Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Comelnya Tuanku,"- Sultan Johor Masak Lamb Chop, Apron Minion Jadi Perhatian

19-11-2020 01:06 PM| Komen: 21

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menjadi perhatian netizen selepas meluangkan masa memasak menu daging kambing di Istana Flintstones, Mersing semalam.

Menerusi perkongsian Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hidangan itu dimasak untuk santapan tengah hari.

Foto: FB

Resipi rahsia Sultan Ibrahim. Baginda Tuanku Sultan berkemahiran memasak pelbagai menu makanan yang turut dikongsi bersama kakitangan Istana, maklum Facebook berkenaan.

Namun apa yang menarik perhatian netizen selain hidangan yang disediakan adalah apron Minion yang disarung oleh Tuanku ketika memasak.


Foto: FB
Menerusi ruangan komen rata-ratanya memuji Tuanku kelihatan comel memasak dengan memakai apron tersebut.

Selain kecomelan Tuanku, netizen juga menyatakan impian untuk merasai sendiri masakan air tangan baginda.

Foto: FB

Sultan Ibrahim sebelum ini sememangnya dikenali sebagai seorang sultan yang berjiwa rakyat. -CARI

Sumber: Gempak

  

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 21
Komen

Previous : Manfaat Baking Soda Dalam Kehidupan Harian, Buat Deodoran Pun Boleh!

Next       : Bosan Dah Lama Tak Melancong? Ini 4 Kawasan Menarik Bagi Kaki Jalan

Komen Terbaru

Quote Bihungoreng 19-11-2020 08:28 PM
LadyCarefree replied at 19-11-2020 04:59 PM
Tak boleh. Pagar pun tinggi gila. Kat YT ada tunjuk sikit2 la. Ataupun kat ig2 kerabat.

Ok nanti i try tgk.. haha

Lain-lain Komen

Quote pearl.silver 19-11-2020 01:26 PM
Baru tau rambut tuanku agak rockers.

Comel apron tu.
Quote little_sis 19-11-2020 01:38 PM
Baru tau.. ada istana flintstones..
Quote Knowlee 19-11-2020 01:38 PM
Bila Sultan pakai apron minion... Adudududu...

Betul la cakap John Gray, dalam setiap lelaki tetap ada budak kecil umur 5 tahun, tak kira berapa umurnya sekarang.
Quote sharlenetexas 19-11-2020 01:44 PM
Dapur tu design flintstones ke?
Quote kucingitam 19-11-2020 01:55 PM
sharlenetexas replied at 19-11-2020 01:44 PM
Dapur tu design flintstones ke?

Istana tu design flinstones.

https://www.thestar.com.my/lifestyle/travel/2020/02/15/sultan-of-johor-pays-fond-tribute-to-the-flintstones-cartoon-at-istana-mersing

Quote Suchi 19-11-2020 01:58 PM
Haa nama istana tu pastu apron plak emmmm ni mesti suka layan cite animasi
Quote edayildiz 19-11-2020 02:25 PM
MisXoXo replied at 19-11-2020 02:07 PM
Tp kan  ... kenapa kalau anakanda sulongnya keluar membeli belah tidak memakai mask eh.mmg terkecual ...

cuba u tanya tuan badan
i suggest u dm kt ig
Quote rbmy 19-11-2020 02:57 PM
little_sis replied at 19-11-2020 01:38 PM
Baru tau.. ada istana flintstones..

istana utk depa anak beranak tu.. ala2 flinstone punya rumah..
utk anak cucu bercuti dan kawan2
Quote Belibis 19-11-2020 03:21 PM
Ingatkan steven seagal tadi.ampun tuanku.
Quote husna_amal 19-11-2020 03:22 PM
Mesti tuanku peminat kartun flinstone ni dulu.
Quote helicornia 19-11-2020 03:58 PM
teringin nk tengok istana flinstone tu
Quote Bihungoreng 19-11-2020 04:04 PM
kucingitam replied at 19-11-2020 01:55 PM
Istana tu design flinstones.

https://www.thestar.com.my/lifestyle/travel/2020/02/15/sultan-of-j ...

Rakyat marhein leh masuk ke dlm ni?
Quote Justsha 19-11-2020 04:31 PM
Belibis: Ingatkan steven seagal tadi.ampun tuanku.

{:laugh{:laugh
Quote kucingitam 19-11-2020 04:32 PM
Bihungoreng replied at 19-11-2020 04:04 PM
Rakyat marhein leh masuk ke dlm ni?

rasanya tak boleh.

Quote LadyCarefree 19-11-2020 04:58 PM
rbmy: istana utk depa anak beranak tu.. ala2 flinstone punya rumah..utk anak cucu bercuti dan kawan2


Siap ada kereta flinstones
Quote LadyCarefree 19-11-2020 04:59 PM
Bihungoreng replied at 19-11-2020 03:04 PM
Rakyat marhein leh masuk ke dlm ni?

Tak boleh. Pagar pun tinggi gila. Kat YT ada tunjuk sikit2 la. Ataupun kat ig2 kerabat.
Quote LadyCarefree 19-11-2020 04:59 PM
helicornia replied at 19-11-2020 02:58 PM
teringin nk tengok istana flinstone tu

Cari kat YT ada sikit2 dalam beberapa video.
Quote nolya 19-11-2020 05:21 PM
Nengok Tuanku Sultan memasak rasa nak tolong je.......... tolong makan.
Quote any42 19-11-2020 06:07 PM
lapar pulak tgk mkanan tu. istana flintstone ye. sgt bjiwa seni

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top