Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Tak Kenal, Diva AA Ingat Chubb-E Tukang Cuci

17-11-2020 11:22 AM| Komen: 79

Dinobat Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, nama Chubb-E menjadi bualan ramai apabila ramai yang mengatakan mereka tidak mengenali penyanyi itu serta ada yang mempertikai kemenangannya.


Kredit foto: Twitter

Meskipun lapan tahun berada dalam industri hiburan tanah air, namun ramai tidak tahu kewujudannya serta tidak pernah melihat wajahnya muncul di kaca televisyen.

Perkara itu turut mendapat perhatian pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA memaklumkan dia juga tidak mengenali siapa Chubb-E. Malah, Diva AA menerusi perkongsian di Twitter itu memberitahu dia menyangkakan penyanyi itu adalah seorang tukang cuci.


Kredit foto: Twitter

Perkongsian Diva AA itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengatakan perkara sama bahawa mereka tidak mengenali gerangan penyanyi itu serta menyamakan Chubb-E dengan penjual air balang.


Kredit foto: Twitter

Terdahulu, Chubb-E berkata kemenangannya itu adalah rezeki daripada Allah dan tidak wajar dipertikaikan. Katanya lagi, dia mahu semua pihak menghormati format pertandingan itu berdasarkan undian peminat.


Sumber: RotiKaya

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
3
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 79
Komen

Previous : "Harap Peminat Suka," -Atikah Suhaimie Bawa Watak Siti Nordiana

Next       : "Kenapa Anda Tak Pernah Lihat Gambar Saya Pakai Telekung Atau Baca Al Quran?" - Yuna

Komen Terbaru

Quote ninjago 20-11-2020 03:04 PM
i igtkan chubb security alarm tu

ada rupanya artis chubb e ??

Lain-lain Komen

Quote September14 17-11-2020 11:27 AM
Edited by September14 at 17-11-2020 02:27 PM

Knpa fesyen chabb e tu mcmtu.. nampk mcm ketinggalan zmn. Pkai suit mcm haqiem rusli tu bru la nampk smart n gentleman.
Quote putehkundor 17-11-2020 11:28 AM
pengkid ka pondan chubb e ni
Quote ashilalat 17-11-2020 11:31 AM
Biasa la dekkk...zaman siti baru menang ajl pon, ramai peminat nek jena marah kata siapa dahi jendol yg menang AJL ni.

Mitch donat masa zaman gigi jongos pon orang dok kutuk gak waktu awal kemunculan.

Takat kutuk cleaner dari org tua yg umor dah berabad, kau whoareyuskan je. Diorg stuck hidup dalam zaman siti-mitch donat sampai skrg. Mana kenal budak baru.

Gitu aku backup adik chubb e agar jgn patah semangat. At least budak ni ada lagu dan pandai menari

Mawar rashid yg x tau apa produk filem tu x pulak diva AA carut kan ye. Takut kena santau kah?
Quote husna_amal 17-11-2020 11:34 AM
Biasa juga tengok Chubb E ni kat astro ceria dulu. Tak de lah sampai tak dikenali langsung.
Quote Acikgomen 17-11-2020 11:40 AM
September14 replied at 17-11-2020 11:27 AM
Knpa fesyen chabb e tu mcmtu.. nampk mcm ketinggalan zmn. Pkai suit mcm haqiem razali tu bru la namp ...

Haqiem Razali tu sape pulak nokkkk
Byk nau retis bbnu yg tah mana2 dtgnye, produk pun nanhado tibahhhhhh menang abp
Hauk bethol award abp tuh
Quote kucingitam 17-11-2020 11:42 AM
tak kenal..aku kenal rantai dia tu je..sama dengan rantai sol sol sol..
Quote Kurex 17-11-2020 11:42 AM
Pernah jumpa depan2 dgn member dia yg lagi sorang tu.. Nama group dia jomego.. comel je dua2. Kitaorang sembang pasal pesyen & model. Iols kemain puji model Karlie Kloss, doa pulak cerita pasal model Malaysia yg ramai tak kenal & diwho are yous kan..
Quote hybridity 17-11-2020 11:47 AM
ashilalat replied at 17-11-2020 11:31 AM
Biasa la dekkk...zaman siti baru menang ajl pon, ramai peminat nek jena marah kata siapa dahi jendol ...

aii bukan karatzz siti, but ajl tu nampak jugak laa effort siti nak menang. suara pun mmg sedapp. selayaknya menang..yang nie....serious aiii tak paham macam mana   boleh menang
Quote Belibis 17-11-2020 11:51 AM
September14: Knpa fesyen chabb e tu mcmtu.. nampk mcm ketinggalan zmn. Pkai suit mcm haqiem razali tu bru la nampk smart n gentleman.

Aqim rosli...nabila razali.ke ada retis lain nama aqim razali?
Quote ~boolean 17-11-2020 11:51 AM
aku kenal sebab fans twice kpop hentam cleaner ni pasal reaction video..
Quote ashilalat 17-11-2020 11:53 AM
hybridity replied at 17-11-2020 11:47 AM
aii bukan karatzz siti, but ajl tu nampak jugak laa effort siti nak menang. suara pun mmg sedapp.  ...

Kau tengok dansa dancing tak? Atau ceria pop star rancangan kanak2?
Quote zaraaqilah 17-11-2020 11:53 AM
Mmglah kita x kena....tp dikalangan bebudak under 12 kenal sgt nihh...lagi2 peminat tegar
channel 611 Astroxx
Quote mesmerize 17-11-2020 11:54 AM
putehkundor replied at 17-11-2020 11:28 AM
pengkid ka pondan chubb e ni

lelaki tulen rasanya.. sebab nampak heols selalu like pics retis2 n instafamous pompuan yang cun n pakai seksi
Quote per706 17-11-2020 11:58 AM
Hahahahahaha aku pon dok pening majlis ape dorang dok buat ni.da bertahun tak nengok.nmpak gmbr ni pon sbb ade org buat parody baju2 artis.trus krik2..dlu artis gmpak la...skang ni macam majlis anugerah antra department pejabat2 je...aku anggap aku je la yg da tua,x kenal majoriti sapa pon depa ni.paling sesuai hakim tu je la.sbb mmg nmpak la jugk mukanya lalu lalang,nyanyi pon ye,buat lagu utk org pon ye..so logiclaa.
Quote Tukul.Besi 17-11-2020 11:59 AM
September14 replied at 17-11-2020 11:27 AM
Knpa fesyen chabb e tu mcmtu.. nampk mcm ketinggalan zmn. Pkai suit mcm haqiem razali tu bru la namp ...

Siapa haqiem razali ni
Quote anilanil 17-11-2020 12:04 PM
Tukul.Besi replied at 17-11-2020 11:59 AM
Siapa haqiem razali ni

Adik nabila razali kot
Quote mamajawie 17-11-2020 12:20 PM
aku memula ingat adik si sol sol sol..gaya dia sama cm sol citer kl gangster..
Quote sukacactus 17-11-2020 12:22 PM
Ah sudah Chubb E pun br nak kenal, ada haqiem razali plak dah!
Quote mieymiey 17-11-2020 12:26 PM
ABPBH ni nama pun undian. So tak heran la kalau si polan bin si polan boleh menang walaupun whoareyussssss sangat, yang penting kena gigih undi diri sendiri

Lihat semua komen(79)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top