Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

4 Dara Versi Kak Lina, FT & Zizi Trending No.1 - Hah, Masuk!

16-11-2020 11:08 AM|Oleh: Cari-Azza| Komen: 39






Siapa sangka hanya dengan serangkap lagu klasik 4 Dara dendangan Mona (Elly Mazlein) dalam drama bersiri Kampung People, kini ia digubah menjadi sebuah lagu yang segar!

Tiga penyanyi versatil, Faizal Tahir, Zizi Kirana dan Elly mendendangkan lagu yang diberi tajuk 4 Dara 2020.

Lebih membanggakan apabila ia meraih lebih dua juta tontonan di Youtube dan masih trending nombor 1 di Malaysia.



Malah, muzik video menggunakan pelbagai lokasi menarik di Malaysia turut menjadikan lagu ini semakin tular. Penggunaan teknologi skrin hijau dengan kemahiran penyuntingan yang baik banyak memberi warna kepada lagu ini. Sesuai dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara sekarang.


Foto : IG

Bukan sekadar lagu yang menjadi sebutan, lirik yang mempunyai elemen nasihat dan disampaikan dalam bentuk komedi turut menjentik hati penonton.


Foto : Youtube

Lagu asal Empat Dara adalah ciptaan Atan Ahmad dan Ahmad Jusoh yang juga pengiat muzik Ghazal. Lagu ini pernah dinyanyikan Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini. S. Roziah, Fadzil Ahmad, Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza.



Nampaknya, versi Empat Dara 2020 berjaya menambat hati ramai peminat muzik Malaysia. Jadi, siapa kata PKP membuatkan kreativiti kita terhad? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 39
Komen

Previous : "Kawan Pun Tak Boleh Percaya" - Ara Johari Berang Dicanang Pinjam Duit Sana Sini

Next       : Fesyen Pelik Aina Abdul Jadi Bahan Umpatan

Komen Terbaru

Quote hyie 17-11-2020 09:02 PM
best je tengok persembahan theyols kat abpbh...lagu ni pon sedap versi diorang...over? memang itu pun konsep versi yang ni...ikut kesesuaian lah...takkan semua nak dikondem dikkkk...

Lain-lain Komen

Quote salmon-suki 16-11-2020 11:12 AM
Ai tgk mv dia ni klaka laa jgk..mcm projek budak2 sekolah kan..comel jah,main tepek sana sini.. background pegun..kekeke~{:smile
Quote sarah82 16-11-2020 11:14 AM
kelakar...antara mv FT yg aku suka selain sumandak
Quote slyfynx 16-11-2020 11:21 AM
Unpopular opinion... Please jgn mrh ye... Just most of the time aku rase Elly Mazlein ni agak overrated. Maybe just aku je rase, tapi kekadang rimas sbb ngade2 sgt.
Please jgn bash aku. Hihihihi
Quote annabellaruz2 16-11-2020 11:21 AM
Tak pepasal lagu ni meniti di bibir tengah syok kagau gulai dalam periuk..
penangan kak kepom..haaaa masuk!!
Quote Lelli 16-11-2020 11:27 AM
slyfynx replied at 16-11-2020 11:21 AM
Unpopular opinion... Please jgn mrh ye... Just most of the time aku rase Elly Mazlein ni agak overra ...

Meols second chuols..
Quote LadyCarefree 16-11-2020 11:28 AM
sarah82 replied at 16-11-2020 10:14 AM
kelakar...antara mv FT yg aku suka selain sumandak


Xpernah aware lagu2 ft. Sat nak pi YT cari sumandak.

iols terhibur dengan MV ni. Hahahaha rasa zizi comel pulak dalam ni. Kepom macam pregnant. Kalau betul, happy for her. Kesian dia nak sangat anak. FT hebat ya tua2 pun maintain slim macam anak dara.
Quote azwanaliori 16-11-2020 11:31 AM
baru teringat balik kak lina ni penyanyi haha
Quote sarah82 16-11-2020 11:34 AM
LadyCarefree replied at 16-11-2020 11:28 AM
Xpernah aware lagu2 ft. Sat nak pi YT cari sumandak.

iols terhibur dengan MV ni. Hahahaha ras ...

masa iols cari tutorial nak buat apa entah...youtube rekemen mv sumandak...iols layan best juga..siap add dlm playlist iols...
Quote RatuDunia94 16-11-2020 11:50 AM
slyfynx: Unpopular opinion... Please jgn mrh ye... Just most of the time aku rase Elly Mazlein ni agak overrated. Maybe just aku je rase, tapi kekadang rimas s ...


Sheols mmg tgh in demand skrg ni..
Quote febreze 16-11-2020 12:06 PM
slyfynx replied at 16-11-2020 11:21 AM
Unpopular opinion... Please jgn mrh ye... Just most of the time aku rase Elly Mazlein ni agak overra ...

setuju haha
Quote xtahumenahu 16-11-2020 12:07 PM
Iols suke tgk..terhiburrr...
Quote berrygurl 16-11-2020 12:11 PM
slyfynx: Unpopular opinion... Please jgn mrh ye... Just most of the time aku rase Elly Mazlein ni agak overrated. Maybe just aku je rase, tapi kekadang rimas s ...



tpi x pernah x kelaka dgn kelakuan dia..x leh blah aku masuk..
Quote akumak 16-11-2020 12:18 PM
patutnya ending plot twist, masuk adibah noor... version 2.0 pleasee abam pejal
Quote Mamason 16-11-2020 12:22 PM
Hahahaha Kelakar best laa bagi aku...
Quote husna_amal 16-11-2020 12:24 PM
Pandai manfaatkan lagu viral kepada sentuhan baru.
Quote opie5662 16-11-2020 12:44 PM
slyfynx replied at 16-11-2020 11:21 AM
Unpopular opinion... Please jgn mrh ye... Just most of the time aku rase Elly Mazlein ni agak overra ...

Maybe itu cara die utk market nama die. Nowdays byk saingan. Kene buat sesuatu utk nama maintain jadi sebutan. For me asal takde buat video separuh bogel ok la. Itu bakatvdie n cara die cr makan. Bkn mcm bbnu skrg ni dok bergelek tunjuk segala2 nk cari nama n publisiti.

But its ok. Semua org tak senua sama pendapat. For me oon die tahap biasa je for me. Idok le menyampah sgt n idok le suke sgt....
Quote loladaily 16-11-2020 02:47 PM
Meols taste betul dgn FT ni
Quote zidane2011 16-11-2020 02:51 PM
First time dgr suara zizi. Sedap rupanya. Maafkan akak tuduh kau retis tibaiunta ziziii
Quote URUHA 16-11-2020 02:56 PM
Comel lagu ni + MV pun kelakar. Berulang kali jugak meols repeat

Lihat semua komen(39)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top