Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pekerja Pasar Raya Rogol 15 Ekor Ayam Dan Anjing Peliharaannya Sehingga Mati

23-11-2020 12:58 AM Komen: 34


Lelaki yang membunuh 15 ekor ayam dengan melakukan hubungan intim secara paksa dengan haiwan itu, berasa tidak puas dan meminta maaf kepada ayam selepas itu. 


Shane Waters, 40, dijatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan dan juga dilarang memiliki atau memelihara haiwan seumur hidup selepas mahkamah dimaklumkan mengenai perbuatannya yang mendera haiwan secara seksual termasuk anjing peliharaannya sendiri. 


Bekas pekerja pasar raya itu sebelum ini pernah disabitkan bersalah atas tuduhan mendera kuda pada tahun 1997 dan 2016, lapor LancsLive. Hakim Sara Dodd ketika menjatuhkan hukuman terhadap Waters berkata, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh bukan kesalahan yang biasa dan ianya di luar batasan. 


Pada September 2020, peladang di Ladang Lower Holker, Accrington, membuka reban ayamnya dan mendapati sejumlah besar haiwan ternakannya itu mati dan cedera. Merasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada ternakannya, dia kemudian menyemak semula video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menghubungi RSPCA (Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals).


Video menunjukkan, tertuduh berkeliaran di sekitar kawasan itu sebelum meninggalkan gudang tersebut pada jam 11.40 malam. Ketika ditahan polis pada 23 September 2020, dia memberita anggota polis: "Saya perlukan bantuan. Saya tahu apa yang saya dah buat."


Ketika disoal siasat, Waters memberitahu polis yang dia telah melakukan perbuatannya selama sembilan kali di reban ayam berkenaan. Tetapi biasanya hanya melakukan perbuatan tidak senonoh itu dengan seekor ayam sahaja. 


Pendakwa Raya, Barbara Webster berkata, "Tertuduh tidak menyukai perbuatannya itu dan kemudian meminta maaf kepada ayam."


Mahkamah dimaklumkan sebanyak 15 ekor ayam mati akibat perbuatan Waters yang tidak senonoh itu. Tertuduh juga mengaku pernah melakukan persetubuhan dengan anjing peliharaannya selama empat bulan. Tetapi anjing itu tidak menyukainya dan menderam serta menggigitnya. 


Peguam tertuduh, Anna Chestnut berkata, Waters berharap dia dapat membina kehidupan baru setelah dibebaskan dari penjara dan ini bukan kehidupan yang dia mahukan. Malah berasa jijik dengan perbuatannya sendiri. 


"Seperti yang saya fahamkan, sekurang-kurangnya 15 ekor ayam mati akibat perbuatan kamu. Penternak ayam sangat terkejut dengan apa yang kamu lakukan. Kes ini menjijikkan. Perbuatan kamu sangat menyusahkan dan tidak dapat diterima," kata Hakim Sara Dodd. 


Waters dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan dan tidak dibenarkan memelihara binatang ternakan seumur hidup di atas kesalahan yang dilakukannya itu. - Agensi




Sumber : thereporter.my


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 34
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote minah_selekeh 25-11-2020 09:25 PM
Jijiknya dengan ayam dan anjing pun jadi...

Lain-lain Komen

Quote anakjiran 23-11-2020 01:12 AM
muka pun  macam sial je
Quote sarah82 23-11-2020 01:13 AM
Ketika disoal siasat, Waters memberitahu polis yang dia telah melakukan perbuatannya selama sembilan kali di reban ayam berkenaan. Tetapi biasanya hanya melakukan perbuatan tidak senonoh itu dengan seekor ayam sahaja.

dia sedar perbuatan dia rogol ayam2 dan juga anjing peliharaan dia salah..tapi dia tak dapat halang diri sendiri dari melakukan perbuatan tu.

aku teringat wawancara dgn pedo dan pembunuh bersiri...ada persamaan..tau perbuatan salah tapi tak mampu nak halang diri dari melakukan perbuatan yg salah tu.
Quote kimsa-ra 23-11-2020 01:23 AM
Mental binatang pon fetish.
Quote dani-rox 23-11-2020 01:37 AM
Ketika disoal siasat, Waters memberitahu polis yang dia telah melakukan perbuatannya selama sembilan kali di reban ayam berkenaan. Tetapi biasanya hanya melakukan perbuatan tidak senonoh itu dengan seekor ayam sahaja.


Pendakwa Raya, Barbara Webster berkata, "Tertuduh tidak menyukai perbuatannya itu dan kemudian meminta maaf kepada ayam."



Quote awenda507 23-11-2020 02:09 AM
Sangap sangat ke smpai ngn haiwan pn jadi?{:yameteh
Quote husna_amal 23-11-2020 11:40 AM
Jijik giler dengan binatang pun bernafsu. Tak kena penyakit ke dia buat macam tu.
Quote sukacactus 23-11-2020 11:56 AM
Dia ni mental ni
Quote bangcak 23-11-2020 12:08 PM
kes macam nih pernah berlaku
tapi ramai yg tak perasan.

selepas aduan dibuat terhadap seorang pesalah,
mahkamah melepaskan heol dgn alasan tertentu.

yg membuatkan ramai marah, pesalah tu boleh buat
permohonan maaf secara terbuka dgn

MENGAKUI TELAH BUAT KESALAHAN TERSEBUT

keadaan jd lebih pelik,
rakan2 pesalah mengangkatnya sebagai HERO.
umpama burung dari sorga.  

then?
apa nilai keputusan mahkamah jika pesalah sendiri mengaku
SELEPAS keputusan mahkamah dibuat??
Quote tipah89 23-11-2020 12:51 PM
geli nya  dgn binantang pun nak turn on
Quote Mamason 23-11-2020 12:55 PM
Dunia hampir kiama.... Sakit mental betul dia ni... Xde jijik langsung.  Perasaan bersalah?? Minta maaf?? Betul2 gila
Quote Artemesiaa 23-11-2020 12:58 PM
Dah saiko mana nak tahu berhentikan perbuatannya melainkan dipenjarakan je
Quote Tinot7 23-11-2020 01:18 PM
sarah82 replied at 23-11-2020 01:13 AM
Ketika disoal siasat, Waters memberitahu polis yang dia telah melakukan perbuatannya selama sembilan ...

Iols tak pasti la samada depa dapat halang diri ke tak.
Kalau depa sedar apa depa buat tu, itu namanya ada insight. Kalau tak sedar, maknanya takde insight.
Ada je org2 yg buat tu, tapi tak sedar benda depa buat tu salah. Mcm kes bebudak laki UK 2 org umo 10 tahun pi bunuh budak laki umo 2-3 tahun. Org UK sana kecoh masa depa nak dibebaskan sbb kononnya sorang tu masih takde insight.

Iols berpendapat, mamat ayam ni ada penyakit. Tapi dia sedar apa dia buat tu salah. Tak sure ada ubat ke tak utk benda2 mcm ni.
Quote sarah82 23-11-2020 01:20 PM
Tinot7 replied at 23-11-2020 01:18 PM
Iols tak pasti la samada depa dapat halang diri ke tak.
Kalau depa sedar apa depa buat tu, itu na ...

Tak ada ubat rasanya.. Masa iols dengar wawancara ttg pedo tu.. Depa mmg x ada ubat utk halang nafsu sex terhadap kanak2.
Quote MsKathryn 23-11-2020 01:22 PM
Gila... fetish kat binatang ke
Quote Tinot7 23-11-2020 01:27 PM
sarah82 replied at 23-11-2020 01:20 PM
Tak ada ubat rasanya.. Masa iols dengar wawancara ttg pedo tu.. Depa mmg x ada ubat utk halang naf ...

Hanya boleh halang ikut perundangan je la: tak leh keje dekat, takleh berada dekat, etc.
Quote sarah82 23-11-2020 01:28 PM
Tinot7 replied at 23-11-2020 01:27 PM
Hanya boleh halang ikut perundangan je la: tak leh keje dekat, takleh berada dekat, etc.

Tak salah aku.. Kat US depa dimandulkan secara kimia sebelum dibebaskan. Tapi chuols faham la.. Dgn segala sex toys yg ada.. Depa ni boleh guna mcm2 utk rogol kanak2..
Quote Tinot7 23-11-2020 01:42 PM
sarah82 replied at 23-11-2020 01:28 PM
Tak salah aku.. Kat US depa dimandulkan secara kimia sebelum dibebaskan. Tapi chuols faham la.. Dg ...

Hishh... rasa takut pula.

Adakah pembebasan depa akan membawa manfaat? Tapi kalau simpan lama2 dlm penjara, buat perabih beras je
Quote sarah82 23-11-2020 01:46 PM
Tinot7 replied at 23-11-2020 01:42 PM
Hishh... rasa takut pula.

Adakah pembebasan depa akan membawa manfaat? Tapi kalau simpan lama2  ...

Dok lama2 mcm melanggar hak depa pulak.. Aku baca ada cadangan utk letakkan depa ni dlm satu kwsn.
Quote namr 23-11-2020 02:00 PM
Mental ko ni, mampus je lah

Lihat semua komen(34)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top