Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Abby Abadi Tertekan Orang Desak Minta Bantuan, Sampai Naik Darah Tinggi

18-11-2020 09:29 AM| Komen: 34

Pelakon Abby Abadi akui tertekan apabila didesak oleh individu yang meminta bantuan kewangan daripadanya.

Menurut Abby dia terpaksa menghadkan sumbangan kepada 30 orang sahaja sehari dan ia bergantung kepada dana yang terkumpul.


Foto: IG

“Kepada yang minta bantuan, sehari limit 30 orang saja kita boleh berikan. Kalau ada yang membantu boleh beri ke 50 orang.

“Kita pun ada kerja lain, janganlah mendesak,” katanya.




Abby berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Dalam masa yang sama Abby berharap agar individu yang meminta bantuan bersabar dan tidak menghubunginya beberapa kali kerana dia sendiri mempunyai urusan kerja lain yang perlu diselesaikan.



“Tak perlu video call dan DM (mesej peribadi Instagram) tak henti-henti. Pening tau, naik darah tinggi saya.

“Yeke tiada bantuan langsung dan mengharap saya saja? Ramai je yang menghulur bantuankan? Jimat-jimat ya, tak terkejar saya nak bantu semua,” katanya lagi.


Terdahulu, Abby sedang mengumpul dana Wallet Kasih PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk membantu keluarga terutamanya yang terjejas  ketika pandemik Covid-19. -CARI

Sumber: Gempak

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 33
Komen

Previous : Syarikat Perabot Tuntut Ganti Rugi RM3 Juta Dari Awal Ashaari

Next       : "Tak Suka Tengok Ali Puteh," - Azhan Rani 'Basuh' Netizen

Komen Terbaru

Quote Herlina 20-11-2020 09:51 AM
rayna_raynes replied at 18-11-2020 12:10 PM
kalau pernah deal dgn orang yang minta bantuan, mesti faham apa yg abby rasa. kena desak kena maki ...

Ye betul tu. Mmg tak terlayan mesej yang masuk.
Bila di jawab elok2...katanya kita pilih kasih la, tak ikhlas la bla bla bla.
Mmg kena kuat la bila kita kita nak hulurkan bantuan.

Lain-lain Komen

Quote Nana_Man 18-11-2020 09:33 AM
Buat apa yg mampu.jgn smpi susahkn diri sendiri
Quote lembumanis 18-11-2020 09:48 AM
“Kita pun ada kerja lain, janganlah mendesak,” katanya.

Macam tak nice cara dia cakap macam ni. Kalau org mintak tolong, tolong je la sekadar mampu, kalau tak boleh tolong say sorry je. Tak perlu kot nk ckp mcm ni.
Quote makneng 18-11-2020 09:51 AM
Mcm mana start org minta tolong dari dia ni? Dia pernah war2 ke kat socmed dia yg dia sediakan bantuan utk org ramai?
Quote bakingsoda 18-11-2020 09:57 AM
ntah2 ramai je menipu susah mintak bantuan tu, nasib baik dapat kan? kena pulak kalau bakyah tak siasat betul2 yg mintak tu
Quote CiliPadiSedap 18-11-2020 09:59 AM
poyo . patut orang minta tolong santuni atau senyap.
Quote Kurex 18-11-2020 10:18 AM
Panjangnya caption kau. Dahlah takde kena mengena dgn gambar
Quote Acun 18-11-2020 10:29 AM
Abby ni bahasanya kasar ...kalau tanak bantu diam-diam dah la...
ada masa kau buat..takde masa kau diam je la.
ni menyindir je kejenya. meluat. mcm bagus.
Quote anony-mous 18-11-2020 10:32 AM
Sbb tu i xminat nk tlg org openly mcm ni. Sbb kesabaran xtggi mcm ebit lew. Ni baru abby, ebit lew i xboleh imagine per day berapa ramai mntk bantuan. So to porumer yg kutuk ebit sbb x bantu sheol, hrap boleh hadam. Xsempat nya nak baca all msg. Kalau baca maybe lupa. I bkn karats ebit, pernah kutuk heols jua lps baca cercaan ummah porem,
Quote minahmanja 18-11-2020 11:31 AM
darda tu sapa chuols... ank angkat terbaru ke..?
Quote namieamuro 18-11-2020 11:41 AM
anony-mous replied at 18-11-2020 10:32 AM
Sbb tu i xminat nk tlg org openly mcm ni. Sbb kesabaran xtggi mcm ebit lew. Ni baru abby, ebit lew i ...

betul..terlampau open, lg membuke peluang utk org amek kesempatan je..mcm kes pesakit kanser cahaya ape tu name die..sume jenis bantuan die kaut..dh kantoi mcm2 ayat tunggang agame die karang..mujur kantoi..

dh la abby..buat ajela mane mampu..ebit liew tu byk gk org tlg die..die sorg je mau pengsan gk..abby rmi ke atau die laki bini je uruskan
Quote opie5662 18-11-2020 11:45 AM
Bantuan dr die ni nesti ramai scammer yg dpt.... Tahniah la para scammer sekalian...
Quote siti_shaqila 18-11-2020 11:47 AM
minahmanja replied at 18-11-2020 11:31 AM
darda tu sapa chuols... ank angkat terbaru ke..?

Anak angkat terbaru amk masa 1st pkp haritu... Tunggu punya tunggu mak angkat x dtg ambil...
Quote monsterwife 18-11-2020 11:47 AM
lembumanis replied at 18-11-2020 09:48 AM
“Kita pun ada kerja lain, janganlah mendesak,” katanya.

Macam tak nice cara dia cakap macam ni. ...

Mmng pun kasar
Klau dah rs penat x pyh nak buat charity
Better dok rmh jg family
Quote MsCinderella 18-11-2020 11:47 AM
mcm tu ke cara jawap...ikhlas ker nak membantu ni..

Quote cupu 18-11-2020 11:53 AM
Abby 1- forumer 0.

Abby kan sentiasa betul
Quote minahmanja 18-11-2020 11:53 AM
siti_shaqila replied at 18-11-2020 11:47 AM
Anak angkat terbaru amk masa 1st pkp haritu... Tunggu punya tunggu mak angkat x dtg ambil...

ohh.. tq chuols..
Quote husna_amal 18-11-2020 11:56 AM
Bagi bantuan berpada2. Dan lagi hati2 mana tahu ada pihak lain cuba ambil kesempatan.
Quote zeitabaei 18-11-2020 12:00 PM
Bantuan dia pun secara dm. Org dm je dia bagi. Konon dah siasat.  Pastu dia tag ig org tu lps dpt bantuan.  99 percent org yg dia tag tu akaun ig baru atau ada dua tiga followers dan ada satu dua gambar je.  Ntah betul ntah tidak penerima tu.  Pnh ada followers tanya dia basuh pulak followers konon dia dah siasat.  Apo.. Siasat mcmmana time pkp.. Org nak menipu mcm macam cara .dan biasa org yg betul susah ni dia tidak akan meminta minta sgt
Quote rayna_raynes 18-11-2020 12:10 PM
lembumanis replied at 18-11-2020 09:48 AM
“Kita pun ada kerja lain, janganlah mendesak,” katanya.

Macam tak nice cara dia cakap macam ni. ...

kalau pernah deal dgn orang yang minta bantuan, mesti faham apa yg abby rasa. kena desak kena maki siap tulis kisah sedih panjang lebar, bila kita senyap, dia call berkali-kali sampai takleh buat kerja. dah block, dia contact guna nombor lain tanya kenapa block dia.aku dah rasa masa PKP bulan 3 - 4 hari tu. aku rasa sia2 je pahala tolong org habis sebab hati sakit dgn perangai sesetengah orang mcm ni

Lihat semua komen(34)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top