Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Zoo Negara Hanya Mampu Bertahan Tiga Bulan Sahaja

18-11-2020 09:43 AM Komen: 99
Zoo Negara kembali berdepan krisis kewangan yang teruk susulan gelombang ketiga COVID-19 di negara ini yang menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dengan tabung kecemasan hanya mampu bertahan kira-kira tiga bulan sahaja lagi.

Menurut Pengarah Zoologi, Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara, Dr Mat Naim Ramli, penutupan operasi susulan PKPB menyebabkan pihaknya mengalami kemerosotan pendapatan, sekali gus menyukarkan usaha menampung kos operasi yang secara purata mencecah RM1 juta sebulan.


Kos bulanan itu meliputi pembayaran gaji kakitangan berjumlah RM400,000, keperluan makanan (RM350,000), bil elektrik (RM140,000) dan bil air sebanyak RM40,000, katanya.

Mat Naim menjelaskan Zoo Negara yang diuruskan oleh Malaysian Zoological Society, pada awalnya sudah mula menunjukkan momentum pendapatan yang agak memuaskan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jun lalu.

"Pada Jun, Zoo Negara merekodkan pendapatan sebanyak RM450,000, Julai (RM1 juta), Ogos (RM1.3 juta) dan September sebanyak RM850,000. Namun pada Oktober lepas kita hanya memperoleh RM150,000," kata Mat Naim.

Pada fasa awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sumbangan daripada pebagai lapisan rakyat termasuk melalui kempen Adopt an Animal telah membantu menampung perbelanjaan dan pengurusan kira-kira 5,137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan yang menghuni kawasan seluas 110 hektar itu.

Berhubung kenyataan sesetengah pihak yang mempersoalkan tentang dana RM1.3 juta yang disalurkan oleh kerajaan pada April lepas, Mat Naim berkata dana tersebut hanya mampu menampung kos operasi selama sebulan.

Foto: Traveloka

Jelasnya sebahagian dana berkenaan iaitu sebanyak RM689,000 telah digunakan bagi membayar premium insurans tahunan panda di zoo berkenaan, dan selebihnya digunakan untuk skop operasi kebajikan haiwan seperti makanan, perubatan dan pencegahan penyakit.

Beliau berkata ketika gelombang pertama COVID-19 yang lepas, kerajaan telah membantu Zoo Negara dan zoo-zoo lain di seluruh negara bagi meneruskan operasi mereka berikutan ketiadaan pengunjung akibat pelaksanaan PKP.

"Cuma sejak PKPB bermula 14 Oktober lalu, belum ada lagi bantuan yang diterima. Mungkin kerajaan dalam perancangan berdasarkan kaedah bersesuaian akan terus membantu pengurusan zoo di Malaysia yang amat terkesan dengan penutupan operasi secara berterusan ini memandangkan kos yang perlu ditanggung adalah tinggi," katanya lagi.

Mat Naim berkata mereka amat mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana pihak untuk membantu Zoo Negara dan mereka yang berhasrat berbuat demikian boleh melayari https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html untuk maklumat lanjut. 

Sebelum ini, pendakwah bebas ustaz Ebit Lew mencuri perhatian apabila menghulurkan bantuan berbentuk makanan untuk haiwan-haiwan di zoo tersebut. -CARI


Sumber: BERNAMA
Foto: Wikiwand Zoo Negara Malaysia

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 99
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Tinot7 20-11-2020 08:16 AM
vender replied at 19-11-2020 08:46 PM
Iye.

Tak sangka ade org gila hukum kat sini.

Jgn layan manak.. nnt makin menjadi

Lain-lain Komen

Quote Decaffeinated 18-11-2020 09:51 AM
Binatang2 dalam kurungan bakal dapat pengampunan diraja ka?
Quote Kurex 18-11-2020 09:52 AM
Sebaknyaaaaa
Quote Boomibulat 18-11-2020 09:55 AM
Kalau nak buat clearance bg tau ye..nak borong sikit2 mana yg mampu..
Quote mikasa 18-11-2020 10:01 AM
Boomibulat replied at 18-11-2020 09:55 AM
Kalau nak buat clearance bg tau ye..nak borong sikit2 mana yg mampu..

Haha...yang pasti panda mesti takda sapa nak borong..insuran mahal gila
Quote insulin 18-11-2020 10:02 AM
Panda tu buang duit jah. Better pulangkan pada China semula.
Quote eyansss 18-11-2020 10:06 AM
Jelasnya sebahagian dana berkenaan iaitu sebanyak RM689,000 telah digunakan bagi membayar premium insurans tahunan panda di zoo berkenaan

boleh tak panda tu pulangkan balik aje...  expenses bulanan untuk panda tu je dah berapa...  ni insurans pulak dah nak dekat sejuta...

Quote mdhelmi 18-11-2020 10:08 AM
agak2 lepas x buat surat kebenaran pergerakan rentas daerah
sbb alasan nak support zoo negara

mmg btol2 nk bawa family ni
mmg event tahunan kitorg
dan mmg zoo dekat dgn rumah kat KL
Quote CiliPadiSedap 18-11-2020 10:20 AM
eyansss replied at 18-11-2020 10:06 AM
boleh tak panda tu pulangkan balik aje...  expenses bulanan untuk panda tu je dah berapa...  ni in ...

setuju. panda pulangkan balik termasuk covid19 satu2 benda made in china tahan lama ialah covid19
Quote sarah82 18-11-2020 10:22 AM
mmg la..s.elama ni pengurusan depa bergantung kepada kutipan tiket masuk ke zoo kan? skrg org tak pi mmg merudum...
masa WW2 pun, mmg haiwan dalam zoo jadi mangsa sebab tak ada makanan sebabkan sumber kewangan pihak pengurusan zoo yg tak ada

ehhhh....ada komen OT la...aku tak faham la dgn org2 kaitkan hal politik dalam thread haiwan ni...dan lagi aku tak faham..bukan aku yg OT
Quote mbhcsf 18-11-2020 10:26 AM
macam macam isu yg melanda dunia animalia sekarang ni

isu space - longgokkan walrus artik di satu kepulauan ni yang dianggap oleh saintis satu petanda baik yang program penambahbilangan species tu berkesan boleh jadi merupakan tanda yg pulau pulau habitat mereka yg sebelumnya telah dimusnahkan akibat kenaikan paras air laut

climate change ni dah bawa kesan


kedua - seperti biasa tabiat makan manusia dan haiwan haiwan  yg diancam kepupusan

ketiga Covid-19 and pengurusan haiwan dalam ? captivity


i dunno how does  SAFARI Singapore deals with  this ye?  cost penyelenggaraan yg tinggi?



Quote mamajawie 18-11-2020 11:01 AM
tgok kat zoo afrika xsilap time covid byak binatang kurus kering tinggal tulang n ada yg mati..kesian lak..hmm
Quote exclusive_vvip 18-11-2020 11:25 AM
mmg sejak ada panda ke kewangan Zoo Negara jadi teruk mcmni? bukan apa, I rasa sejak ada panda ni yg Zoo Negara naik balik,ada lebih ramai pengunjung..sebelum2 tu ada je berita Zoo Negara tahap hidup segan mati xmau dah..bila panda ni ada,baru dengar Zoo Negara dah ramai pengunjung semula..bila kene PKP/PKPB ni je kewangan jadi teruk kan,sbb org xleh melawat..ni pendapat peribadi i je, xde kene mengena pasal politik ke,najib ke eh..
Quote rospinki 18-11-2020 11:49 AM
sedih plak hatiku..terkenang haiwan, pekerja semua yg mengharap ada sinar. aduuhh...moga dipermudahkan semua dan murah rezeki.

Quote cikdot 18-11-2020 12:01 PM
Kalau nak tgk panda kena beli tiket lain kan & lagi mahal. sian binatang2 kalau tak cukup makan. Manusia okay lagi boleh jugak mintak bpn.

tengok docu the zoo kat nat geo versi alih bahasa. zoo diorg besar gila complete semua benda ada siapa ada safari bagai. bape la kos nak run tu. kalau tutup tatau la apa nasib binatang2 huhu
Quote husna_amal 18-11-2020 12:08 PM
Macam pihak berwajib patut ambil perhatian dengan permasalahan ni. Masalah ni jadi pun sebab pendemik covid19.  
Quote meisapoya 18-11-2020 01:19 PM
Elok pulang je panda tu. Bebanan pulak kat zoo. Sian binatang lain nak makan
Quote Itzy 18-11-2020 02:17 PM
Sudah2 lah tu. Bebaskan saja haiwan2 tu ke habitat asal. Tak baik dera seksa kurung binatang. Mereka pun ada perasaan nak hidup bebas macam manusia.
Quote Itzy 18-11-2020 02:20 PM
eyansss replied at 18-11-2020 10:06 AM
boleh tak panda tu pulangkan balik aje...  expenses bulanan untuk panda tu je dah berapa...  ni in ...

Tak boleh pulangkan sesuka hati sebab dah ikat kontrak, selagi kontrak tak tamat tak boleh batal tanpa bayar denda. Kalau tak silap aku kena bayar juta2 dekat china kalau nak batal atau langgar perjanjian dalam kontrak. Bijak gila komunis buat duit hahaha. Komunis china=zionist yahudi.
Quote jijilaaa 18-11-2020 02:34 PM
yang mana boleh lepaskan, lepaskan lah.. tak pun staff zoo g la cari sponsor. cari bog big company lah. ni tak dok sibuk taja abp lah..meletop lah melodi lah...GV lah

Lihat semua komen(99)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top