Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Harap Peminat Suka," -Atikah Suhaimie Bawa Watak Siti Nordiana

17-11-2020 11:12 AM| Komen: 103

Atikah Suhaime dipilih melakonkan watak penyanyi, Siti Nordiana dalam drama Aku Seorang Perempuan.

Drama yang diinspirasikan daripada kisah hidup penyanyi itu juga diadaptasi dari buku biografi kedua penyanyi itu, Bukan Perempuan Biasa yang dijangka diterbitkan serentak dengan drama itu tahun depan.

Kredit foto: IG


Atikah mengakui menjadi tekanan buat dirinya untuk melakonkan watak itu kerana Siti Nordiana atau mesra disapa Nana mempunyai kelompok peminat yang besar.

"Sebelum ini saya pernah berlakon dengan Nana. Malah, ketika sekolah saya selalu mendengar lagu-lagu Nana. Tidak menjangka pula sekaramg saya kena berlakon menjadi diriya.

"Sejujurnya, ada tekanan sebab Nana mempunyai peminat yang ramai. Saya sudah baca jalan cerita, tapi masih cuba mendalami watak ini. Saya tidak mahu sekadar belakon drama biasa. Ini adalah kisah mengenai seseorang atau biografi individu yang dikenali, jadi saya cuba yang terbaik. Harapnya peminat Nana suka.

"Dalam masa sama, saya masih mencari dan mengkaji keperibadian Nana. Ditambah pula Nana seorang yang lemah lembut. Pendek kata kami memang berbeza karakter. Jadi, watak ini lain daripada kebanyakan watak yang pernah saya lakonkan," katanya.

Atikah yang melakonkan watak bernama Siti Noraisya berkongsi, dia mengambil inisiatif menonton semua video membabitkan Nana bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.

"Cerita ini adalah inspirasi perjalanan hidup Nana, jadi saya perlu untuk menjadi Nana dan menghidupkan watak itu. Apa saya buat adalah berjumpa dan borak dengan Nana. Saya bertanya perasaan dilalui.

"Selain itu, saya banyak menonton video membabitkan Nana untuk rujukan tambahan. Babak membabitkan persembahan menyanyi, saya hanya akan 'lyp sync'," katanya.

Drama terbitan syarikat Brotherhood itu diarahkan oleh Hashim Rejab dan ia sebahagian daripada program Inisiatif Seni Kreatif (ISK) TV dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 103
Komen

Previous : "Wanita Serba Boleh!" -Hanis Zalikha Dipuji-Puji, Bakal Bergelar Pereka Hiasan Dalaman?

Next       : Tak Kenal, Diva AA Ingat Chubb-E Tukang Cuci

Komen Terbaru

Quote Norhidayahyusof 19-11-2020 12:52 AM
Mawar91 replied at 18-11-2020 09:30 AM
Ala Nubhan ke?hurmmmm..ingt Hafiz ke bru la best..klu Nubhan je harapan nak ke AJL lebur la

Kann.  Nubhan ni nyanyi lagu ape ye.  

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 17-11-2020 11:15 AM
So siapa bawa watak arwah acik n arwah faizal yusof?
Watak Tomok? Watak Syura? Watak Elyana? Watak Zoey?
Quote September14 17-11-2020 11:16 AM
Wah hebat nana sendayan
Quote Kurex 17-11-2020 11:25 AM
Wowwww orang pun tak buat cerita kak pah, sudirman.......   Memang wow la... Huishhh kena tengok ni!!
Quote ashilalat 17-11-2020 11:26 AM
Waima seniman agung atau penghibur nombor satu asia mahupon biduan dan biduanita negara, jauh sekali penyanyi nombor satu negara atau sifu dapat buat filem/drama biografi pasal diorang.

Tp taraf menang GV2 boleh senang2 dapat buat drama biografi.
Quote ashilalat 17-11-2020 11:26 AM
Waima seniman agung atau penghibur nombor satu asia mahupon biduan dan biduanita negara, jauh sekali penyanyi nombor satu negara atau sifu dapat buat filem/drama biografi pasal diorang.

Tp taraf menang GV2 boleh senang2 dapat buat drama biografi.
Quote ashilalat 17-11-2020 11:35 AM
Kurex replied at 17-11-2020 11:25 AM
Wowwww orang pun tak buat cerita kak pah, sudirman.......   Memang wow la... Huishhh kena tengok ni! ...

Kalau buat pasal sudirman payah sikit sebab mati sebab apa pon x nak direveal.

Kalau buat pasal kak pah lagi menarik. Wajib ada scene naik court saman mak.

Wajib ada adegan gado2 dengan saloma dan siti. Baru lengkap.
Quote husna_amal 17-11-2020 11:37 AM
Eh dapat juga tawaran berlakon. Hari tu kata badan dah makin membesar.
Quote nordin84 17-11-2020 11:38 AM
ashilalat replied at 17-11-2020 11:26 AM
Waima seniman agung atau penghibur nombor satu asia mahupon biduan dan biduanita negara, jauh sekali ...

mungkin sbb nama yg chuols sebut tu da meninggal.. nana je hidup lagi haha
Quote ashilalat 17-11-2020 11:39 AM
nordin84 replied at 17-11-2020 11:38 AM
mungkin sbb nama yg chuols sebut tu da meninggal.. nana je hidup lagi haha

Berani kau 'matikan' sifu dan penyanyi bernombor?
Quote prettyuglybabe 17-11-2020 11:41 AM
dah nana tu hidup lagi, memang pelakon penyanyi pulak tu..
suruh je la dia berlakon watak sendiri..
Quote nordin84 17-11-2020 11:41 AM
ashilalat replied at 17-11-2020 11:39 AM
Berani kau 'matikan' sifu dan penyanyi bernombor?

omg.. ade nama siti ke kat situ hahaha.. maaf xpasan ekek
Quote ashilalat 17-11-2020 11:45 AM
nordin84 replied at 17-11-2020 11:41 AM
omg.. ade nama siti ke kat situ hahaha.. maaf xpasan ekek

Sifu - M Nasir
Penyanyi bernombor - Paham2 sendiri lah.

Hahaha
Quote Kurex 17-11-2020 11:52 AM
ashilalat replied at 17-11-2020 11:35 AM
Kalau buat pasal sudirman payah sikit sebab mati sebab apa pon x nak direveal.

Kalau buat pasal ...

Dia ada gaduh dgn saloma kah? Yg dengar cerita masa saloma sakit, kak pah ada kata "tak menyimpan masa muda" & saloma tersentap. Kak pah menafikan tu utk saloma.. patutlah takde gambar saloma dgn kak pah
Quote ashilalat 17-11-2020 11:56 AM
Kurex replied at 17-11-2020 11:52 AM
Dia ada gaduh dgn saloma kah? Yg dengar cerita masa saloma sakit, kak pah ada kata "tak menyimpan  ...

Haa..pasal dia sound saloma tak menyimpan tu lah. Saloma sentap. Dah la masa tu saloma tgh susah. Sebelom tu pon mcm diorg x rapat mana pon. Sbb tu xde gamba sekali kot. Rugi x diduetkan Saloma dgn kak pah. Rugi jugak x duetkan kak pah dgn siti (percubaan menduetkan diorg cetuskan pergaduhan kat Abpbh smpai masuk court).
Quote anilanil 17-11-2020 12:01 PM
Jenuh la tikah nak berdiet kuruskan balik badan. Nana sendayan bukan sebesar ikan paus mcm tikah.
Quote mieymiey 17-11-2020 12:17 PM
Atikah yang melakonkan watak bernama Siti Noraisya


Kata bawa watak Nana dan kena jadi Nana?
Quote woven11 17-11-2020 12:32 PM
Nsb baik la nana tak berlakon. Dia pun sedar yg dia kayu kayan kalau acting. Helokk amik org lain. Anyway buku nana ni pernah dpt pengiktirafan. Tak sangka sampai di adaptasi ke drama. Kerlasss go go sendayan
Quote mamajawie 17-11-2020 12:38 PM
aku rasa yg sesuai pegang watak arwah laki si nana ni pelakon jantan muka melayu totok yg kendu sikit cm syukri yahya, pekin ibrahim (sila kuruskan sikit badan boyak tu) atau alif satar.

kalu arwah cik tu sesuai pelakon jantan muka melayu totok kurus berwajah manis cm beto kusyairi..yg watak2 lain yg masih hidup baik la org tu sendiri yg berlakon..
Quote Fify_pipot 17-11-2020 12:42 PM
RatuDunia94 replied at 17-11-2020 11:15 AM
So siapa bawa watak arwah acik n arwah faizal yusof?
Watak Tomok? Watak Syura? Watak Elyana? Watak  ...

Nmpk kat ig faizal fezrul khan, achik hafidz roshdi

Lihat semua komen(103)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top