Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Dugaan Covid-19 :Hampir Setiap Hari Makan Pucuk Paku

20-11-2020 11:08 AM Komen: 89
"Kami sekeluarga rela makan pucuk paku untuk jimat belanja bagi menghadapi Covid-19 yang belum tentu bila berakhir," kata ibu tunggal, Siti Mariani Rashid, 37.

Dia yang tinggal di Kampung Limau Kasturi, dekat sini, hampir setiap hari mengutip pucuk paku di kawasan paya berhampiran rumah dan tidak perlu berbelanja besar.

Katanya, apabila memperolehi banyak kutipan pucuk paku, selebihnya dijual dengan kadar RM1 seikat dan hasilnya boleh membeli lauk.

Kredit foto: Harian Metro

"Itulah cara menjimatkan perbelanjaan kami sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

"Kami tidak mempunyai pendapatan lain dan hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan," katanya ketika ditemui hari ini.

Siti Mariani berkata, dua anaknya masih bersekolah dan dia terpaksa berjimat cermat kerana bimbang kehabisan wang bantuan.

"Lagipun, wabak Covid-19 sudah masuk gelombang ketiga dan belum ada mendapat jaminan bila ia akan berakhir," katanya.

Seorang suri, Siti Juriah Yusuf, 28, pula berkata, boleh dikatakan setiap pagi kawasan paya kampung itu menjadi tumpuan penduduk mengutip pucuk paku.

Dia berkata, kawasan yang ditumbuhi pucuk paku itu bukan boleh dikutip setiap hari di tempat sama tetapi perlu berbuat demikian antara tiga hingga empat hari sekali. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 89
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Reymz 22-11-2020 06:00 PM
RatuDunia94 replied at 20-11-2020 01:32 PM
Yg jarang2 makan mmg la ckp sedap. Bla bla.. tp kalau hari2 siang malam pagi petang makan benda yg s ...

Exactly, saya tak rasa akak nie mengeluh, cuma try to survive saja. Maybe sebelum nie dia memang boleh spend untuk beli bahan makanan, cuma tatkala COVID 19 nie sahaja trpaksa downgrade sikit

Lain-lain Komen

Quote Tinot7 20-11-2020 11:16 AM
Apa salahnya mkn pucuk paku?

Semoga depa dipermudahkan urusan. Anak2 bersekolah memerlukan banje juga.
Quote Boomibulat 20-11-2020 11:18 AM
Sdp pucuk paku..kat KL dpt yg dh layu..dah la bnyk batang je
Quote MissVixen 20-11-2020 11:18 AM
Sedapnya pucuk paku goreng belacan. Murahnya dia jual rm1/ikat. Kampung aku semua pakat letak rm2. Dah la daun tua pun diambiknya.
Quote sarah82 20-11-2020 11:20 AM
Murah la rm1..kat sini rm3
Quote mamajawie 20-11-2020 11:31 AM
kalu aku nak komen boleh x?aku ni gigih ngan mil gi ikut dia kat kebun sawit nu tiap2 minggu amik pucuk paku, pucuk meranti n pucuk bebuas buat lauk..bukan pe benda free buat pe nak beli sayur2 kat pasar dgan nak nek keta lagi nk pakai lelawa nak g pasar lagi leceh ang tau dak?

tapi kes akak ni, smoga dipemudahkan la..iollss happy dok kampung sbab iollss dari kecik dok kuarters gomen n rumah taman kat jb nuu..bila kawen org nismilan baru la merasa dok kampung sbab banyak sumber nk makan sayur2 hutan tu snang je bleh petik banyak2..
Quote Tinot7 20-11-2020 11:33 AM
mamajawie replied at 20-11-2020 11:31 AM
kalu aku nak komen boleh x?aku ni gigih ngan mil gi ikut dia kat kebun sawit nu tiap2 minggu amik pu ...

Apa beza pucuk meranti dgn pucuk bebuas?

Iols suka pucuk paku masak lemak.. la ni jarang jumpa
Quote allshares 20-11-2020 11:34 AM
Iols sejak preggy suka mkn pucuk paku, selalu beli seikat 3ringgit, kira murah la tu dia jual.
Quote mamajawie 20-11-2020 11:37 AM
Tinot7 replied at 20-11-2020 11:33 AM
Apa beza pucuk meranti dgn pucuk bebuas?

Iols suka pucuk paku masak lemak.. la ni jarang jumpa

pucuk meranti hat pahit2 skit..rupa pun lain skit camni..

image.png

kalu pucuk bebuas dia bau2 manis2 pedas pahit..daun dia lebar sikit..

image.png



Quote faraway1 20-11-2020 11:39 AM
Bestnya pucuk paku
Quote idril 20-11-2020 11:51 AM
mamajawie replied at 20-11-2020 11:37 AM
pucuk meranti hat pahit2 skit..rupa pun lain skit camni..

x pernah tengok sayur ni xtau kewujudannya. masak mcm mana ni mama?
Quote mamajawie 20-11-2020 11:58 AM
idril replied at 20-11-2020 11:51 AM
x pernah tengok sayur ni xtau kewujudannya. masak mcm mana ni mama?

pucuk meranti goreng gitu pun boleh cm kita masak pucuk paku tu..tapi ada rasa pahit2 skit la..mil iollss suka goreng boh ikan bilis, bawang, cili padi n belacan bakar tumbuk..iolls pun b4 kawen xpenah umo tau pucuk2 meranti ke pucuk bebuas even pucuk kaduk pun..mmg xpenah makan..

Quote Limao 20-11-2020 11:59 AM
Wahhh...dap dap er.
Pucuk paku kerinting paling sedap.
Wat kerabu ngan bubur lambuk.
Dapnyer.
Quote Artemesiaa 20-11-2020 12:07 PM
Sebab tu yang miskin bandar lebih terkesan akibat covid19 ni keliling hutan batu je.  Miskin kampung susah2 pun masih ada makanan boleh dimakan kalau rajin cari sekitar kediaman atau hutan.  Yang lebih boleh mendatangkan pendapatan sampingan pula.
Quote stingersmile 20-11-2020 12:08 PM
Tinot7 replied at 20-11-2020 11:16 AM
Apa salahnya mkn pucuk paku?

Semoga depa dipermudahkan urusan. Anak2 bersekolah memerlukan banje  ...

Perlembagaan dah jamin..tidak akan hilang bangsa sabsidi ditanah melayu..no one will be left behind...

Kau apa tahu?

Quote gujiwa 20-11-2020 12:11 PM
KL ni seikat kecik dah rm3.00
tuh pun dah layu.. payah bebenor nak jumpe..

goreng belacan masak lemak pehh sedap..
moga di murahkan rezeki kak..
Quote Tinot7 20-11-2020 12:14 PM
mamajawie replied at 20-11-2020 11:37 AM
pucuk meranti hat pahit2 skit..rupa pun lain skit camni..



Ok tengkiu... iols reti mkn je.. haha
Quote husna_amal 20-11-2020 12:14 PM
Sekurangnya masih ada hasil alam yang mudah didapati.
Quote mamajawie 20-11-2020 12:26 PM
Tinot7 replied at 20-11-2020 12:14 PM
Ok tengkiu... iols reti mkn je.. haha

xpe pasni sesama la kita mengenal sayur2 hutan ni..huhu

Quote Normabaru. 20-11-2020 12:28 PM
Sblm pkpb kerja apa?

Lihat semua komen(89)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top