Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Tengok 'Live' Gagak Bijak Masukkan Batu Dalam Botol Untuk Minum!

16-11-2020 05:20 PM Komen: 24
Salah satu cerita dongeng terawal yang kita dengar ketika zaman kanak-kanak adalah kisah teladan Gagak Yang Bijak.

Cerita itu mengisahkan kebijaksanaan seekor burung gagak yang boleh dijadikan pengajaran bagi kanak-kanak bagi menggunakan akal fikiran dalam mencari penyelesaian masalah.


Kredit foto: Twitter

Dalam kisah Gagak Yang Bijak, seekor burung gagak yang dahaga terjumpa sebuah balang berisi air. Walau bagaimanapun, paruhnya tidak muat untuk dimasukkan ke dalam balang tersebut untuknya meminum air.

Si gagak kemudian mendapat idea untuk memasukkan batu-batu kecil yang terdapat di sekitarnya ke dalam balang tersebut agar air di dalamnya naik ke permukaan.

Walaupun ramai yang percaya cerita itu hanyalah sebuah kisah dongeng, sebuah video yang tular baru-baru ini membuktikan bahawa haiwan itu memang pandai menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Dalam video yang tular itu, seekor burung gagak menghampiri botol berisi air, namun air di dalamnya terlalu sedikit.

Sama seperti kisah teladan berkenaan, burung itu mengutip batu di atas tanah dan memasukkannya ke dalam botol terbabit sehinggalah berjaya meminum air di dalam botol itu.



Adegan tersebut membuat ramai yang terhibur kerana dapat menyaksikan kisah kanak-kanak itu dalam dunia sebenar.




Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 24
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote L211 27-11-2020 10:27 PM
burung gagak dan burung murai memang si penulis tak tau nak beza ek..

Lain-lain Komen

Quote sarah82 16-11-2020 05:30 PM
Korang x tau meh..gagak cerdik?
Quote Belibis 16-11-2020 05:41 PM
Tapi video tu burung murai,bukan gagak.
Quote dua_chzy 16-11-2020 05:52 PM
Belibis: Tapi video tu burung murai,bukan gagak.


Rasanya gagak tu. Ai google, memang ada spisis hitam putih.
Quote Boomibulat 16-11-2020 06:28 PM
Gagak ke murai sebenarnya..sy x pnh jumpa gagak warna mcm tu..tp kalau google ada pulak..
Quote krustykrab 16-11-2020 06:46 PM
Cantiknya warna gagak ni x mcm kt msia hitam semua
Quote krustykrab 16-11-2020 06:51 PM
dua_chzy replied at 16-11-2020 05:52 PM
Rasanya gagak tu. Ai google, memang ada spisis hitam putih.

Ada 2 jenis gagak kan....crow & raven...
Prnh tgk kt utube, gagak warna hitam putih mcm ni...omputih siap bg makan lagi..kita kt sini tembak sbb terlalu byk dan suka sepahkn tong sampah
Quote dani-rox 16-11-2020 07:10 PM
crow/raven mempunyai otak lebih besar berbanding burung2 lain katanya

selain bijak, sgt pendendam pun iya jugak
Quote lavendernovella 16-11-2020 09:36 PM
Magpie aka murai dan gagak dari family yang sama  Corvidae.
Quote lavendernovella 16-11-2020 09:37 PM
lavendernovella: Magpie aka murai dan gagak dari family yang sama  Corvidae.


Boleh google Pied Crow dan Black Billed Magpie. Dua2 hitam putih bulunya. Gedik pun sama. {:smile
Quote AbukRokok 16-11-2020 10:45 PM
Belibis replied at 16-11-2020 05:41 PM
Tapi video tu burung murai,bukan gagak.

burung ape?
Quote AbukRokok 16-11-2020 10:46 PM
baru smlm tgkl video burung mintak air kat org... tapi org tu bagi roti
Quote Tinot7 17-11-2020 07:14 AM
Betul ke ni gagak?
Quote blekkep 17-11-2020 07:49 AM
tp gagak mmg pndai kan?aiols penah tgk video omputih train gagak kutip tutup botol pastu dpt upah food
Quote husna_amal 17-11-2020 10:20 AM
Plot twist, dekat sekitar tu adanya sungai. Buat apa susah2 letak batu kalau adanya air sungai.
Quote RatuDunia94 17-11-2020 01:15 PM
Kenapa itols tak sengetkan botol tu???
Quote MissYouSayang 17-11-2020 01:32 PM
Nape la burung punai x sebijak burung ni..
Quote sarahmirza 17-11-2020 11:29 PM
krustykrab replied at 16-11-2020 06:51 PM
Ada 2 jenis gagak kan....crow & raven...
Prnh tgk kt utube, gagak warna hitam putih mcm ni...ompu ...

Kat rumah i, gagak suka curi makanan kucing dan berak kat tempat dia hingap tu....
Quote krustykrab 18-11-2020 12:22 AM
dani-rox replied at 16-11-2020 07:10 PM
crow/raven mempunyai otak lebih besar berbanding burung2 lain katanya

selain bijak, sgt pendendam ...

Bab pendendam tu mmg betul
Quote dani-rox 18-11-2020 12:27 AM

saintis kata gagak nih bole ingat lg muka org yg pernah 'cari pasal' dgn dia, wpun bertahun2

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top