Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pisang Kaki Jadi 'Batu' Dalam Perut Kanak-kanak

17-11-2020 11:46 AM Komen: 29
Sekumpulan doktor di hospital di China berjaya mengeluarkan 'batu' yang menjadi punca sakit perut seorang kanak-kanak lelaki.

Lapor Global Times, kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Wen itu makan empat pisang kaki berturut-turut, dua minggu lalu. Dia kemudian sering kali mengadu sakit perut.


Gambar hiasan

Pemeriksaan imbasan ultrabunyi di sebuah hospital tempatan di Quanzhou, wilayah Fujian kemudian menemui 'batu' berukuran tujuh sentimeter panjang dan tiga sentimeter lebar di dalam perut budak itu.

Berat 'batu' itu dianggarkan sekurang-kurangnya 250 gram.

Menurut doktor yang merawatnya, fenomena batu berkenaan terbentuk menerusi tindak balas asid dalam buah itu dengan protein dan serat di dalam perutnya.

Pasukan doktor akhirnya berjaya memecahkan batu menyerupai bola keras itu kepada serpihan kecil dan mengeluarkannya menerusi pembedahan selama sembilan jam.

Kanak-kanak itu kini dilaporkan stabil dan dibenarkan keluar dari hospital.

Dalam pada itu, pakar perubatan memberi amaran, pisang kaki iaitu sejenis tumbuhan berbunga tidak sepatutnya dimakan berlebihan atau dalam keadaan perut kosong.



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 29
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote dani-rox 19-11-2020 12:01 AM
org brazil panggil buah nih 'caqui'

org parsi panggil khormaloo

org israel plak panggil sharon fruit

Lain-lain Komen

Quote Kurex 17-11-2020 11:50 AM
Nasib baik aku jarang makan....
Quote umbut 17-11-2020 11:50 AM
Knp panggil pisang kaki.. tak cam pisang pun
Quote nazzse 17-11-2020 11:50 AM
Sedapnya pisang kaki. Nak kena cari ni
Quote ilacantik 17-11-2020 11:53 AM
Tengah musim kan buah persimmon ni. Tapi meols tak pandai makan, baik yg fresh ataupun yg kering. Mak bekas x bf meols, kalau beli yg kering tu sampai berpeket. Buat kudap makan depan tv.
Quote husna_amal 17-11-2020 12:10 PM
Tak pernah try buah pisang kaki ni. Tengok pada rupa macam buah tomato je
Quote periakuning 17-11-2020 12:11 PM
rasa macam ciku..
Quote Genkidesuka 17-11-2020 12:24 PM
assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

masya Allah, sedap persimmon ni.  tp tk boleh mkn byk - boleh jd sembelit.  
Quote fizamn 17-11-2020 12:30 PM
patut panggil tomato pisang.. rupa mcm tomato..
Quote Gomea 17-11-2020 12:49 PM
Buah fevret ni. Sedapnya kalau dapat yg rangup2 tu. Tak suke makan yg lembut2. Agak2 biji dia kalau tanam kat malaysia ni boleh tumbuh tak?
Quote rukia2 17-11-2020 12:51 PM
umbut replied at 17-11-2020 11:50 AM
Knp panggil pisang kaki.. tak cam pisang pun

mak aku pun pernah tegur benda sama...kenapa panggil pisang kaki...xmacamnpisang dan x macam kaki
Quote sarah82 17-11-2020 12:57 PM
Pisang kaki sedap..
Quote Jitu 17-11-2020 01:00 PM
ingatkan tomato

seram pulak nak makan smpi jd batu dlm perut
Quote dudaberhias 17-11-2020 01:02 PM
Sedap, manis. Rasa dia macam air gula kosong tapi ada fiber2 buah
Quote sukacactus 17-11-2020 01:15 PM
Musim dia berbuah, ada buah dgn ranting je kat pokok, daun semua luruh
Asyik aku tgk pasal sini xde
Quote lattehazelnut 17-11-2020 01:15 PM
I baru tau persimmon in mly pisang kaki
Quote angelofish 17-11-2020 01:18 PM
umbut replied at 17-11-2020 11:50 AM
Knp panggil pisang kaki.. tak cam pisang pun

sebab nama betul dia "Diospyros kaki" mungkin color dia macam pisang ...jadi la pisang kaki
Quote asamfish 17-11-2020 01:20 PM
umbut replied at 17-11-2020 11:50 AM
Knp panggil pisang kaki.. tak cam pisang pun

Daripada perkataan Jepun 'kaki'

Quote Themilo 17-11-2020 02:10 PM
dulu pernah viral, buah persimmon yang ada kat Malaysia ni berasal dari Israel.. terus meols boikot, tak beli lagi..
Quote Tinot7 17-11-2020 02:16 PM
Sedap mkn persimmons ni...

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top