Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Eizlan Yusof Nak Saman Hans Isaac Sebab Dituduh Salah Guna Kuasa?

18-11-2020 04:43 PM| Komen: 142

Datuk Seri Eizlan Yusof kesal dengan tuduhan dilemparkan bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Hans Isaac, berhubung isu penyalahgunaan kuasa membabitkan sebuah syarikat produksi iaitu Excellent Pictures Sdn Bhd.

Eizlan, 49, yang juga Ahli Lembaga Pengarah Finas berkata, tuduhan tidak berasas itu mencemarkan nama, imej dan reputasinya sedangkan dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat terbabit sama ada sebagai pengarah mahupun pemegang saham.

"Selaku ahli Finas yang sentiasa berpegang teguh kepada prinsip integriti, saya menzahirkan kekecewaan atas tuduhan melulu dan tidak berasas yang dilontarkan oleh Hans yang telah mencemarkan nama, imej dan reputasi saya kononnya ada penglibatan saya dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd.

"Untuk makluman, syarikat tersebut tiada sebarang kaitan dengan saya sama ada sebagai pengarah mahupun pemegang sahamnya. Syarikat tersebut dikatakan ada menerima geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada pihak Finas," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Finas pada Rabu.


Kredit foto: IG Eizlan & Hans

Sementara itu, Eizlan berkata tuduhan itu dibuat Hans menerusi kumpulan WhatsApp milik Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pada Isnin lalu.

"Tuduhan yang dibuat pada 16 November 2020 oleh Datuk Hans Isaac melalui kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mempunyai ahli melebihi 200 orang dalam kumpulan tersebut.

"Dakwaan palsu Hans Isaac ini secara langsung telah menular dan masih berlarutan sehingga mencalarkan nama baik dan reputasi saya, mengganggu fokus dan menerima tekanan daripada pelbagai pihak. Ini juga memberi kesan secara langsung kepada karier dan perniagaan saya," ujarnya.

Susulan dakwaan itu, Eizlan telah melantik peguam dari firma Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co untuk memulakan proses perundangan.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana imej dan reputasi saya telah terkesan akibat dusta tersebut, khasnya saya selaku Ahli Perbadanan FINAS dan kredibiliti saya selaku penggiat industri kreatif yang telah berkecimpung selama lebih daripada 20 tahun serta dikenali masyarakat dan industri perfileman negara.

"Untuk makluman, saya telah melantik peguam dan tindakan guaman terhadap Hans Isaac sedang berjalan," katanya.


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 142
Komen

Previous : Buat Fitnah? Awal Ashaari Kongsi Perbualan Dengan Isteri Boss Naz Carpentry

Next       : "Kami Penat Lelah, Mereka Senang Je Tiru" - Aeril Zafril

Komen Terbaru

Quote ilhamazalea 25-11-2020 04:48 PM
kirana_22 replied at 18-11-2020 04:49 PM
Byk sgt masa terluang kot musim2 covid nih.. Jadi gigih pulak nak cari salah org... Job pulak sendu  ...

Lol.. patut2 diam-diam dok umah stay safe

Lain-lain Komen

Quote Tudungpink 18-11-2020 04:37 PM
Akhirnya ada jugak benang datuk vs datuk.. ..
Jom kite tgk sape yg kene...
Musim2 covid ni rajin plak deme saman menyaman yer
Quote BarbiePink 18-11-2020 04:39 PM
Edited by BarbiePink at 18-11-2020 04:41 PM

IMG_20201118_163837.jpg

KUALA LUMPUR: Kecewa dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepadanya menyebabkan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Seri Eizlan Yusof akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac.
Menurut Eizlan, dakwaan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Finas itu kononnya beliau menyalahgunakan kuasa di atas kedudukan ALP berhubung penerimaan geran Dana Kandungan Digital (DKD) kepada syarikat produksi produksi Excellent Pictures Sdn Bhd itu adalah tidak betul.
Dakwaan tidak berasas itu, tegas Eizlan, telah mencemarkan reputasinya sebagai ALP badan penyeliaan dan pembangunan industri filem.
Ini kerana, Eizlan menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang kaitan atau kepentingan dalam syarikat produski tersebut.

“Saya tidak tahu apa motif dia melemparkan dakwaan yang tidak berasas itu. Saya hanya buat kerja sahaja di Finas. Saya tidak ada sebarang kepentingan dengan syarikat yang dikaitkan.
“Saya tidak kacau hidup orang lain, kerana itu saya pelik kenapa beliau (Hans) boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.
“Kerana tuduhan yang dibuat itu juga menyebabkan saya menerima tekanan meminta saya meletak jawatan atau nama saya akan dirujuk kepada pihak berwajib agar siasatan dibuat terhadap saya,” kata Eizlan kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Hans didakwa menuduh Eizlan mempunyai kepentingan dalam Excellent Pictures Sdn Bhd sehingga menyebabkan syarikat produksi itu menerima geran DKD yang dikeluarkan oleh Finas.
Dakwaan itu, tegas Eizlan, dibuat dalam kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang mempunyai ahli melebihi 200 orang.
Sehubungan itu, Eizlan telah melantik peguam dari firma Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co untuk memulakan proses perundangan.
Katanya, tindakan undang-undang terhadap Hans sedang berjalan.
Sementara itu, Hans yang dihubungi oleh Astro AWANI berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan Eizlan itu petang ini.
Quote Aunty_Acid 18-11-2020 04:42 PM
Tudungpink replied at 18-11-2020 08:37 AM
Akhirnya ada jugak benang datuk vs datuk.. ..
Jom kite tgk sape yg kene...
Musim2 covid ...

.
.
.
ya akhirnya

dua2 datuk ni aku pernah jumpa f2f
aku lagi suka eizlan
Quote mrsLucky 18-11-2020 04:42 PM
Another drama unfold. sambil makan popcorn
Quote BarbiePink 18-11-2020 04:43 PM
IMG_20201118_164251.jpg

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Eizlan Yusof, pelakon dan juga Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), akan mengambil tindakan saman ke atas Datuk Hans Isaac.

Ia susulan dakwaan Eizlan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd.


“Saya menzahirkan kekecewaan atas tuduhan melulu dan tidak berasas yang dilontarkan oleh Dato’ Hans Isaac, mantan Pengerusi Finas yang telah mencemarkan nama, imej dan reputasi saya kononnya ada penglibatan saya dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd.

“Untuk makluman, syarikat tersebut tiada sebarang kaitan dengan saya, sama ada sebagai pengarah mahupun pemegang sahamnya. Syarikat tersebut dikatakan ada menerima geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada pihak Finas,” katanya menerusi kenyataan.

Eizlan berkata, tuduhan tersebut dibuat Hans pada 16 November lalu melalui kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang mempunyai 200 orang ahli.


Selain menafikannya, Ezlan menyifatkan tuduhan itu mencalarkan imej dan reputasinya, selain memgaku tertekan.

“Ini juga memberi kesan secara langsung kepada karier dan perniagaan saya, perkara ini tidak seharusnya berlaku.

“Imej dan reputasi saya telah terkesan akibat dusta tersebut, khasnya saya selaku Ahli Perbadanan Finas dan kredibiliti saya selaku penggiat industri kreatif yang telah berkecimpung selama lebih daripada 20 tahun serta dikenali masyarakat dan industri perfileman negara,” tambahnya.


Eizlan memaklumkan telah melantik peguamcara menerusi Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co dan tindakan guaman.-MalaysiaGazette
Quote CARI-MAL 18-11-2020 04:43 PM
Datuk Seri Eizlan Yusof kesal dengan tuduhan dilemparkan bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Hans Isaac, berhubung isu penyalahgunaan kuasa membabitkan sebuah syarikat produksi iaitu Excellent Pictures Sdn Bhd.


Eizlan, 49, yang juga Ahli Lembaga Pengarah Finas berkata, tuduhan tidak berasas itu mencemarkan nama, imej dan reputasinya sedangkan dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat terbabit sama ada sebagai pengarah mahupun pemegang saham.

"Selaku ahli Finas yang sentiasa berpegang teguh kepada prinsip integriti, saya menzahirkan kekecewaan atas tuduhan melulu dan tidak berasas yang dilontarkan oleh Hans yang telah mencemarkan nama, imej dan reputasi saya kononnya ada penglibatan saya dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd.

"Untuk makluman, syarikat tersebut tiada sebarang kaitan dengan saya sama ada sebagai pengarah mahupun pemegang sahamnya. Syarikat tersebut dikatakan ada menerima geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada pihak Finas," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Finas pada Rabu.




Kredit foto: IG Eizlan & Hans




Sementara itu, Eizlan berkata tuduhan itu dibuat Hans menerusi kumpulan WhatsApp milik Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pada Isnin lalu.

"Tuduhan yang dibuat pada 16 November 2020 oleh Datuk Hans Isaac melalui kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mempunyai ahli melebihi 200 orang dalam kumpulan tersebut.

"Dakwaan palsu Hans Isaac ini secara langsung telah menular dan masih berlarutan sehingga mencalarkan nama baik dan reputasi saya, mengganggu fokus dan menerima tekanan daripada pelbagai pihak. Ini juga memberi kesan secara langsung kepada karier dan perniagaan saya," ujarnya.


Susulan dakwaan itu, Eizlan telah melantik peguam dari firma Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co untuk memulakan proses perundangan.

"erkara ini tidak seharusnya berlaku kerana imej dan reputasi saya telah terkesan akibat dusta tersebut, khasnya saya selaku Ahli Perbadanan FINAS dan kredibiliti saya selaku penggiat industri kreatif yang telah berkecimpung selama lebih daripada 20 tahun serta dikenali masyarakat dan industri perfileman negara.

"Untuk makluman, saya telah melantik peguam dan tindakan guaman terhadap Hans Isaac sedang berjalan," katanya.




Sumber: mStar
Quote stingerstylos 18-11-2020 04:44 PM
Aunty_Acid replied at 18-11-2020 04:42 PM
.
.
.

Like either of them even know your name?

helloooooo?

kahkahkahkahkahkah
Quote missyL 18-11-2020 04:45 PM
Byk btol duit dieorg nk saman menyaman ni kan..

Teroskn lah. Biar puas hati
Quote kirana_22 18-11-2020 04:49 PM
Byk sgt masa terluang kot musim2 covid nih.. Jadi gigih pulak nak cari salah org... Job pulak sendu di aidilfitri..
Quote Addrianna 18-11-2020 04:50 PM
Thread dh ada lh tt lambat sangat update.mod mana mod boleh katup yang ini
Quote Zeatyisaac 18-11-2020 04:51 PM
Aunty_Acid replied at 18-11-2020 04:42 PM
.
.
.

I have met both of them too, but I prefer Datuk Aznil.
Quote riyadhK 18-11-2020 04:51 PM
#teamtokkertuterungkecut #teambatuapi
Quote maxim 18-11-2020 04:56 PM
Addrianna replied at 18-11-2020 04:50 PM
Thread dh ada lh tt lambat sangat update.mod mana mod boleh katup yang ini

Mana..xjumpa pon
Quote Addrianna 18-11-2020 04:56 PM
Menarik.ni barulah dikata gossip membuka minda.ini pasal cincin baru muat kembali,tak dapat job drama yusri kru,jual gitar kau buka thread.sila lah belajar jadi reporter bijak

Tunggu forumer yang lain bagi komen dulu
Quote Aunty_Acid 18-11-2020 04:57 PM
Zeatyisaac replied at 18-11-2020 08:51 AM
I have met both of them too, but I prefer Datuk Aznil.

.
.
pak nil pun aku pernah jumpa f2f
aku suka jgk pak nil
Quote Addrianna 18-11-2020 04:58 PM
maxim replied at 18-11-2020 04:56 PM
Mana..xjumpa pon

Aku komen thread yang satu tu mod yang edit dan pindah komen aku dekat thread yang ini.thread sini lah yang buka dulu
Quote exclusive_vvip 18-11-2020 04:58 PM
dedua Datuk hensem..or at least zaman muda penah hensem..hihi
Quote maxim 18-11-2020 05:04 PM
Addrianna replied at 18-11-2020 04:58 PM
Aku komen thread yang satu tu mod yang edit dan pindah komen aku dekat thread yang ini.thread sini ...

Haih mana satu ni..pening ahh
Quote marchikobonzo 18-11-2020 05:05 PM
Pernah jumpa eizlan & wife dia kat Freeport Afamosa Outlet, handsome sungguh!

Lihat semua komen(142)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top