Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pengarah Syarikat Jadi Punca Selangor Tiada Air- Disambung Reman Sehari

17-11-2020 04:46 PM Komen: 4
Selayang: Seorang wanita yang juga pengarah sebuah syarikat pembinaan jalan raya disambung reman sehari lagi sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian pencemaran bau di Sungai Selangor.

Majistret Nor Hafizah Rajuni turut memerintahkan tiga lagi suspek iaitu seorang pengarah dan dua pekerjanya disambung reman enam hari bermula hari ini sehingga 23 November hadapan berhubung siasatan sama.

Terdahulu kesemua suspek yang berusia antara 33 hingga 43 tahun hadir ke Mahkamah Majistret di sini, kira-kira jam 9.25 pagi tadi.

Siasatan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan, atas perbuatan khianat sehingga menyebabkan berlaku pemutusan bekalan air untuk tujuan pertanian, makanan atau minuman kepada manusia dan haiwan atau bagi menjalankan sebarang pengeluaran.

Foto: Harian Metro

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 11 November lalu, keempat-empat suspek direman tujuh hari sehingga semalam selepas ditahan polis.

Sebelum ini, media melaporkan empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas berikutan pencemaran bau bahan pelarut yang dikesan di Sungai Selangor.

LRA itu adalah Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan LRA Rantau Panjang.

Ini adalah kejadian pencemaran sungai ketiga berturut-turut berlaku dalam tempoh tiga bulan bermula September lalu yang mengakibatkan henti tugas di LRA sama.

Susulan penutupan empat LRA berkenaan, dilaporkan lebih 1.1 juta pengguna akaun membabitkan 1,279 kawasan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Kawasan itu merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 4
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 18-11-2020 10:32 AM
yes tolong bagi hukuman yg menyedarkan mereka.

Lain-lain Komen

Quote Normabaru 17-11-2020 05:23 PM
Nnt sume lepas gk akhirnya.. Percaya laaa
Quote angelofish 17-11-2020 06:33 PM
melayu umno ke ni? yang dikata sabotage kerajaan ummah suci
Quote husna_amal 18-11-2020 10:08 AM
Kalau betul bersalah bagi je hukuman setimpal. Biar jadi pengajaran kat orang lain jangan buat perkara yang sama. Menyusahkan ramai pihak je.
Quote mbhcsf 18-11-2020 10:32 AM
yes tolong bagi hukuman yg menyedarkan mereka.

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top