Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Balkisyh Semundur Khan Lega Dah Boleh Kahwin Dengan Duda

20-11-2020 01:46 PM| Komen: 33

Pelakon Balkisyh Semundur Khan, 34, lega dan bersyukur apabila hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membenarkan perkahwinannya dengan seorang duda berusia 34 tahun dibuat secara wali hakim pada 27 November ini.

Balkisyh yang popular menerusi drama Mak Cun berkata, keputusan itu dibuat selepas hakim berpuas hati dengan segala keterangan dan bukti yang diberikan selepas gagal menemukan bapa kandungnya, Semundur Khan Gulam Khan sejak lebih setahun lalu.

Foto: IG

"Alhamdulillah, selepas lebih setahun saya berurusan mengenai wali, kini semuanya sudah selesai. Hakim berpuas hati dengan usaha yang saya buat selama ini. Terima kasih Harian Metro dan semua yang mendoakan saya.

"Hakim menetapkan 27 November ini untuk saya bernikah. Saya okay saja, lagipun kami memang tidak menetapkan sebarang tarikh. Cuma, sebelah pihak lelaki kalau dapat buat awal lagi bagus.

"Isnin depan baru saya hantar semula borang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Selepas itu kena tengok pula kekosongan kuota masjid di sekitar Kuala Lumpur. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), satu masjid hanya membenarkan tiga pasangan saja. Kalau ada kosong, saya akan teruskan. Jika tiada kita akan tunda sehingga ada kekosongan," katanya.



Balkisyh yang baru muncul menerusi drama Bicara Cinta di TV3 berkata, proses yang dilalui itu diharap memberi pengajaran kepada semua.

"Kalau nak cakap perasaan, dari awal berusaha lagi memang takut dan risau. Bukan sebab tak boleh kahwin, tapi persoalan orang lebih kepada kenapa nikah cara wali hakim. Itu lebih mengganggu.

"Tapi, saya jalani dan dalam masa sama sebagai pengajaran buat orang lain juga. Jangan anggap undang-undang di negara kita dibuat saja-saja dan susahkan orang. Apabila sudah buat dan lalui sendiri, baru kita tahu," katanya.


Ditanya mengenai maklumat yang mendakwa bapanya menjadi gelandangan di Tawau, Sabah, Balkisyh berkata, dia masih belum mendapat maklumat yang tepat.

"Sehingga sekarang memang tidak dapat maklumat tepat lagi. Kalau ikutkan saudara-mara sebelah bapa, kebanyakannya memaklumkan kali terakhir berjumpa dia adalah kira-kira setahun dan tiga tahun lalu.

"Dakwaan bapa saya menjadi gelandangan juga tak betul kerana adiknya ada pergi berjumpa dengan lelaki dimaksudkan dan ia bukan bapa saya," katanya.



Harian Metro pada 14 Oktober lalu melaporkan pelakon itu memohon jasa baik Jawi dalam memudahkan proses perkahwinannya yang sudah tertunda hampir setahun selepas dia gagal mencari bapa kandungnya.

Balkisyh berkata, pihak terbabit meminta dia mengikut prosedur ditetapkan iaitu tampil dengan wali iaitu bapa kandungnya, Semundur Khan Gulam Khan.

Dalam beberapa siri laporan, Balkisyh juga memaklumkan mendapat pelbagai maklumat daripada orang ramai di Tawau, Sabah yang mendakwa pernah melihat bapanya di sekitar bandar itu. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 33
Komen

Previous : Hazama Nervous Sampai Tersasul Lagu Sendiri - "Konsert Final Pun Tak Macam Ni"

Next       : Uqasha Senrose Dan Kamal Adli Berpelukan, Ramai Sangka Gambar Pre-Wedding

Komen Terbaru

Quote Pujangga22 22-11-2020 10:57 PM
edoraixora replied at 22-11-2020 07:13 PM
Masa dia kawen yg pertama tu guna wali hakim ke bapak dia wali?
Dia terputus hubungan ngan bapak di ...

kawen kat sempadan...ada intvw kat melodi

Lain-lain Komen

Quote kiah_mai_pulak 20-11-2020 01:56 PM
jom lahhhh kita semua pakat mggelabah teksssss yg ada ni sbb minah ni dh boleh kawen
Quote Normabaru 20-11-2020 02:05 PM
Kawen la date cantik sikit dik oii. 20/12/20 kaa..or today ka.. Ni 27/11/20. Apepun tahniah la ye.. Yeay dpt kawen dudaaaaa  
Quote bedahmenjuyah 20-11-2020 02:05 PM
Gambar dlm semak tu dia ke. Lainnya
Quote slyfynx 20-11-2020 02:09 PM
Adui la kualiti gosip editor/wartawan cari ni, mcm ubi kentang
Quote salimrock 20-11-2020 02:21 PM
keturunan Genghis Khan...

hebat orang2 Khan ni, maharaja China kena buat tembok besar China sebab tak nak kena serang dgn tentera genghis khan...


aku ada kenal sorang keturunan khan kat tempat aku, mmg penuh ilmu di dadanya... macam2 dia belajar, silat, karate, kung fu...  matematik, geografi, sains, abacus


Quote husna_amal 20-11-2020 02:35 PM
Tak sabar nak nikah tu setahun lebih menahan.
Quote matbad 20-11-2020 02:40 PM
Ooo ada khan. Suka tgk minah ni tak pernah over makeup kalau belakon smpaikan aku ingt dia desa2 ja. Taniah
Quote febreze 20-11-2020 02:54 PM
kiah_mai_pulak: jom lahhhh kita semua pakat mggelabah teksssss yg ada ni sbb minah ni dh boleh kawen



sebelah teks 2kg nokkk....mengah2 iolssss
Quote qicki 20-11-2020 03:14 PM
pape pun tahniah la ye...
Quote Nenasketum 20-11-2020 03:24 PM
Ada orang kata, mak Jan takyah pakai wali, tapi dia ni jadi berita besor semata nak carik Abah dia. Samada orang tu cakap salah info atau Balqis ni batak masa berlaki tak pernah even wish Abahnya even Selamat Hari Raya.
Quote kuku^panjang 20-11-2020 03:31 PM
moga cpt dpt nikah..
Quote chekacheku 20-11-2020 03:31 PM
Selamat pengantin baru in advance la ye...
Quote Siput_Sawah 20-11-2020 03:40 PM
Nenasketum replied at 20-11-2020 03:24 PM
Ada orang kata, mak Jan takyah pakai wali, tapi dia ni jadi berita besor semata nak carik Abah dia.  ...

kau ni biar betik, syarat sah nikah mesti ada wali dan saksi terpakai utk dara or tak berdara (sbb jaman skg susah naw nok jumpe yg masih berdara ) or janda, yg tak perlu wali tu is nikoh kat hotel ahseng aje aaaa
Quote arm_band 20-11-2020 03:41 PM
"Kalau nak cakap perasaan, dari awal berusaha lagi memang takut dan risau. Bukan sebab tak boleh kahwin, tapi persoalan orang lebih kepada kenapa nikah cara wali hakim. Itu lebih mengganggu.


ehh kezzaaahh pulak orang nak tau ko kawin pakai wali ape deknon? ramai je orang pakai wali hakim takde bising2 macam ko. orang buat iklan aje, ko sampai buat artikel, mana laa orang tak tanya
Quote rayna_raynes 20-11-2020 04:01 PM
aku still takleh lupa gambar dia menonggeng pakai spender putih
Quote cikdot 20-11-2020 04:01 PM
Masa kawin yg 1st dulu sape yg walikan? bapak dia dah hilang tak dijumpai ke
Quote maxim 20-11-2020 04:07 PM
rayna_raynes replied at 20-11-2020 04:01 PM
aku still takleh lupa gambar dia menonggeng pakai spender putih

asal dgr nama die ni je mmg teringt gmbar tu
Quote rayna_raynes 20-11-2020 04:26 PM
maxim replied at 20-11-2020 04:07 PM
asal dgr nama die ni je mmg teringt gmbar tu

Rasa dh berbelas tahun gambar tu tp masih segar di ingatan

Quote getarsukma 20-11-2020 04:34 PM
Banyak betul Paki Sabah dah keluar sekarang ya...  Hasil project IC Mahathir sejak 80an tak pasal2 majority oriental dna di Borneo dah bertukar jadi greater India diaspora clan..  

Lihat semua komen(33)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top