Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Tak Sepatutnya Seorang Muslim Persoal Pengawalan Jual Arak - Dr Ahmad Sanusi

23-11-2020 12:34 PM Komen: 25
Perbandingan Pengerusi Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) Datuk Mohamed Arshad Raji terhadap pengambilan arak dan amalan rasuah disifatkan sebagai mengelirukan.


Kredit foto: FB/Air Times News Network

Pensyarah kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, kedua-dua perbuatan tersebut dilaknat Allah SWT dan rasul.

Langkah pengawalan arak tidak bererti kita membenarkan amalan rasuah berlaku bahkan kita hendaklah menyeru supaya kedua-dua kemungkaran ini haruslah dibanteras. Ia selaras dengan saranan Rasulullah yang melaknat penyebaran arak dan amalan rasuah, kata Dr Ahmad Sanusi.

Menurut Dr Ahmad Sanusi, dalam kedua-dua hadis itu  Rasulullah menggunakan perkataan laknat. Ini bererti perbuatan rasuah dan penyebaran arak adalah amalan yang amat terkutuk sehingga mereka yang melakukannya dilaknat Allah dan Rasul.


Loading FB Post...

Jelasnya, arak dan rasuah memberikan ancaman kepada kesejahteraan negara dan tidak seharusnya seorang muslim mempersoalkan sebarang tindakan untuk mengawal penjualan arak.

Sepatutnya tidak timbul isu mempersoalkan tindakan mengawal penjualan arak ini oleh seorang Muslim yang seharusnya melihat kedua perkara sebagai suatu keutamaan yang mesti dibanteras demi kesejahteraan ummah. Semoga Allah membimbing kita, katanya.

Semalam, Arshad menyifatkan tindakan melarang penjualan minuman beralkohol di Kuala Lumpur sebagai tidak masuk akal, sekali gus mempersoalkan pihak berkuasa jika perbuatan meminumnya lebih berbahaya daripada rasuah.

Cuba beritahu kami mana lebih buruk, minum arak atau rasuah? Mana yang lebih merosakkan masyarakat dan negara kita? Keburukan mana yang paling menarik orang Melayu

Beritahu kami antara dua keburukan ini, mana harus diambil tindakan terlebih dulu, menentang larangan minuman keras atau menghapuskan rasuah dalam kalangan masyarakat Melayu, katanya dalam kenyataan media semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan garis panduan baru mengenai lesen minuman keras yang mula berkuat kuasa semalam.

Antara lain, garis panduan tersebut menetapkan bahawa kedai runcit dan kedai serbaneka tidak lagi dibenarkan menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan.



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 25
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote M5 25-11-2020 09:14 PM
Memanjang kena tipu dgn pak ereb

Lain-lain Komen

Quote Redskin 23-11-2020 12:51 PM
Apala bahalol punya Patriot, BUKANNYA
menghalang atau mengharamkan terus
penjualan Arak kpd Non Muslim !!

Cuma boleh beli Arak dikedai2 yg sepatutnya
menjual Arak dan tidak dijual dimerata tempat.

Patriot bingai suruh pilih antara Rasuah dan Arak....dua2 kita benteras sama sekali..ngok !!
Quote dizekni 23-11-2020 12:52 PM
Sebab tu ramai yang tolak PARROT ni

syok sendiri, buat malu je
pakai beret

patutnya bubar PARROT masuk terus DAP

celaka betul, sama macam PAN
jadi barua

hanya sebab wang ka apa ka
Quote sarah82 23-11-2020 01:10 PM
Dia ni yg diam masa ATM kena tuduh makan tido dapat gaji buta kan?

Oh.. Tak pelik bila back up tuan sendiri
Quote printercomel 23-11-2020 01:41 PM
Badan pun mgkin dah bau tanah. Tapi perjuangan dia masih untuk air kencing setan. Sedih printer tengok.
Quote saviour_09 23-11-2020 02:01 PM
what do u expect from a parrot?

other than talk kok & nonsense 24/7?
Quote bakingsoda 23-11-2020 03:01 PM
bak kata pramlee dah tua pon bodoh
Quote CiliPadiSedap 23-11-2020 03:39 PM
Dah tua pun bodoh. Malu betul fikiran cetek camni.

Sama cm soalan babi dan anjing mana haram? Dua2 haram. Sama juga rasuah arak. Bezanya rasuah xde kompromi. Arak untuk non muslim tapi terkawal sbb banyak.mudharat arak smapai mati pengguna jalan raya lain
Quote amyza82 23-11-2020 03:55 PM
anak cucu org tua ni tak malu ke

asal bersuara je  mesti sebab bela dapig

Quote husna_amal 23-11-2020 03:55 PM
Dah lumrah bila nak laksanakan perkara baik macam ni mesti ada yang tak puas hati.
Quote matbad 23-11-2020 05:06 PM
Alaa minum la tu haha
Quote brego 23-11-2020 05:31 PM
dah tua pun bodoh

boleh pulak dia yang bagi pilihan, rasuah or arak.
sama2 tak boleh la bodoh.
Quote minah_selekeh 23-11-2020 05:34 PM
Tua tak semestinya bijak..
Quote missyL 23-11-2020 05:36 PM
Adoi. Kecoh btol.
Bkn nye langsong xde jual arak pn.
Klo dah risau sgt beli byk2 wat stok. Lmbt lg pn
Quote brego 23-11-2020 05:44 PM
esok si tua ni mampos,
elok la simbah kan arak sebotol di kubur nya selepas upacara talkin
Quote Decaffeinated 23-11-2020 05:49 PM
Semua orang ada mulut apa hal pulak nak suruh diam. Sedap lah dia sahaja yang boleh bagi pendapat dia sahaja yang betul? Dah berkurun menjajah minda masih tak puas lagi.

Contoh dalam ni sorang berkokok satu lagu the rest follows without thinking.
Quote TomyamPuteh 23-11-2020 05:54 PM
Sampah itu PATRIOT, PATRIOT itu sampah
Quote Nes3in1 23-11-2020 06:00 PM
Bagus haramkan terus minum arak. Kurang pemandu mabuk lawan arus langgar anak org tak bersalah. Semoga yg sokong minum arak ni dilanggar oleh pemandu mabuk dan cacat kekal amiiin.
Quote TOPwind 23-11-2020 06:01 PM
Edited by TOPwind at 23-11-2020 06:05 PM

Muka Patriot tu pun dah macam setan dan jin aprittt.

hilang respect dan repo pada patriot -krn setan ni.









Quote Itzy 24-11-2020 02:43 AM
Elok la haramkan terus arak, bila ada arak hidup pun musnah, bunuh orang dah satu hal lepas tu menyusahkan keluarga mangsa tak pasal2 menderita kehilangan orang tersayang. Ci*ai punya arak!!!!!

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top