Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Peguam Ajar Langkah Patut Diambil Jika Majikan Tolak Gaji Pekerja Tapi Tak Carum KWSP

17-11-2020 03:15 AM Komen: 5


Semalam duduk berbincang sewaktu makan tengahari. Bercerita tentang akaun 1, KWSP. Kata rakan kongsi saya, laporan berita Astro Awani, 71% ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka.

Fuh! Bermakna lebih dari separuh pencarum ada simpananya yang kurang dari RM50,000 tanpa mengira peringkat umur, sama ada 20-30 an atau 40-50 an.

Semalam sahaja ada 2 orang menghubungi saya mengadu dan meminta nasihat kerana majikan mereka tidak membayar KWSP.

Sudahlah gaji dibahagian caruman KWSP dipotong dan dalam slip gaji seolah-olah dibayar, rupanya dia tidak bayar. Habis disapu semuanya.

Saya boleh faham juga, dek kerana masalah ekonomi kalau majikan tidak dapat mencarum KWSP tetapi diberikan gaji penuh tanpa menolak 11% dari gaji pekerja dan caruman majikan 13% tidak dibayar.

Tetapi sudahlah dia tolak 11% dari gaji pekerja kononnya hendak bayar caruman, dia sapu yang itu. 13% juga tidak dibayar. Untung besar majikan.

Selalu saya dapat aduan berkaitan majikan yang tidak mencarum KWSP ini, rata-rata pekerja tidak berani menyuarakan hak mereka. Inilah natijahnya, akhirnya dalam akaun masing-masing tiada simpanan yang mencukupi.

Bayangkan kalau 3 tahun bekerja, yang sepatutnya ada caruman KWSP tidak dibayar. Kita buat kiraan, bayangkan jika gaji seorang pekerja RM2500, caruman gaji dari bahagian pekerja 11% dan majikan 13% secara keseluruhan simpanan setiap bulan adalah RM600.

Kalau selama 3 tahun ini tidak dibayar dan disapu pula oleh majikan, jumlah caruman selama 3 tahun adalah RM21,600.00. Banyak tu! Tidak termasuk dividen lagi.

Kalau gaji asas RM1200 sekalipun sebulan dan mula bekerja pada usia 20 tahun, keseluruhan nilai caruman majikan dan pekerja ialah RM288. Kalau setahun RM3,456.

Kalau setelah 10 tahun bekerja dengan kenaikan gaji, termasuk dividen dan lain-lain. Sepatutnya simpanan sudah melebihi RM40,000 pada usia 30 tahun. Melainkan pekerja ada berhenti dan tidak berkerja. Kiraannya pasti lari.



Kalau mana-mana yang haknya diambil majikan begini, tolonglah buat kiraan. Saya share kalkulator kiraan dibahagian komen. Lihat berapa banyak kalian telah rugi.

Ini belum masuk topik Socso lagi. Kalau majikan tidak mencarum Socso, jika berlaku kemalangan atau masalah kesihatan, tambah pula pekerja jenis tidak ada insurans peribadi. Apalah nasib mereka.

KWSP sangat efisyen jika bab kutipan caruman tiap-tiap bulan. Pantang jika ada terlepas bayar. Sehinga mereka lawat ke pejabat. Bagus!

Mereka melindungi pekerja.

Tetapi bagaimana majikan yang langsung tidak daftar dan tidak bayar? Saya harap KWSP turut agresif untuk mengejar majikan begini, semak dalam SSM dan siasat sama ada majikan bayar atau tidak. Ada tindakan tetapi mereka lebih fokus kepada yang sedia mencarum tetapi tidak bayar.

Kebiasaannya, tindakan yang diambil oleh KWSP juga berdasarkan aduan pekerja. KWSP sangat efektif dalam mengambil tindakan tetapi bukan semua pekerja jenis berani bersuara. Redha sahaja bertahun-tahun tidak dicarum KWSP.

Jadi kepada mana-mana pekerja yang tidak dicarum KWSP. Langkah yang anda boleh ambil ialah:

1) Buat laporan polis
2) Buat aduan ke KWSP, bawa laporan polis, slip gaji, surat perlantikan dan relevan dokumen.

Ada kes yang sehingga KWSP bawa ke mahkamah. Bertemu dengan ruas bagi majikan yang tolak gaji pekerja tetapi tidak mencarum. Itu namanya mencuri.

Ini simpanan hari tua anda, manalah tahu sakit demam atau apa-apa yang berlaku, simpanan KWSP ini sebagai talian hayat selain dari simpanan yang ada.



Sumber : FB Nor Zabetha/ www.asiakini.com 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 5
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 17-11-2020 02:50 PM
Itupun majikan nk claim mcm2 dkt kerajaan. Nak itu nk ini. Kwsp pekerja pun tak tolak. Ak pernah kena. Sekali ak pegi jmp bos aku minta blik duit aku. Nasib die bagi 11% tu. 13% lg xdpt laaaa. Hampeh btol. Cina yg baru bukak kedai fastfood kat sekseyen 7 shah alam.

Lain-lain Komen

Quote chinta89 17-11-2020 09:11 AM
jahat sgt yg jenis mcm ni
Quote husna_amal 17-11-2020 10:13 AM
Sebaiknya semak jangan sampai ada majikan ambil kesempatan tipu macam ni.
Quote salmon-suki 17-11-2020 11:10 AM
Mcm mana dgn majikan y tolak AL 50% dgn alasan covid ni?tp dorg tak bayar or compensate staff?
Quote RatuDunia94 17-11-2020 01:08 PM
Setahun sekali at least g la kat pejabat kwsp minta penyata.. kan ada mesin layan diri tu..
X pun boleh je cek online kan..
Quote Mulotkoyak 17-11-2020 02:50 PM
Itupun majikan nk claim mcm2 dkt kerajaan. Nak itu nk ini. Kwsp pekerja pun tak tolak. Ak pernah kena. Sekali ak pegi jmp bos aku minta blik duit aku. Nasib die bagi 11% tu. 13% lg xdpt laaaa. Hampeh btol. Cina yg baru bukak kedai fastfood kat sekseyen 7 shah alam.

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top