Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Remaja 13 Tahun Dipaksa Berkahwin Dengan Lelaki 48 Tahun, Menjadi Isteri Kelima

17-11-2020 01:38 PM Komen: 98


Remaja perempuan berusia 13 tahun dipaksa berkahwin dengan lelaki berusia 48 tahun dan menjadi isteri kelima dalam satu majlis pernikahan mengikut agama Islam di Filipina. 


Majlis pernikahan itu turut dihadiri oleh rakan dan ahli keluarga untuk melihat pengantin remaja itu memakai pakaian tradisional di Mamasapano, wilayah Maguindanao yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. 




Pengantin lelaki, Abdulrzak Ampatuan berkata, dia akan menjadikan isteri baharunya itu untuk menjaga anaknya yang sebaya dengan usia isteri baharunya itu. 


"Saya gembira dapat berjumpa dengan dia dan meluangkan masa bersama dengan dia menjaga anak saya," katanya. 


Majlis perkahwinan itu diadakan di rumah pengantin lelaki di mana dia diberi taklimat bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Pengantin lelaki itu kemudian ditemani oleh tetamu berarak ke rumah pengantin perempuan. 


Pasangan itu duduk bersebelahan di pelaminan, sementara para tetamu tersenyum dan ketawa melihat pasangan berkenaan. 


Pengantin perempuan itu berkata, "Saya tidak takut kepadanya kerana dia melayani saya dengan baik. Saya tidak pandai memasak, tetapi akan mula belajar memasak. Saya mahu membahagiakan suami saya". 


Tiga minggu selepas majlis perkahwinan mereka, Abdulrzak membina sebuah rumah kecil untuk isteri baharunya itu di mana mereka tinggal bersama. 


Difahamkan, Abdulrzak bekerja sebagai petani, sementara isterinya itu pula menjadi suri rumah dan menjaga anak suaminya, iaitu anak madunya. 


Pada waktu ini, Abdulrzak tidak merancang untuk mempunyai zuriat dengan isteri baharunya itu sehingga dia berusia 20 tahun dan akan membiayai perbelanjaan persekolahannya. 


"Saya akan menanggung kos pendidikannya kerana saya mahu dia mendapat pendidikan, sementara menunggu masa yang tepat untuk mempunyai anak," katanya. 


DI wilayah Mindanao yang majoritinya beragama Islam menetapkan, kanak-kanak lelaki boleh berkahwin dari usia 15 tahun, sementara anak perempuan boleh dikahwinkan sejak awal akil baligh. 


Data UNICEF menunjukkan Filipina mempunyai bilangan pengantin kanak-kanak ke-12 tertinggi di dunia, iaitu 726,000. 15 peratus daripada jumlah itu berkahwin sebelum mencapai usia 18 tahun dan 2 peratus berkahwin sebelum usia 15 tahun. 




Sumber : www.thereporter.my 




Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 98
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote lo_la 19-11-2020 10:36 PM
dua_chzy replied at 17-11-2020 07:12 PM
Gigih aiol carik gambar budak tu. Alahaaaiiii budak sangat lagiiiikkkk ya Tuhaaaan, kesiannya ko dik ...

Kesiannya awak dik. So innocent and pure, not knowing whats coming your way
Dunia hari ini adalah dunia yg kejam untuk kanak-kanak

Lain-lain Komen

Quote dudaberhias 17-11-2020 01:40 PM
Akibat kesusahan hidup, siannya. Harap2 laki tu jaga elok2 lah dia
Quote angelofish 17-11-2020 01:42 PM
isteri ke 5 mazhab mana dia ikut.ke sorang dah mati
Quote airmineral 17-11-2020 01:45 PM
13 thun da fikir nak jadi isteri yg baik{:freak
Quote sarah82 17-11-2020 01:57 PM
aku tak tau pulak dalam islam boleh ada 5 org isteri?omggggg...aku salah faham rupanya selama ni
Quote umbut 17-11-2020 01:59 PM
Jap lagi takbirrr masuk
Quote auntieagony 17-11-2020 02:04 PM
angelofish replied at 17-11-2020 01:42 PM
isteri ke 5 mazhab mana dia ikut.ke sorang dah mati

Sama soalan kat minda auntie.

Lelaki tu tak perlukan seorg isteri lagi. Yg sebenarnya dia perlukan seorg pembantu rumah secara percuma.

Budak perempuan 13 thn yg pasti tak tahu ttg hak & tanggungjawab sebagai isteri dlm Islam. Apa2 yg diberitahu oleh suami, itulah yg akan menjadi pegangannya.

Harap2 budak perempuan tu tidaklah mengandung sehingga sekurang2nya dia berusia lebih drp 18 thn. Insya Allah.

Semoga hidup isteri ke 5 ini diberikan perlindungan oleh Allah swt dan dijauhi drp penganiayaan. Insya Allah
Quote auntieagony 17-11-2020 02:06 PM
umbut replied at 17-11-2020 01:59 PM
Jap lagi takbirrr masuk

Jgn salahkan ugama Islam. Tapi salahkanlah kpd org Islam yg tak mengikuti landasan hidup secara Islam.
Quote cmf_Maxx 17-11-2020 02:08 PM
Isteri ke 5 ?
Quote kelapaparut 17-11-2020 02:10 PM
ni semue sbb SEX je ni..xde bende lainlah, tanye lah lelaki2 melayu kat sini, kalau dibenarkan kawin budak bwh umur, berduyun yg nak kawin, nak kawen ape dgn budak2 kecik ni, urus rumahtangge pun xreti lg, mestilah sbb nak bg sedap btg masing2 ketat daging mude kann
Quote BarbiePink 17-11-2020 02:12 PM
Ya ampun tengok suaminya
Tak berselera iols nak tedo bersama{:good
Aduh seram pulak iols
Adik ni tak tahu kot nanti bila sekolah
Kau jumpa laki2 baya2 kau yg lagi hot
Mnyesal kawin dgn laki dia skrg{:thief
Quote anakjiran 17-11-2020 02:26 PM
kesiannya budak tu,mesti kaw2 punya.orang lama pulak
Quote bottombikini 17-11-2020 02:28 PM
mcm pernah ku dengar cerita nak menanggung kehidupan famili budak yg miskin ni kat negeri pantai timur suatu ketika dahulu

btw apa kisahnya budak tu skrg? ada anak dah ke
Quote mamajawie 17-11-2020 02:30 PM
muka laki dia ni seram aku tengok..even aku masa muda remaja pun xnak muka jantan cmni jadi pakwe aku..selisih!!!
Quote cliftonmor 17-11-2020 02:45 PM
ohh itu mengejutkan
Quote xtahumenahu 17-11-2020 02:50 PM
aaaa...aku geli tgk muke laki tuh
Quote sukacactus 17-11-2020 03:03 PM
bottombikini replied at 17-11-2020 02:28 PM
mcm pernah ku dengar cerita nak menanggung kehidupan famili budak yg miskin ni kat negeri pantai tim ...

Sama. Terus teringatkan kisah tu
Budak siam family susah kan
Umur berapa dah skrg
Quote husna_amal 17-11-2020 03:18 PM
Kesian budak tu, tak sempat kenal dunia dah kena jadi isteri.
Quote Mata.kucing 17-11-2020 03:20 PM
Br nk besar bdk tuh disuruh kawin samer bapak bernapsu vavi..sbb miskin ko ambek kesempatan kesimpulannyer ko mmg jantan vavi
Quote belilies 17-11-2020 05:56 PM
Fauzi nawawi dah mertu nanti nampak camnilah

Lihat semua komen(98)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top