Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ustaz Ebit Lew Lawat Mangsa Banjir, Sumbang Tilam Dan Wang Tunai

23-11-2020 08:05 AM Komen: 55
Kehadiran pendakwah, Ustaz Ebit Lew ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, di sini, hari ini, menceriakan 152 mangsa banjir.

Mangsa banjir, Rokiah Yusof, 42, berkata, sewaktu dipindahkan ke PPS itu, dia ada bersembang dengan rakannya sama ada Ebit sudi datang membantu mangsa banjir.

"Selalu nampak Ustaz Ebit bagi bantuan di media sosial tapi tak sangka beliau datang hari ini dan turut menyampaikan bantuan.

"Kehadiran beliau ternyata mengubah suasana dan kelihatan semua penghuni dan petugas di PPS ini gembira dengan kehadirannya," katanya.

Kredit foto: Harian Metro

Ebit hadir bersama rombongan jam 5.30 petang dan sempat meninjau keadaan banjir di beberapa kampung yang masih digenangi air.

Menurutnya, dia mengetahui kejadian banjir melalui siaran media pagi tadi dan segera datang bersama-sama menyelami permasalahan dihadapi mangsa.

"Sebelum datang ke PPS, saya sempat meninjau beberapa kampung dilanda banjir.

"Dalam kunjungan hari ini, saya dan pasukan menyampaikan sedikit bantuan berupa tilam dan wang tunai kepada setiap keluarga. Ini adalah bantuan yang termampu daripada kami," katanya.

Menurutnya, pihaknya akan turut menempatkan pasukan khas terdiri golongan muda bagi membantu membersihkan kediaman penduduk sebaik banjir pulih.

Dalam pada itu, sebuah lagi PPS dibuka di SK Changkat Lobak pada jam 5 petang tadi dan kini menempatkan 45 mangsa dari 10 keluarga. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 55
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sarah82 28-11-2020 10:30 PM
pyropura replied at 28-11-2020 10:25 PM
Dah mula macam kaset rosak

Dah mula nak cover kemaluan bila sedar diri tu pembawa bala.

Lain-lain Komen

Quote R2D2 22-11-2020 11:14 PM
Screenshot_1.jpg
Quote sarah82 22-11-2020 11:29 PM
perak banjir?

semoga dipermudahkan la urusan penduduk2 yg terjejas sebab banjir.
Quote Normabaru 23-11-2020 12:20 AM
Yeahhhhh.... Yb xturun pdg.. alasan covid. Si EL ni plak gigih jln ke sana ke mari. Hmm
Quote abcdotcom 23-11-2020 05:47 AM
Alhamdulillah........
Quote CARI-MRO 23-11-2020 08:05 AM
Kehadiran pendakwah, Ustaz Ebit Lew ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, di sini, hari ini, menceriakan 152 mangsa banjir.


Mangsa banjir, Rokiah Yusof, 42, berkata, sewaktu dipindahkan ke PPS itu, dia ada bersembang dengan rakannya sama ada Ebit sudi datang membantu mangsa banjir.


"Selalu nampak Ustaz Ebit bagi bantuan di media sosial tapi tak sangka beliau datang hari ini dan turut menyampaikan bantuan.


"Kehadiran beliau ternyata mengubah suasana dan kelihatan semua penghuni dan petugas di PPS ini gembira dengan kehadirannya," katanya.


Kredit foto: Harian Metro




Ebit hadir bersama rombongan jam 5.30 petang dan sempat meninjau keadaan banjir di beberapa kampung yang masih digenangi air.


Menurutnya, dia mengetahui kejadian banjir melalui siaran media pagi tadi dan segera datang bersama-sama menyelami permasalahan dihadapi mangsa.


"Sebelum datang ke PPS, saya sempat meninjau beberapa kampung dilanda banjir.


"Dalam kunjungan hari ini, saya dan pasukan menyampaikan sedikit bantuan berupa tilam dan wang tunai kepada setiap keluarga. Ini adalah bantuan yang termampu daripada kami," katanya.


Menurutnya, pihaknya akan turut menempatkan pasukan khas terdiri golongan muda bagi membantu membersihkan kediaman penduduk sebaik banjir pulih.


Dalam pada itu, sebuah lagi PPS dibuka di SK Changkat Lobak pada jam 5 petang tadi dan kini menempatkan 45 mangsa dari 10 keluarga. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote CiliPadiSedap 23-11-2020 09:21 AM
dia ni kalau jadi perdana menteri semua masalah rakyat dah selesai dah. tak perlu nak harap politician .
Quote Belibis 23-11-2020 10:25 AM
CiliPadiSedap: dia ni kalau jadi perdana menteri semua masalah rakyat dah selesai dah. tak perlu nak harap politician .

Orang baik tak boleh jadi politician.
Quote husna_amal 23-11-2020 11:48 AM
Kat fb iral cerita lelaki ni tak puas hati sampai kena blok lepas banyak kali minta bantuan daripada ustaz ebit lew. Mentang2 ustat ebit ni selalu membantu orang ada je orang tertentu ni cuba ambil kesempatan.
Quote R2D2 23-11-2020 01:30 PM
Quote jerukkedondong 23-11-2020 07:38 PM
Semua sedeqah EL tu lah yg akan jd saham akhirat dia di barzakh nnti...
Senang nya EL kat sana nnti....
Kaya nya EL kat sana nnti..
Quote LadyCarefree 23-11-2020 07:51 PM
CiliPadiSedap: dia ni kalau jadi perdana menteri semua masalah rakyat dah selesai dah. tak perlu nak harap politician .


Hahahahahahaha
Quote zjen 23-11-2020 11:56 PM
heran plak dia ni mana dtg duit  ... atau guna cara ni utk bisnes dpt sambutan  ... atau kene ilmu

sejak bila dia potong burung masuk Islam ?    ...  dulu tak penah dgr nama dia pon kecuali Ridhuan Tee yg tak habis habis jilat UMNO



Quote pyropura 24-11-2020 02:02 AM
Makasih cina sepet. Kalau cina mesti Dap kan.
Quote pyropura 24-11-2020 02:04 AM
sarah82 replied at 22-11-2020 11:29 PM
perak banjir?

semoga dipermudahkan la urusan penduduk2 yg terjejas sebab banjir.

Negeri yg kena tebuk atap pasti datang bencana, tak Covid banjir, atau keduanya, yg.mana berkenaan
Quote sarah82 24-11-2020 09:00 AM
pyropura replied at 24-11-2020 02:04 AM
Negeri yg kena tebuk atap pasti datang bencana, tak Covid banjir, atau keduanya, yg.mana berkenaan ...

Negeri aku tak kena pun.. Habis tu banjir kat Selangor maknanya BALA la tu.
Quote maharani_gebu 24-11-2020 03:29 PM
Belibis replied at 23-11-2020 10:25 AM
Orang baik tak boleh jadi politician.

pedih tp fakta
Quote pyropura 25-11-2020 11:54 PM
sarah82 replied at 24-11-2020 09:00 AM
Negeri aku tak kena pun.. Habis tu banjir kat Selangor maknanya BALA la tu.

Baca balik ayat aku. Tulis dlm.bahasa melayu marhaen je tuh
Quote slyfynx 25-11-2020 11:57 PM
Mcm mana beliau leh ke serata alam ni
Quote markonahlah 26-11-2020 12:00 AM
Laju benor dia bantu

Lihat semua komen(55)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top