Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Korea Utara Guna Twitter?

16-11-2020 02:46 PM Komen: 0
Kemunculan dua akaun baharu di Twitter yang didaftarkan pada Oktober lalu, menjadi bualan pengguna media sosial terutama di sini, sejak Jumaat lalu, apabila ia dikatakan milik pemimpin Korea Utara.

Kedua-dua akaun itu yang hanya mengikuti akaun Uriminzokkiri, iaitu saluran propaganda di bawah naungan Jawatankuasa Korea Utara untuk Penyatuan Semula, menciap pelbagai mesej bukan sahaja dalam bahasa Korea, bahkan Mandarin, Jepun dan Bahasa Inggeris, dipercayai untuk capaian pembaca lebih luas.


Gambar hiasan

Satu akaun @korea_myongil oleh Kim Myong Il yang menjelaskan dirinya sebagai pengarah jawatankuasa berkenaan, manakala akaun @korea_songil atau Han Song Il iaitu pengarah institut penyatuan Korea Utara.

Mereka ada menciap kenyataan bersifat peribadi seperti Kim yang mengatakan walau sesukar mana pun dia tetap akan berusaha berhenti merokok demi kebaikan dirinya dan alam sekitar, sekali gus merujuk undang-undang anti-merokok yang baru diperkenalkan Korea Utara.

Ciapan terbaharu daripada Han pula berkisar luahan menghargai ibunya sempena Hari Ibu di Korea Utara pada hari ini (16 November).

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada individu mendaftar akaun Twitter itu adalah orang sama yang menciap setiap mesej, apatah lagi penggunaan internet dilarang di Korea Utara.

"Kami maklum mengenai Korea Utara yang mempunyai pelbagai saluran propaganda dan akaun media, tetapi sukar untuk dipastikan sama ada akaun Twitter ini betul-betul diuruskan mereka," kata Kementerian Penyatuan Korea Selatan kepada ABC News.

Pengarah Institut Pengajian Antarabangsa bagi Korea Utara di sini, An Chan-il pula berkata, terdapat kemungkinan akaun itu asli.

"Mereka mempunyai saluran propaganda di YouTube, yang diuruskan individu dilantik pihak berkuasa. Operator akaun (Twitter) berkemungkinan orang dilantik kerajaan Korea Utara dan bukan orang biasa," katanya.

Baru-baru ini, Korea Utara menambah penyertaan dalam media sosial barat seperti YouTube, Twitter dan Instagram, antara lain dilihat cubaan membaiki imej nasional yang dicemari ancaman nuklear dan pelanggaran hak asasi.


Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Dah Kenapa Tayang Gambar Bogel Dengan Tali Tampon Terjuntai?
Sedihnya Tengok Lara Alana Teresak-esak Menangisi Pemergian Sushi
"Misi Lari Ke Kampung Naik Kapal Sayur Gagal" - Betty Rahmad Lega 'Maid' Kembali
Zed Zaidi Terpaksa Jual Tauhu Begedil Untuk Teruskan Hidup
Lelaki Potong Gelang Pink, Lari Dari Hospital Dah Ditemui!
Lelaki Bunuh Anak, Isteri Hamil-Tidur Bersama Mayat Selama Seminggu
Sanggup Ikat Tiub Fallopio, Gadis Nekad Tidak Mahu Anak Buat Selamanya
Gaun Sweet Muslimah Barbie Doll Wany Hasrita Guna 100 Meter Kain
"Artis 10 Saat" - Macam Mana ABPBH33 Boleh Terambil Gambar Lelaki Ini?
Filem Terlaris Astro First -Kutip RM6.4 Juta, Mael Totey The Movie Catat Sejarah
Zainol Macwilson Rasa Diperlekehkan Tak Dapat Berlakon Drama Yusri KRU
Jangan Jolok Sarang Tebuan, Nadia Brian Beri Amaran
Dari Sarung Baju Sampai Tatarias, Bapa Terkilan Penampilan Sissy Iman Dikecam
"Ramai Lelaki Dan Perempuan Nak Kena Cili Mulut Sebab..." - Ammar Alfian
"Apa Yang Takut Sangat?" - Zul Yahya Seru Solat Jemaah Di Masjid Ikut Norma Lama
Tengok 'Live' Gagak Bijak Masukkan Batu Dalam Botol Untuk Minum!
Remaja 13 Tahun Dipaksa Berkahwin Dengan Lelaki 48 Tahun, Menjadi Isteri Kelima
Pesakit Batuk Ketika Rawatan Bibir, Pakar Bedah Plastik Mati Jadi Korban Covid-19
Nak Tahu Kencing Datang Dari Mana, Budak 13 Tahun Masukkan Wayar Eletrik Dalam Pundi
Najib Diberi Amaran Keras Lepas Serang Zeti Aziz Di Facebook
Siapa Ahli Politik Buat Sendiri Dan Edar Dadah?
Babi, Melayu B, India Kel Pada Poster Filem Namewee Cetus Kontroversi
Musim Tengkujuh 2020 Dijangka Bermula Esok, Ini Langkah Persediaan Perlu Anda Tahu

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top