Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Hazama Nervous Sampai Tersasul Lagu Sendiri - "Konsert Final Pun Tak Macam Ni"

20-11-2020 01:10 PM| Komen: 8

Tidak dapat dibayangkan perasaan gementar apabila berdiri di atas pentas bersama pelawak-pelawak yang sememangnya spontan, di tambah lagi dengan ayat-ayat yang sentiasa berubah-ubah. 

Itulah yang dirasakan oleh penyanyi Hazama apabila menjadi artis cameo untuk Sepahtu Reunion Live 2020 malam tadi.


Kredit foto: IG/Gempak

"Sampai sekarang ni (ketika ditemu bual) tangan saya masih berpeluh-peluh memikirkan ketika melakonkan watak saya tadi di pentas Sepahtu Reunion. Pengalaman ni memang sangat best kerana dia buat kita ada 'adrenaline rush' sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku walaupun kita dah ada skrip sebelum ni.

"Sebelum saya masuk ke pentas, di belakang dalam bilik yang disediakan untuk kami bersiap ada TV. Jadi saya tengok babak-babak sebelum tu, eh mereka ni macam tak ikut skrip sangat. Masa tulah saya jadi nervous. Jangan ceritalah berapa banyak doa yang saya baca sebelum ke pentas," kata Hazama sambil ketawa.


Kredit foto: Gempak

Menurut Hazama dia bersyukur walaupun sangat gementar dan sedikit lari daripada yang asal, dia masih berpegang kepada jalan cerita agar dapat melunaskan sepenuhnya watak yang dibawa supaya cerita tersebut ada penamatnya.

"Saya seronok tapi saya akui nervous dia memang lain macam. Konsert final pun tak nervous macam ni. Sebab tu tadi kalau semua tengok, saya sampai tersasul menyanyi lagu sendiri. Tambah-tambah lagi Sepahtu Reunion ni memang ditayangkan secara langsung.

"Kalau buat salah tu, salahlah dan berharap ada orang akan bantu cover kesalahan tersebut. Kalau rakaman, tersalah menyanyi tadi tu boleh buat balik, tapi sebab live, itulah terus tersasul tak tahu bila nak masuk lagu. Tapi memang betul, saya sangat seronok! Kalau dapat jadi pelakon jemputan setiap minggu pun boleh juga," kata Hazama mengakhiri temu bual bersama Gempak.


Kredit foto: Gempak

Kredit foto: Gempak

Sepahtu Reunion Live 2020 boleh anda saksikan secara langsung setiap hari Khamis, jam 9:00 malam di Astro Warna (127) dan Warna HD (107). Anda juga boleh strim On Demand menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box. Ketahui lebih lanjut di sini.    


Sumber: Gempak

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 8
Komen

Previous : Khai Bahar Akui Bergambar Dengan Usahawan Kosmetik Tokan Dadah

Next       : Balkisyh Semundur Khan Lega Dah Boleh Kahwin Dengan Duda

Komen Terbaru

Quote Norhidayahyusof 22-11-2020 01:10 AM
Minggu yg paling bosan.  Camoe x best.  Xde penonton ni lawak mcm syok sendri.  Mgkn sblm ni penonton pembakar semangat diaorg kan.  

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 20-11-2020 01:13 PM
Jadi??





Quote husna_amal 20-11-2020 02:39 PM
Cerita macam ni tak boleh bagi rancangan sepahtu reunion jadi hype pun. Lawak pun hambar je.
Quote AshkieLa 20-11-2020 02:40 PM
takde penonton sangat pun nak nervous..
Quote slyfynx 20-11-2020 07:56 PM
So, ape pekdahnye aku tau ni?
Sampah
Quote romeor 20-11-2020 10:24 PM
Masalahnya lawak ke tak
Quote supernaturalee 21-11-2020 12:31 AM
Kelakar story psl hazama ni bila bc Komen2 korg

Quote nura19 21-11-2020 12:12 PM
Cuma nk ckp sepahtu reunion ni buat tiap thun..smpai kn dorg mcm dh x de idea nk buat lawak..hambar je...
Quote Norhidayahyusof 22-11-2020 01:10 AM
Minggu yg paling bosan.  Camoe x best.  Xde penonton ni lawak mcm syok sendri.  Mgkn sblm ni penonton pembakar semangat diaorg kan.  

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top