Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Separuh Usia Ulang Alik Angkut Air Bersih, Akhirnya Selepas 30 Tahun Terima Bekalan Air Paip

21-11-2020 11:02 AM Komen: 56


"Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami sebaik melihat air bersih keluar daripada paip dan disebabkan terlalu teruja, saya berkumur beberapa kali dan membasuh muka kerana ia tidak lagi masin serta payau seperti air telaga tiub sebelum ini" 

Penantian lebih 30 tahun kira-kira 150 penduduk Kampung Tok Puchong, Kota Bharu, Kelantan, yang ketiadaan air bersih hampir berakhir apabila bekalannya sudah mula disalurkan.

Akhirnya, bekalan dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mula disalurkan ke sembilan kediaman sebagai permulaan dan masing-masing sangat teruja apabila air bersih keluar dari paip di luar dan dalam rumah.

Terpaksa Beli Air Bertapis Setiap Hari

Kredit foto: Sinar Harian

Ismail Hamat, 67, berkata, sebelum ini dia terpaksa berulang-alik beberapa kali dengan menunggang motosikal membawa tong 10 liter ke mesin air bertapis kira-kira 300 meter dari rumah untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Sambil mengalirkan air mata, dia berkata, selepas ini mereka sekeluarga sudah boleh mandi lebih daripada sekali berbanding sebelum ini, disebabkan 'sayangkan' air yang dibeli kerana perlu digunakan untuk keperluan lain termasuk memasak dan minum seperti dilaporkan Harian Metro.

Kredit foto: Harian Metro

Selain itu, ada yang terpaksa mengambil bekalan di surau dan masjid sekitar malah sebahagian besar membina telaga tiub walaupun air yang diperoleh agak berbau, masin dan payau.

Ismail berkata, banyak perubahan yang boleh dirasai selepas ini antaranya pinggan mangkuk sudah tidak lagi berkarat dan pakaian juga akan kembali bersih tanpa warna kekuningan. Ini kerana sebelum ini, mereka mencuci menggunakan air telaga tiub.

Kredit foto: Sinar Harian

Dia turut berasa lega kerana tidak perlu lagi berulang-alik setiap hari membeli air bersih untuk kegunaan mereka enam beranak termasuk dua anak istimewanya, Ahmad, 39, yang menghidap masalah mental dan tidak boleh bercakap sejak bayi, serta Mohd Suhaimi, 31, yang terlantar sejak tiga tahun lalu akibat diserang strok haba.

Kredit foto: Sinar Harian

"Hampir separuh daripada usia saya dihabiskan dengan mengangkut air dan banyak wang dihabiskan untuk itu, malah anak cucu juga jarang melawat disebabkan masalah air dan tidak mahu membebankan kami"

"Paling perit untuk memunggah air adalah ketika musim hujan dan bulan Ramadan kerana kekangan situasi ketika itu dan keadaan semakin teruk jika berlaku hujan lebat atau motosikal rosak."

"Saya mewakili penduduk kampung ini sangat berterima kasih kepada kumpulan aktivis masyarakat Cempaka Merah Asnaf Society yang banyak membantu kami mencari ikhtiar untuk menyelesaikan masalah ini," katanya lagi

Akhbar sebelum ini pernah menyiarkan kisah lebih 150 penduduk kampung tersebut yang berdepan dengan situasi tiada bekalan air bersih dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli air untuk kegunaan harian.

Dah penghujung tahun 2020, masih ada lagi kawasan yang belum lengkap kemudahan asas. Namun Alhamdulillah, berakhir juga penantian penduduk kampung ini untuk menikmati air paip bersih. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 56
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote abcdotcom 23-11-2020 03:16 PM
Tiap2 tahun dpt peruntukan bilion .30 tahun xdak air ???? [fbp]https://www.facebook.com/oh.myparlimen/videos/2858276007830436/?app=fbl[/fbp]

Lain-lain Komen

Quote lattehazelnut 20-11-2020 01:51 PM
Selangor pun kena tunggu 30 tahun ke?
Quote Belibis 20-11-2020 01:51 PM
Siyes ke umah pokcik takde perigi??
Quote Manjahati 20-11-2020 01:53 PM
Allahuakhbar kesiannya...
Quote Artemesiaa 20-11-2020 02:05 PM
Syukurlah penantian 30 tahun terubat juga dapat juga akhirnya apa yang diimpikan
Quote Reymz 20-11-2020 02:09 PM
Belibis replied at 20-11-2020 01:51 PM
Siyes ke umah pokcik takde perigi??

Tak jauh rumah dia tu ada mesin air bertapis, jadi mungkin sebab tu tak buat perigi...

Atau water table dia terlalu dalam
Quote Tinot7 20-11-2020 02:12 PM
Alhamdulillah..
Quote MissYouSayang 20-11-2020 02:15 PM
Reymz replied at 20-11-2020 02:09 PM
Tak jauh rumah dia tu ada mesin air bertapis, jadi mungkin sebab tu tak buat perigi...

Atau wat ...

Kena ambil kira jgk kos nak membuat perigi dan penyeleggaraan yg lain kot memandangkan pakcik ni bukan org have2
Quote Normabaru 20-11-2020 02:33 PM
Kelantan ni failed laa. Hat basic necessities pon bpuluh tahun br dpt.cmne la org nk ikut adapt islam in total. Haih
Quote dodolgemok 20-11-2020 02:50 PM
Laa ingat ke negeri Selangor, rupanya serombi lobai mercedes gaji naik backdated. Syukur la pokcik
Quote qicki 20-11-2020 03:08 PM
Alhamdulillah......gembira untuk pakcik ni
Quote Maideen. 20-11-2020 03:46 PM
Pak Cik pelikat ini bertuah kerana tinggal dekat Kota Bharu bandaraya Isle. Cer kalau dia tinggal kat kawasan lain di Kelantan, jangankan 30 tahun, 300 tahun pon belum tentu.

Apa apa pon pak cik pelikat tak payah pergi masjid berak lagi. Dia dah boleh buat jamban kerana dah boleh basoh berak di rumah sahaja.

Maideen~Satu kejayaan bagi Islam! Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Quote bakingsoda 20-11-2020 05:19 PM
reporter tak tanya ke pokcik undi sape sepanjang 30 tahun lepas
Quote batusembilan 20-11-2020 05:35 PM
Normabaru replied at 20-11-2020 02:33 PM
Kelantan ni failed laa. Hat basic necessities pon bpuluh tahun br dpt.cmne la org nk ikut adapt isla ...

30 tahun tu simbolik.

30 tahun tu sejak tg nik aziz jd mb selangor. sejak Pas memerintah klntn setelah mengalahkan umno bn tun mahathir.

sejak dari tu jgk kerajaan pusat buat pelbagai sekatan peruntukan kpd kelantan dan ini membantutkan perkembangan negeri kelantan.

skrg setelah jatuhnya kerajaan umno bn (anak didik tun mahathir) dan slps ph........dan ada menteri berkaitan dari kalangan Pas........alhamdulillah.....30 tahun menganak tiri kan kelantan sudah berakhir.
Quote Limao 20-11-2020 05:36 PM
Ya Allah...kesiannye.
Kenapela sampai macam ni cara pentadbiran mereka.
Quote harisbee 20-11-2020 05:54 PM
Kesian kelantan lama dianaktirikan dr segi peruntukan...semoga gomen pn terus  cakna kelantan
Quote harisbee 20-11-2020 05:56 PM
Selangor tu x payah berlagak sgt..hasil apa pun x de..bijih timah pun  dah pupus..kalu kl terletak kat tmpt lain..harus bercawat lg rakyat selangor...
Quote rosmahisham 20-11-2020 06:07 PM
Kat Kelantan mmg ramai yg buat perigi sendiri kan letak klorin  ke tawas sendiri x tau nisbah betul ke idak.ni jiran aku la yg ckp kakak dia duk sana setiap kali blk kelantan mesti sakit perut katanye.pakcik alu ada je kawen kelantanese helok je ada paip walopn tempat jin bertendang..jiran2 sebatu sebuah rmh.
Quote Normabaru 20-11-2020 06:07 PM
batusembilan replied at 20-11-2020 05:35 PM
30 tahun tu simbolik.

30 tahun tu sejak tg nik aziz jd mb selangor. sejak Pas memerintah klntn  ...

Oh simbolik ke.. Mana nk tau. Hahah
Quote Maideen. 20-11-2020 09:29 PM
batusembilan replied at 20-11-2020 05:35 PM
30 tahun tu simbolik.

30 tahun tu sejak tg nik aziz jd mb selangor. sejak Pas memerintah klntn  ...

Chaittttt! Sejak bila pulak Nik Ajis jadi MB Selangor? Mintak di jauhkan lah.......hai. Bala besar tuh........

Lihat semua komen(56)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top