Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Baru Tiga Hari Kenal, Dah Ikut Lelaki Balik Bilik Sewa

16-11-2020 10:44 AM Komen: 75
Baru tiga hari kenal, seorang remaja perempuan sudah berani mengikut lelaki yang baru dikenalinya ke sebuah bilik sewa di Jalan Langgar, di sini.

Difahamkan, sebelum itu, pelajar tingkatan satu terbabit memberi alasan kepada ibunya hendak keluar sebentar sebelum mengikut lelaki yang dikenali melalui WhatsApp selepas diperkenalkan oleh rakannya.

Bilik yang agak sempit dan padat itu dipercayai disewa pada harga RM50 semalam oleh salah seorang lelaki.

Foto: Harian Metro

Bagaimanapun, remaja berusia 13 tahun itu diselamatkan selepas polis menyerbu bilik berkenaan, 12.30 tengah malam tadi.

Ketika serbuan itu, polis menahan remaja perempuan terbabit dan enam lagi individu lain, termasuk dua remaja perempuan, masing-masing berusia 15 dan 18 tahun, serta empat lelaki berusia antara 14 hingga 21 tahun.

Selain itu, pemeriksaan di dua bilik bersebelahan mendapati terdapat dua pasangan lain.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang diketuai Asisten Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim.

Selain itu, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) turut menyertai operasi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Nor berkata, dalam Ops Bersepadu /Ops Pelita itu, seramai 11 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan berkumpul di dalam tiga bilik.

Beliau berkata, tujuh daripada mereka berada di dalam satu bilik, manakala dua lagi pasangan di dua bilik berlainan.

Beliau berkata, tujuh daripadanya turut didapati positif dadah, termasuk tiga remaja perempuan berusia 15, 17 dan 18 tahun.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif ketamin dan methampetamine," katanya.

Mengulas lanjut katanya, mereka yang didapati positif dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagaimanapun katanya, dua pasangan lagi disiasat kerana melanggar PKPB dan diserahkan kepada penguat kuasa JAIK kerana disyaki berkhalwat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 75
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote aotearoa 17-11-2020 10:44 AM
abangadek replied at 16-11-2020 11:15 AM
bangang mak pak sekarang, anak pompuan mintak keluar malam2 camtu je ko bagi

Kan? selamba je lepaskan anak-anak keluar malam-malam. Tak kisahla lelaki ke ,pompuan ke..time-time gini patut duduk rumah. Kalau ayah sibuk kerja, makla yang pantau.Bila terjadi benda tak elok barulah nak meraung teriak tak  ingat dunia. apalah nak jadi dengan parents sekarang ni. Ilmu parenting hauk! JKM kena ambik parent-parent cam gini, sekolahkan balik.

Lain-lain Komen

Quote sarah82 16-11-2020 10:42 AM
jalan langgar...jalan langgar...oh...ni area sebelum HSB
Quote namr 16-11-2020 10:44 AM
Baca tajuk je sbb dah dpt full story
Quote CARI-MRO 16-11-2020 10:44 AM
Baru tiga hari kenal, seorang remaja perempuan sudah berani mengikut lelaki yang baru dikenalinya ke sebuah bilik sewa di Jalan Langgar, di sini.


Difahamkan, sebelum itu, pelajar tingkatan satu terbabit memberi alasan kepada ibunya hendak keluar sebentar sebelum mengikut lelaki yang dikenali melalui WhatsApp selepas diperkenalkan oleh rakannya.


Bilik yang agak sempit dan padat itu dipercayai disewa pada harga RM50 semalam oleh salah seorang lelaki.


Foto: Harian Metro




Bagaimanapun, remaja berusia 13 tahun itu diselamatkan selepas polis menyerbu bilik berkenaan, 12.30 tengah malam tadi.


Ketika serbuan itu, polis menahan remaja perempuan terbabit dan enam lagi individu lain, termasuk dua remaja perempuan, masing-masing berusia 15 dan 18 tahun, serta empat lelaki berusia antara 14 hingga 21 tahun.


Selain itu, pemeriksaan di dua bilik bersebelahan mendapati terdapat dua pasangan lain.


Serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang diketuai Asisten Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim.


Selain itu, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) turut menyertai operasi berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Nor berkata, dalam Ops Bersepadu /Ops Pelita itu, seramai 11 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan berkumpul di dalam tiga bilik.


Beliau berkata, tujuh daripada mereka berada di dalam satu bilik, manakala dua lagi pasangan di dua bilik berlainan.


Beliau berkata, tujuh daripadanya turut didapati positif dadah, termasuk tiga remaja perempuan berusia 15, 17 dan 18 tahun.


"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif ketamin dan methampetamine," katanya.


Mengulas lanjut katanya, mereka yang didapati positif dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Bagaimanapun katanya, dua pasangan lagi disiasat kerana melanggar PKPB dan diserahkan kepada penguat kuasa JAIK kerana disyaki berkhalwat. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote awanysss 16-11-2020 10:47 AM
ya allah beraninya semua..
muda2 lg dah amik dadah..
jauhkan dr keturunan kite semua mcm ni aminnnn
Quote c===8 16-11-2020 10:48 AM
mentang2 dah abis mco
Quote nazzse 16-11-2020 10:57 AM
Depan hospital tu ke? Pakcik aku bagitahu sekolah area situ problem sikit, kawasan kg kan wlpun dalam bandar
Quote sarah82 16-11-2020 10:59 AM
nazzse replied at 16-11-2020 10:57 AM
Depan hospital tu ke? Pakcik aku bagitahu sekolah area situ problem sikit, kawasan kg kan wlpun dala ...

bukan..depan hospital taman...aku rasa ni area giant...situ ada flat PPR dan kwsn kmpg belakang ada mslh dadah...
Quote Sazida 16-11-2020 11:00 AM
Baru 13 tahun. Hmm semoga ank aku dijauhkan lah benda2 mcm gini. {:childlike
Quote MissYouSayang 16-11-2020 11:01 AM
Lucahnya tajuk thread pon....
Quote salmon-suki 16-11-2020 11:06 AM
Masuk sbb nak tgk sapa y bukak benang ni sbb tajuk catchy sgt. Kekekeke~

Baidewei,org nak ckp bbnus skrg naif?dgn berita mcm ni,ai rasa mmg dia sendiri y nak..ntah2 dah tertebuk pun
Quote nazzse 16-11-2020 11:08 AM
sarah82 replied at 16-11-2020 02:59 AM
bukan..depan hospital taman...aku rasa ni area giant...situ ada flat PPR dan kwsn kmpg belakang ad ...

Oo kawasan giant tak ingat. Kg tepi hospital tu tau la. Pakcik aku dok taman tepi hospital tu, nak ke rumah dia kena lalu kg tu dulu. Gangster bukan main budak2 situ, siap ugut sepupu aku.
Quote sarah82 16-11-2020 11:12 AM
nazzse replied at 16-11-2020 11:08 AM
Oo kawasan giant tak ingat. Kg tepi hospital tu tau la. Pakcik aku dok taman tepi hospital tu, nak ...

kmpg telaga batu? aku lupa..taman sebelah HSB pun dah lama...situ taman kos sederhana tak salah aku.
Quote abangadek 16-11-2020 11:15 AM
bangang mak pak sekarang, anak pompuan mintak keluar malam2 camtu je ko bagi
Quote nazzse 16-11-2020 11:22 AM
sarah82 replied at 16-11-2020 03:12 AM
kmpg telaga batu? aku lupa..taman sebelah HSB pun dah lama...situ taman kos sederhana tak salah ak ...

Entah tak tahu... Staff2 hospital je sewa situ... Betul2 tepi pintu belakang hospital.
Quote sarah82 16-11-2020 11:24 AM
nazzse replied at 16-11-2020 11:22 AM
Entah tak tahu... Staff2 hospital je sewa situ... Betul2 tepi pintu belakang hospital.

hahaha...aku tau..taman belakang tu la...aku swelalu pi beli nasi lemak kat situ kalau tok admit wad
Quote Kurex 16-11-2020 11:32 AM
Dah agak, mesti ada taik dadah
Quote hotmak 16-11-2020 11:40 AM
kecik2 lg dah main dadah, tah ye ke tak ckp ke mak nak keluar jumpa kawan, kot sorok2 keluar time mak tidur
Quote Scheherazade 16-11-2020 11:43 AM
13 y.o & nk klr kejap tgh mlm (serbuan 12.30am), xkn parents kasik je? Aku dulu umur tu, curfew aku start b4 maghrib.
Quote dewi_rina 16-11-2020 11:46 AM
Iols rela kena cemuh dengan jiran tetangga sebab jadi naga bising kat anak2 dari biar je anak2 hanyut gini
Mintak jauhlah.. semoga dijauhkan benda2 tak elok gini dekat diri sendiri, anak cucu cicit

Lihat semua komen(75)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top