Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Sesat Jalan, Motor Terbakar -Hasrat Nak Mohon Bantuan Baitulmal Tak Kesampaian

17-11-2020 01:53 PM Komen: 18

Viral di media sosial beberapa keping foto cubaan seorang anggota polis memadamkan kebakaran sebuah motorsikal.

Rupa-rupanya motorsikal berkenaan milik seorang lelaki orang asli yang sedang dalam perjalanan untuk memohon bantuan Baitumal.

Malangnya dia tersalah jalan dan motorsikalnya pula mengalami kerosakan. Kemudian secara tiba-tiba terbit percikan api dari bahagian enjin dan menyebabkan kebakaran.


Namun, Kpl 130136 Mohd Redzuan bin Mohamed dari Balai Polis Senai yang sedang bertugas di sekatan jalanraya berhampiran membantu memadamkan kebakaran. 

Walaubagaimanapun api cepat marak dan memusnahkan keseluruhan motorsikal tersebut.

Kredit foto:  Facebook Ibu Pejabat Polis Kulai - Kpl 130136 Mohd Redzuan bin Mohamed dari Balai Polis Senai 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan syabas atas tindakan anggota polis itu. Netizen turut bersimpati dan mendoakan supaya urusan mereka sekeluarga untuk memohon bantuan dipermudahkan.


Kalau kita fikir ujian yang kita alami ini sudah cukup susah, rupa-rupanya ada lagi insan di luar sana yang berhadapan dengan dugaan 1000 kali lebih susah daripada kita. -CARI




Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 18
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 7-12-2020 07:27 PM
Sedihnya.. mcm dh jatuh ditimpa tangga. Semoga pakcik ni dpt baitumal selayaknya buat dia & fam

Lain-lain Komen

Quote mamajawie 17-11-2020 02:24 PM
kesian pokcik tu..dengar citer pokcik tu keturunan org asli nak g baitulmal johor untuk mohon bantuan..xsangka atas jalan motor buat hal sampai terbakar..harap pokcik tu diluluskan terus bantuan oleh baitulmal n mana2 agensi kat johor tu..
Quote adila39 17-11-2020 02:42 PM
kesiannya.. muga dipermudahkan urusan beliau.
Quote chandrahusin 17-11-2020 02:43 PM
kesian & sedih sgt kisah ni
sbb tu lah ptt nya org zakat yg cari asnaf
bukan asnaf cari ofis zakat
Quote shernazz 17-11-2020 02:44 PM
In sha allah
Ramai di kalangan kita baik baik belaka
Sure.dapat bantuan..
Amin yra...
Quote Belibis 17-11-2020 03:02 PM
Semoga UEL hadiahkan Ysuku.
Quote eyansss 17-11-2020 03:04 PM
Allahu, semoga dipermudahkan segalanya...  
Quote sukacactus 17-11-2020 03:05 PM
Alahai kesiannya!
Dah susah tambah susah lg
Quote gekkou 17-11-2020 03:43 PM
sedihnya baca
nk p minta bantuan mesti sebab dah susah sangat2
lepas tu motor terbakar..sebaknya
mujur encik polis berdekatan
semoga urusan encik ini mendapatkan bantuan dipermudahkan
tolonglah wahai menteri dan ahli keluarga menteri yang hidup mewah
tayang kekayaan
tolonglah tengok betapa rakyat susah
Quote husna_amal 17-11-2020 03:57 PM
Semoga dengan viral kisah ni ada pihak yang beri bantuan.
Quote MissVixen 17-11-2020 03:59 PM
Innalillah. Kesiannya. Harap orang zakat ni proaktif dan cari betul2 orang susah macam ni.
Quote hayrin86 17-11-2020 04:31 PM
chandrahusin replied at 17-11-2020 02:43 PM
kesian & sedih sgt kisah ni
sbb tu lah ptt nya org zakat yg cari asnaf
bukan asnaf cari ofis zakat

Mestilah sedih dan tragis serta menyanyat hati walaupun tragedi ini tidak membabitkan nyawa dan kecederaan
Quote Yunbin 17-11-2020 07:15 PM
gekkou replied at 17-11-2020 03:43 PM
sedihnya baca
nk p minta bantuan mesti sebab dah susah sangat2
lepas tu motor terbakar..sebaknya

Tu la yg kesian sangat sebab rasanya mesti tengah sangat memerlukan tu.. mungkin motornya pon lama tak servis sbb tak mampu..entah motor tu je la satu nya kenderaan yg dia ada pon
Quote Cassieopeia 17-11-2020 08:02 PM
moga dimudahkan dapat bantuan dan claim insuran pakcik ni..kesiannya
Quote Normabaru 17-11-2020 09:14 PM
Alahai

Mintak2 la selatan baca isu ni.. Bg satu kereta dia yg blambak2 tu.. Kesian motor uzur sgt smpi tbakar tgh jln.. Hmm
Quote sambaldurian 17-11-2020 09:46 PM
Normabaru replied at 17-11-2020 09:14 PM
Alahai

Mintak2 la selatan baca isu ni.. Bg satu kereta dia yg blambak2 tu.. Kesian motor uzur sgt ...

betul tu, dari belanja kt aeon aritu, org amek haagen dazs bagai, bg la satu motor kt rakyat kg nan hulu ni.
Quote Normabaru 17-11-2020 09:50 PM
sambaldurian replied at 17-11-2020 09:46 PM
betul tu, dari belanja kt aeon aritu, org amek haagen dazs bagai, bg la satu motor kt rakyat kg na ...

Ape brg minta motor.. Terus bg proton satria hatchback heols la.. Byk2 kete pon dia cuma ada 1 bdn ja.. Bg jela kete tu kt rakyat.. Hehe
Quote Tinot7 18-11-2020 10:03 PM
Semoga dipermudahkan urusan.
Harap2 ramai membantu.
Quote AyaqMeloSuam 7-12-2020 07:27 PM
Sedihnya.. mcm dh jatuh ditimpa tangga. Semoga pakcik ni dpt baitumal selayaknya buat dia & fam

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top