Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Akhirnya, Saya Dah Berpunya" - Cik B

23-11-2020 05:48 PM| Komen: 163

Dilihat semakin mendapat tempat di dalam industri seni hiburan, nama anak perempuan kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vidaiaitu Cik B kini mula menjadi sebutan ramai.



Lebih mengejutkan, Cik B kini khabarnya sudah temui cinta sejati apabila beliau dilihat tidak segan menayang foto kekasih hati kepada umum.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Cik B menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Insta Story dengan kapsyen ringkas “With My Fav Person”.


Kredit foto: Twitter

Difahamkan, jejaka kacak itu merupakan pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta, iaitu Aniq Suhair yang sebelum ini pernah dikatakan mirip penyanyi tersohor dunia iaitu Taehyung dari kumpulan BTS.

Bukan itu sahaja, Cik B yang sebelum ini sering mendapat tempias populariti daripada kontroversi yang dilakukan ibunya itu dikatakan turut memuat naik sebuah hantaran di laman Twitter dengan menyatakan bahawa dirinya kini sudah berpunya.



Susulan kejadian, rata-rata peminatnya menzahirkan ucapan tahniah buat Cik B kerana sudah berjaya temui cinta ketika di usia yang masih mentah.

Akan tetapi, wujud juga segelintir pihak yang tampil mempersoalkan kisah percintaan itu sama ada perkara itu benar mahupun tidak kerana mengesyaki ia hanyalah gimik semata-mata yang direka khas bagi mempromosikan drama lakonan mereka yang berjudul Lelaki Lingkungan Cinta yang kini sedang hangat ditonton peminat di kaca televisyen.


Kredit foto: IG Cik B

Namun demikian, andai benar mereka bercinta pun apa salahnya kerana kedua-dua mereka memang tampak serasi bersama. Bak kata orang tua-tua, sama cantik sama padan. Semoga ikatan cinta yang dibina ini kekal hingga ke jenjang pelamin hendaknya.



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 163
Komen

Previous : Ramai Tuduh Noraniza Idris Tiru Topi TokTi, Tapi Sebenarnya...

Next       : Sarah Hildebrand Kongsi Sejadah Panduan Solat Untuk Suami, Takpe Ke Nama Allah Di Lantai?

Komen Terbaru

Quote caca_eric 30-11-2020 09:11 PM
Jiddin replied at 27-11-2020 03:35 PM
Anak kayangan jugak la ya. Thanks for the info, caca_eric

tak tau la si Imran ni betul2 ke main2..
dia cakap bapa Aniq ada Dato..
tp dia cakap dia tolong bapa dia kerja kat warehouse (sblm masuk hero remaja) taktaula bisnes apa..


Lain-lain Komen

Quote lattehazelnut 23-11-2020 05:50 PM
Demi utk lariskan drama bbnu..
Ntah la dik, hbis kan study xyah ikut perangai mak kau..
Quote matchstick 23-11-2020 05:53 PM
Bak kata orang tua-tua, sama cantik sama padan.

Mcm nganjing je ayat ni{:thief
Quote Qwertyuiop2019 23-11-2020 05:54 PM
Bbnu nya
Quote minah_selekeh 23-11-2020 06:01 PM
Drama sangat!
Quote sarah82 23-11-2020 06:08 PM
Tak apa la adik oiii.. Semua bahagia gitu..
Quote pencintaABC 23-11-2020 06:10 PM
Untungla kaya...dpt jejanz heloks senang2 je
Quote SiMontel 23-11-2020 06:16 PM
ni cite betul ke cite nak viral je....budak laki tu mmg suka betul ke...
Quote fadz84 23-11-2020 06:17 PM
Ni cinta x mengenal paras rupa ke acaner ni? Ehe
Quote depresio 23-11-2020 06:18 PM
Prmote drama ler tu
Quote ajinomotonosuga 23-11-2020 06:20 PM
Mcm ebby yus version pondan jek

Dia nya lengan lai bosa dari muke cicak kubeng tu

Klo tido kne empap lengan cik B sure mati lemas
Quote ajinomotonosuga 23-11-2020 06:22 PM
matchstick replied at 23-11-2020 05:53 PM
Bak kata orang tua-tua, sama cantik sama padan.

Mcm nganjing je ayat ni{:thief

Suh mak dia wat pelem..

Labu Labi 2020

Labu labi p ramlee tu tiru Lauriel Hardy jee

Quote rosannazmia 23-11-2020 06:23 PM
Bia betul mcm taehyung anak meols tu? Jap nak cek socmed..
Quote krustykrab 23-11-2020 06:24 PM
matchstick replied at 23-11-2020 05:53 PM
Bak kata orang tua-tua, sama cantik sama padan.

Mcm nganjing je ayat ni{:thief

Bagai pinang dihentak dgn kapak kemudian di henyak2 sampai penyet giteww
Quote tasha 23-11-2020 06:25 PM
fadz84 replied at 23-11-2020 06:17 PM
Ni cinta x mengenal paras rupa ke acaner ni? Ehe

Perangai jantan melayu biar perangai buruk janji muka cantik depa onz ej tp klu  muka cm cik b ni depa nk tarah reta je.......
Quote mesmerize 23-11-2020 06:26 PM
gimik la sis.. kan penerbit ke pengarah cite tuh komplen cite tu kurang trending .. gambar tengah dating pun ada lighting shooting kat sebelah tu apo
Quote bakingsoda 23-11-2020 06:37 PM
drama je ni. gara2 thread semalam pasal drama ni tak laku, aku dah rempit 8 episod ok je dramanya agak realistik semua golongan marhaen kecuali bebrapa watak tempelan tak penting je anak orka dgn isu2 yg merengsakan netizen diketengahkan dlm tu cth biar papa asal bergaya, jate kaki kikis, biawak hidup, mlm, pembuli, body shaming. walaupon ramai kata takde selera tgk watak hero kepam dan tak menepati standard piawaian hero fantasi tapi tu la realitinya orang takde rupa mmg ramai je yg kawin kot. yg watak sampingan lagi hensem tapi yg paling tertarik watak kawan che ta tu...aku tak pasti patiyah ke? mcm dia tapi tak secantik dia yg pernah aku ingat, watak pula mcm level2 extra banyak buat mimik muka je
Quote TomyamPuteh 23-11-2020 06:37 PM
Duit mak ko boipren pon blh beli kan Cik Bi. Apa nk heran.
Quote puteribaya 23-11-2020 06:37 PM
fadz84 replied at 23-11-2020 06:17 PM
Ni cinta x mengenal paras rupa ke acaner ni? Ehe

kalau sapa2 nak cikB..memang x de sebab lain..sebab duit jer..
Quote slyfynx 23-11-2020 06:37 PM
Perlu ke nk famouskan org2 camni.
Lantak die la nk pos ape pun.
Yang dok bg attention buat ape?
Bodo la.

- CARUT

Lihat semua komen(163)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top