu tempat sejak zaman-berzaman bertujuan untuk pendidikan dan bukan menggalakkan kepercayaan karut atau tahyul.


Sumber : kosmo.com.my


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 36
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote me12345 24-11-2020 04:23 PM
Lorr..lagi misteri....rembau pulak.

Lain-lain Komen

Quote Kurex 24-11-2020 02:38 AM
Pose tunjuk tunjuk ni dar zaman mastika sgt
Quote wnwa05 24-11-2020 02:46 AM
kes ketuk pintu kat sabak bernam belum settle lagi ni kes bunian rembau pulak
Quote lattehazelnut 24-11-2020 03:38 AM
Kurex: Pose tunjuk tunjuk ni dar zaman mastika sgt

Eh ye ke? Sbb wartawan indonesia pun suro buat pose sama..
Quote sukacactus 24-11-2020 04:55 AM
Oh ingat ada Milan, Italy je
N9 pun ada ye
Quote ellez 24-11-2020 04:58 AM
Dulu orang kampung meminjam brg spt pinggan mangkuk dari bunian..
Quote makneng 24-11-2020 06:53 AM
Haduii tunjuk lagi.. {:question haha
Quote Themilo 24-11-2020 07:41 AM
ellez replied at 23-11-2020 08:58 PM
Dulu orang kampung meminjam brg spt pinggan mangkuk dari bunian..

kan? kat sini terbalik pulak, bunian yang pinjam barang orang kampung..
Quote lasagnaklcc 24-11-2020 07:47 AM
Kalau carik brg tak jumpa, blh bg alasan org bunian pinjam. Padahal misplaced.
Quote kakikuDibibirmu 24-11-2020 07:57 AM
wnwa05 replied at 24-11-2020 02:46 AM
kes ketuk pintu kat sabak bernam belum settle lagi ni kes bunian rembau pulak

Mendunia hantu minggu ini
Quote saviour_09 24-11-2020 07:58 AM
dia letak barang ntah mana2

org bonian disalahkan

sampai hati
Quote ellez 24-11-2020 08:02 AM
Themilo replied at 24-11-2020 07:41 AM
kan? kat sini terbalik pulak, bunian yang pinjam barang orang kampung..

Aha..itulah pelik pula tu..
Akak dulu2 org2 tua kt kg duk citer pasal kalau nk buat kenduri ke apa, mmg meminjam pinggan mangkuk dari alam sebelah tu..
Wallahualam..
Quote harkktuih 24-11-2020 08:38 AM
Tmpt lain org kg meskin smp meminjam pinggan mangkuk bunian time kenduri.. Mungkin kat nismilan org kg semua have have have, bunian plak set set nan hado bersamamu..
Quote krustykrab 24-11-2020 08:38 AM
Korg sanggup ke guna pinggan mangkuk periuk belanga diorg?tak takut ke kot2 "kotor"?
Quote stingerpie 24-11-2020 08:45 AM


sekarang baru aku tahu dari mana busana yg cantik cantik dlm bideo ini theyols dapat...


kahkahkahkahkah
Quote stingerpie 24-11-2020 08:46 AM
krustykrab replied at 24-11-2020 08:38 AM
Korg sanggup ke guna pinggan mangkuk periuk belanga diorg?tak takut ke kot2 "kotor"?

Sanitize aja la...why so ocd?

kahkahkahkah
Quote stingerpie 24-11-2020 08:48 AM
Agak agak aunty Nory Bedawi...lakinya bamkj ,bunian ada pinjam buat stok rembes gegeli tak?

Rembau kheunz?

kahkahlahkahkah
Quote monreyes 24-11-2020 08:50 AM
N9 ni mcm2...
Dengan buniannya.. kubur keramat,,,
Tempat lain ada x...Masa kecik, aku kerap pergi kenduri doa selamat kat kubur keramat nih..
Quote stingerpie 24-11-2020 08:51 AM
Kurex replied at 24-11-2020 02:38 AM
Pose tunjuk tunjuk ni dar zaman mastika sgt


Boleh celen gambar sisipan mokcik tabur garam oleh bampeynok keww?

I doubt so....

kahkahkahkah
Quote stingerpie 24-11-2020 08:53 AM
monreyes replied at 24-11-2020 08:50 AM
N9 ni mcm2...
Dengan buniannya.. kubur keramat,,,
Tempat lain ada x...Masa kecik, aku kerap pergi  ...

Banyak sangat melantak lomak cili api..kot?

kahkahkahkah

Lihat semua komen(36)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top