Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lelaki Bunuh Anak, Isteri Hamil-Tidur Bersama Mayat Selama Seminggu

16-11-2020 01:58 PM Komen: 31
Bekas ejen hartanah dijatuhi hukuman mati selepas membunuh isterinya yang hamil dan anak sebelum tidur bersama mereka selama seminggu di rumah mereka di Woodlands, tiga tahun lalu.

Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman itu ke atas Teo Ghim Heng, 45, pada Khamis lalu.

Teo didakwa mencekik Choong Pei Shan, 39, yang mengandung enam bulan dengan tuala selepas mereka bergaduh mengenai masalah kewangan pada 2017.

Selepas membunuh wanita itu, dia didakwa melakukan perbuatan sama ke atas anak perempuan, Zi Ning, 4, dan berhasrat untuk 'bersatu' dengan mereka, lapor Channel News Asia.

Foto: Agensi

Teo didakwa meletakkan isteri dan anaknya di atas katil serta tidur bersama mereka selama tujuh hari, malah lelaki itu beberapa kali cuba membunuh diri, tetapi gagal kerana takut.

Mayat dua beranak itu ditemui selepas adik ipar Teo datang ke rumah mereka pada hari pertama Tahun Baru Cina dan terhidu bau busuk.

Dia ke sana selepas kakaknya tidak menjawab panggilan telefon mahupun mesej serta tidak berkunjung ke rumah keluarga pada malam perayaan.

Teo berhadapan masalah kewangan selepas kehilangan kerja sebagai ejen hartanah yang sebelum itu memperoleh $20,000 (RM61,159.42) sebulan, selain bergelut dengan hutang judi, kad kredit dan gagal membayar yuran sekolah anak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 31
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 17-11-2020 08:11 PM
hmmm kalau dah berpaksikan dunia dan segala apa yg baik di dunia itu semestinya baik baik mesti baik maka...jadilah  manusia yg kejam sebegini. Kalau wordlview berbentuk capitalist, duniawi tanpa ruh jadi macam ni lah.

kejam sangat.

Lain-lain Komen

Quote Tinot7 16-11-2020 09:16 AM
Kecian budak tu.. dah le comel
Rip famili.
Quote nazzse 16-11-2020 09:18 AM
Seminggu tidur sekali, tak busuk ke
Quote jalfa 16-11-2020 09:23 AM
Jantan jahat cukup pakej..mabuk judi sengkek pembunuh...mohon mampos cpt
Quote Themilo 16-11-2020 09:32 AM
kiwek punya kiasu..
Quote Belibis 16-11-2020 09:36 AM
Ok la..last2 dia pun kena hukum bunuh ..
Quote Kurex 16-11-2020 09:54 AM
Leluhurrrrr
Quote tagas 16-11-2020 11:47 AM
leluhur ayam @I.am.PH

mmg bangsat
Quote sarah82 16-11-2020 11:51 AM
bunuh anak sendiri dan isteri ygtengah mengandung...hamjadaahhhhhhh..mcm chris watts..

semoga dok dalam penjara tu hari2 kena liwat sampai bunuh diri sendiri
Quote Artemesiaa 16-11-2020 11:54 AM
Berani bunuh orang tapi tak berani bunuh diri sendiri jadi tunggu hukuman agar ada orang lain yang akan tolong bunuh dirinya
Quote TomyamPuteh 16-11-2020 12:53 PM
Ujung2 mati jua..
Quote mrsLucky 16-11-2020 01:06 PM
Suami dan bapa sial. Gaji banyak tapi habis sebab berjudi. Kalau nak mati, mati lah sendiri. Sendiri cari penyakit.

Apasal nak bunuh anak, isteri dan anak dalam kandungan. Lepas tu sendiri takut nak bunuh diri. Coward sial. Padan muka dihukum mati.

Christ watts patut di hukum mati dengan membuang  dia dalam tangki minyak hidup2.   Ni menghabiskan duit tak payer untuk membiarkan dia di penjara seumur hidup.
Quote Suchi 16-11-2020 01:33 PM
Macam mana orang boleh tergamak bunuh wanita mengandung ya?
Wanita mengandung ni fragile dia mcm bila2 masa je maut walau orang tak bunuh dia  tapi cemana orang leh tergamak nak cekik la bakarlah dan mcm2 lagi. Malah orang yg patut melindungi tu plak yg g bunuh ya siapa lagi kalau bukan seorang suami.
Quote minguk 16-11-2020 01:45 PM
ehh time dia takut pula nak mati... jahat eah you ni!
Quote CARI-MRO 16-11-2020 01:58 PM
Bekas ejen hartanah dijatuhi hukuman mati selepas membunuh isterinya yang hamil dan anak sebelum tidur bersama mereka selama seminggu di rumah mereka di Woodlands, tiga tahun lalu.


Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman itu ke atas Teo Ghim Heng, 45, pada Khamis lalu.


Teo didakwa mencekik Choong Pei Shan, 39, yang mengandung enam bulan dengan tuala selepas mereka bergaduh mengenai masalah kewangan pada 2017.


Selepas membunuh wanita itu, dia didakwa melakukan perbuatan sama ke atas anak perempuan, Zi Ning, 4, dan berhasrat untuk 'bersatu' dengan mereka, lapor Channel News Asia.


Foto: Agensi




Teo didakwa meletakkan isteri dan anaknya di atas katil serta tidur bersama mereka selama tujuh hari, malah lelaki itu beberapa kali cuba membunuh diri, tetapi gagal kerana takut.


Mayat dua beranak itu ditemui selepas adik ipar Teo datang ke rumah mereka pada hari pertama Tahun Baru Cina dan terhidu bau busuk.


Dia ke sana selepas kakaknya tidak menjawab panggilan telefon mahupun mesej serta tidak berkunjung ke rumah keluarga pada malam perayaan.


Teo berhadapan masalah kewangan selepas kehilangan kerja sebagai ejen hartanah yang sebelum itu memperoleh $20,000 (RM61,159.42) sebulan, selain bergelut dengan hutang judi, kad kredit dan gagal membayar yuran sekolah anak. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote Modngengade 16-11-2020 02:01 PM
tagas replied at 16-11-2020 11:47 AM
leluhur ayam @I.am.PH

mmg bangsat

kau seru 1000x pun ayam PH kepam tu dia  tk kn masuk...cuba kalau pembunuh ni melayu islam, tered ni dia yg buka dulu

Quote tagas 16-11-2020 02:02 PM
Modngengade replied at 16-11-2020 02:01 PM
kau seru 1000x pun ayam PH kepam tu dia  tk kn masuk...cuba kalau pembunuh ni melayu islam, tered  ...


carik penyakit la kalo masuk

maki cacian tahap naik darah tinggi dia nnti
Quote ninjago 16-11-2020 02:05 PM
once jadi taik judi  hidup dah takkan tenteram dah lepas tu.. satu persatu masalah akan datang.
Quote sukacactus 16-11-2020 02:11 PM
Ini yg start bergaduh tu bila wife dapat tau hutang tadika anknya tertunggak berbulan2 tu ke
Bila dia confront laki lehanat ni terus kena jerut
Quote sukacactus 16-11-2020 02:12 PM
Thread dah ada la

Lihat semua komen(31)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top