Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Irwansyah Dan Zaskia Sungkar Cari Dua Pasangan Untuk Rawatan Ivf Percuma

20-11-2020 02:42 PM| Komen: 4

Pasangan selebriti Indonesia Irwansyah dan Zaskia Sungkar ingin berkongsi rasa bahagia dan bersyukur menanti kehadiran cahaya mata dengan menaja dua pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat. 

Menerusi laman sosial Instagram, Irwanyah berkongsi program ‘bayi tabung bersama Syahki’ hasil kolaborasi klinik Morula Jakarta dan Bandung untuk mencari dua pasangan untuk menjalani rawatan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF). 

“Kami tidak mahu bahagia sendiri, semoga bayi tabung bersama Syahki ini, kami dapat membantu cita-cita calon ibu dan bapa mendapatkan anak secara IVF dan ia percuma," kata Zaskia Sungkar kepada Fimela ketika sesi sidang media virtual pada Rabu. 

Foto: IG

Memetik laporan Fimela, Irwansyah dan Zaskia turut berasa bersyukur apabila diberi rezeki dari segi kewangan untuk menjalani rawatan IVF tersebut. 

Mencari satu pasangan dari Jakarta dan satu lagi dari Bandung, pasangan ini cukup memahami jika ada ibu dan bapa yang mengidamkan cahaya mata tetapi tidak mampu untuk menjalani rawatan IVF yang berkos tinggi. 



Program ini turut menetapkan beberapa syarat untuk dipatuhi antaranya pasangan mestilah tidak melebihi 33 tahun, belum memiliki zuriat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. 

“Keinginan kami untuk sama-sama berkongsi kebahagiaan dengan membantu pasangan memperoleh anak. Kami berharap program ini memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar berkeinginan mempunyai zuriat,” ujar Irwansyah. 



September lalu, penantian cahaya mata pasangan ini selama 10 tahun berakhir apabila Zaskia disahkan hamil selepas menjalani rawatan IVF. Usia kandungannya kini memasuki bulan kelima.

Sekadar info, Irwansyah dan Zaskia telah mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011. -CARI

Sumber: Gempak

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 4
Komen

Previous : "Baby Wildlife Warrior Akan Lahir Pada 2021!" - Bindi Steve

Next       : Sambut Ulang Tahun Kedua Perkahwinan, Baim Wong Bina Rumah Anak Yatim

Komen Terbaru

Quote husna_amal 23-11-2020 09:45 AM
Semoga murah rezeki pasangan ni.

Lain-lain Komen

Quote rogayahtop 20-11-2020 09:34 PM
alhamdulillah. setaun kawin tak lekat pun dah terpressure dgn kengkawan yg bunting pelamin ni. akak doakan yg belum pregnen tu sabar ye dik non.
Quote Abot 21-11-2020 06:55 AM
Mmg sedih jenis yg susah nk prgnnt. Tp jgn putus asa. Aku sndiri ank first 2 thn, ank second baru je lekat ni tu pun 5 thn... Syukur... Yg penting byk kn doa..
Quote helicornia 21-11-2020 09:52 AM
10 tahun kn dorang tunggu zuriat. sampai irwansyah menangis bila rasa baby menendang dlm perut wife
Quote husna_amal 23-11-2020 09:45 AM
Semoga murah rezeki pasangan ni.

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top