Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Khai Bahar Akui Bergambar Dengan Usahawan Kosmetik Tokan Dadah

20-11-2020 12:58 PM| Komen: 36

Penahanan usahawan kosmetik yang disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah jenis methamphetamine rentas negara baru-baru ini turut memberi tempias kepada penyanyi Khai Bahar.

Mengakui menjadi duta untuk salah satu produk keluaran syarikat milik usahawan tersebut, Khai berkata dia tidak mengetahui mengenai pembabitan lelaki bergelar 'Datuk Seri' dari Kelantan dengan aktiviti berkenaan.


Kredit foto: IG/mStar

“Saya tak tahu-menahu mengenai pembabitan individu itu... tapi saya sedar mengenai gambar kami tular di media sosial.

“Saya baru sahaja menjadi duta untuk produk minuman susu berperisa keluaran syarikat itu. Foto kami diambil pada September lalu semasa pertemuan bagi membincangkan mengenai produk.

“Tentang isu lain saya tak tahu-menahu, saya hanya jalankan tanggungjawab... itu pun masih belum buat kerja lagi sebagai duta sebab masih baru,” katanya kepada mStar.

Khai ditemui semasa pelancaran Konsert Inteam 20 Tahun yang diadakan di pejabat Inteam Records, Petaling Jaya, Selangor.

Khai merupakan salah seorang penyanyi yang akan membuat persembahan bersama kumpulan nasyid Inteam, Unic, Hijjaz, Zayne, Lah Ahmad dan Exists.

Konsert secara virtual itu akan dipancarkan secara langsung dari Warisan Hall Studio Sijangkang, Selangor pada 12 Disember depan.



Sementara itu, penyanyi lagu Bayang ini berkata dia menyerahkan sepenuhnya kepada peguam untuk membuat keputusan mengenai kontraknya sebagai duta dengan syarikat berkenaan.

Malah Khai mengakui tidak terkesan apabila nama dan gambarnya dikaitkan dengan isu itu.

“Sama ada nak teruskan kerjasama dengan produk itu... saya serahkan kepada peguam sahaja.

“Sejujurnya isu ini tak menganggu kerjaya sebab saya hanya jalankan kerja sahaja.

“Apa yang berlaku boleh dijadikan pengajaran, mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebelum bersetuju menerima sesuatu tawaran kerja,” ujarnya.



Pada 13 November lalu, media melaporkan penahanan seorang usahawan kosmetik selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan methamphetamine.

Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 36
Komen

Previous : Dah Sedia Timang Anak, Nazrief Nazri Isi Masa Terluang Buat Video Sweet Dengan Isteri

Next       : Hazama Nervous Sampai Tersasul Lagu Sendiri - "Konsert Final Pun Tak Macam Ni"

Komen Terbaru

Quote Norhidayahyusof 22-11-2020 11:45 PM
Fify_pipot replied at 22-11-2020 03:01 PM
Abis la u nnt kena serang dgn geng empire

Empire dh masuk.  Bukan boleh terima bende2 mcm ni. Hehe

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 20-11-2020 01:17 PM
pa yang berlaku boleh dijadikan pengajaran, mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebelum bersetuju menerima sesuatu tawaran kerja.


Iols x rasa heshe ada suara utk ckp yes or no.. lebih kpd pak turut.. mostly hal2 kerja jd duta etc mesti management yg buat 100%. Tgok lah kerja seni pun makin sendu.
Quote Nenasketum 20-11-2020 01:22 PM
Dah lain naw kulit Khai Bahar dari taim dia di Sabah dedulu. Pakai skincare Tokan ke? Heh heh heh
Quote epal21 20-11-2020 01:36 PM
Siapakah tokan towkey kosmetik kilo tu?
Quote lattehazelnut 20-11-2020 01:37 PM
So mmg ey beauty tu ke?
Quote adeqbelon 20-11-2020 01:37 PM
Aku lg teruja nk tau siapakah usahawan kosmetik itewww..
Quote mamajawie 20-11-2020 01:39 PM
apesal sume ikut gaya rambut arapeng??
Quote lolipopbiru 20-11-2020 01:39 PM
RatuDunia94 replied at 20-11-2020 01:17 PM
Iols x rasa heshe ada suara utk ckp yes or no.. lebih kpd pak turut.. mostly hal2 kerja jd duta  ...

bkn manager dia meninggal ke hari tu?
Quote YomiuriLandMae 20-11-2020 01:40 PM
skrg time post mco ni mmg mostly ramai try bela rambut panjang ke apa? aritu semail ijani then naimah daniella pstu si khairina ni plak..
Quote kiah_mai_pulak 20-11-2020 01:40 PM
tak faham geng2 bbnu ni memasing nk berambut pnjang... bajet macho ke apa??? walauuuuupunnnnnnn
Quote husna_amal 20-11-2020 02:29 PM
Musim artis2 lelaki simpan rambut panjang.
Quote Tinot7 20-11-2020 02:30 PM
Udah2 le kutuk rambut panjang depa.. takde job, maka takde duit nak pi potong rambut lerr...
Dulu dia ni itam legam ke? Pakai produk fair and lovely ke?
Quote matbad 20-11-2020 02:44 PM
epal21: Siapakah tokan towkey kosmetik kilo tu?

Dia bukan tokey dia kerjasama ja. Dato seri tu budak langkawi. Digunakan utk marketing ja syakirat kosmetik tu. Ada owner kosmetik tu buat statement. Aku xpasti baca kat mana. Owner brand tu mmg org kelantan cuma tokan ni org tgh utk market ja
Quote Norhidayahyusof 20-11-2020 04:11 PM
Khai pkai kosmetik dia ke??  Muka dia skrng pucat n kusam.  Ingt kan sakit ke ape..  Nak tny kat luar gsau kbe terjah kecam bertalu2.   Mata bengkak pun kata hensem.  {:run
Quote Norhidayahyusof 20-11-2020 04:12 PM
lolipopbiru replied at 20-11-2020 01:39 PM
bkn manager dia meninggal ke hari tu?

Kannn.  Sape manager baru dia? X kan abang dia tu?
Quote MakareyumSuciey 20-11-2020 08:01 PM
YomiuriLandMae replied at 20-11-2020 01:40 PM
skrg time post mco ni mmg mostly ramai try bela rambut panjang ke apa? aritu semail ijani then naima ...

Agaknya rambut2 lain theyols pun masa pkp ni pun biar memanjang gak tak?
Quote LadyCarefree 20-11-2020 08:27 PM
YomiuriLandMae replied at 20-11-2020 12:40 PM
skrg time post mco ni mmg mostly ramai try bela rambut panjang ke apa? aritu semail ijani then naima ...

Sunnah nabi
Quote AshKetchum 20-11-2020 08:48 PM
kalo ikut banner backdrop  kat gambar tu produk sendu ey beauty empire lah khens?

Quote YomiuriLandMae 20-11-2020 08:56 PM
MakareyumSuciey replied at 20-11-2020 08:01 PM
Agaknya rambut2 lain theyols pun masa pkp ni pun biar memanjang gak tak?

hahahah yg tu kena tunggu depa belanja.. choiiiii
Quote MakareyumSuciey 20-11-2020 08:57 PM
YomiuriLandMae replied at 20-11-2020 08:56 PM
hahahah yg tu kena tunggu depa belanja.. choiiiii

Kann...hehehe

Lihat semua komen(36)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top