Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Sanggup Ikat Tiub Fallopio, Gadis Nekad Tidak Mahu Anak Buat Selamanya

16-11-2020 02:16 PM Komen: 4
Seorang wanita mencetuskan kontroversi kerana membuat keputusan untuk tidak memiliki anak buat selama-lamanya.

Ailin Cubelo Naval, 22, membuat pengakuan di media sosial sehingga menjadi perbincangan di Amerika Latin kebelakangan ini.

Oddity Central melaporkan, remaja itu mengakui hasratnya untuk tidak mempunyai zuriat timbul kerana menjadi orang dewasa hanyalah satu bentuk pemaksaan semulajadi.

Ailin, Foto: Oddity Central

Untuk itu dia membuat keputusan untuk mengikat tiub Fallopio di saluran reproduksinya sendiri.

Tindakan itu diambil kerana ingin memastikan dia tidak akan hamil selamanya, sesuatu yang tidak disarankan pengamal perubatan.

Katanya, dia tidak mahu menghabiskan hidupnya hanya untuk membesarkan anak.

Bagaimanapun, pandangannya menimbulkan kontroversi dan menyebabkan pakar sakit puan tidak membenarkannya mengikat tiub Fallopio sebanyak dua kali.

Sebaliknya, mereka menyarankan Cubelo mendapatkan khidmat pakar psikologi.

Selepas dikecam dan hasrat itu ditolak, dia mengetahui prosedur mengikat tiub itu dibenarkan di negaranya sejak 2006.

Cubelo kemudiannya berusaha mendapatkan doktor lain dan menjalani prosedur pembedahan.

"Bagi sesetengah orang, keinginan untuk menjadi ibu adalah wajar, tetapi tidak kepada saya. Tiub saya diikat kerana tidak mahu mempunyai anak, bukan sekarang atau selamanya,"kata Cubelo kepada laman berita Argentina, Infobae.  -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 4
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Tinot7 17-11-2020 07:41 AM
Berita ni dah lama kluar la..

Lain-lain Komen

Quote husna_amal 16-11-2020 03:07 PM
Muda lagi, pemikiran pun masing singkat ni.
Quote mamajawie 16-11-2020 03:43 PM
ujung2 menyesal takde zuriat sendiri pehtu sampai ke tua hidup sendirian..
Quote Jennyrol 16-11-2020 11:40 PM
Jgn menyesal udah le
Quote Tinot7 17-11-2020 07:41 AM
Berita ni dah lama kluar la..

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top