Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Tegur Isu Plagiat Buku, Eh! Diserang Peribadi Pula"

16-11-2020 11:14 AM Komen: 312





"Alangkah sedih apabila buku yang dibaca sebenarnya adalah kompilasi bahan-bahan dari Internet!"

Begitu yang dialami seorang netizen kala membaca buku berkenaan revolusi sikap membaca. Dengan susunan ayat tunggang langgang, ayat yang diceduk dari Internet kemudiannya diterjemahkan secara terus, perenggan sama diulang beberapa kali dan pelbagai lagi kesalahan yang sukar dimaafkan. 

Lebih menyedihkan buku itu dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Buku Negara 2019. Kenapa boleh jadi begitu?


Foto : Twitter

Menurut Kasma, ianya sangat mengecewakan kerana tidak sepatutnya buku terbitan Penerbit Profilik dipasarkan jika mempunyai kesalahan besar sebegini.


3 perenggan sama dalam 1 muka surat - Twitter

Lebih menyedihkan apabila penulis tersebut membuat serangan peribadi terhadapnya pula.


Foto : FB

Menurut seorang lagi netizen, penulis berkenaan memplagiat bahan-bahan di Internet lalu menjadikannya sebuah buku. Antara rujukan tersebut seperti WikiHow, IHeartInteligence.com, Osau.com, Medium.com

Lebih teruk kerana ayat yang diterjemah tunggang langgang.


Foto : Twitter

Tidak hanya itu, penulis berkenaan didakwa berbangga boleh menyiapkan sebuah buku hanya dalam masa lima hari sahaja. Malah, buku berkenaan biografi juga disiapkan dalam tempoh singkat.

"Memang betul-betul sejenis yang kejar kuantiti. Allahyarham meninggal 1 Mei, dia dah siap buku 3 Mei."


Foto : FB

Oleh sebab itu, netizen berasa sangsi dengan pencapaian penulis, lalu menggesa pihak berwajib bertegas dalam isu sebegini. Jika tidak, isu plagiat akan berterusan seterusnya mencemarkan industri buku.

Wah! Isu plagiat lagi? Mengapa baru sekarang terbongkar? Sudah berapa lama pembaca kita dibodohkan dengan isu sebegini? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
3
Bosan
1
0
0
Komen: 312
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote yenil95 31-12-2020 02:25 PM
aiyoyo plagiat besar besaran ni..dan gigih nak tegakkan benang basah..

harap ada pihak saman dia.

dan moga uncle ni insaff..

Lain-lain Komen

Quote Meiizu 16-11-2020 11:18 AM
adoiiiii tegelak baca bahasa melayu mcm tu...siyesss aaa penulis ke copilis
Quote baghal_bortuqal 16-11-2020 11:23 AM
jijik sial.


jijik sejijiknya.
Quote Themilo 16-11-2020 11:26 AM
yup, dah viral kat FB.. kopipes pakai google translate ja buku-buku dia.. patutla tatabahasa melingkup..
Quote sukacactus 16-11-2020 11:30 AM
Pastu ada hati mengaku alumni itu ini
Malu skit la wei
Quote matchstick 16-11-2020 11:33 AM
Hair wayer{:smile
Quote ibu_haritz 16-11-2020 11:36 AM
membaca membaca membaca membaca
dah mcm buku MEOW...meow meow meow meow
Quote sarah82 16-11-2020 11:37 AM
senangnya hidup dgn copy paste sana sini, bukukan dan kaut keuntungan...kagu aku...kagummmmmm
Quote kikuri 16-11-2020 11:40 AM
pergi untuk menempah perayaan ... aku boleh buat buku kalo ginih
Quote She-Ra 16-11-2020 11:42 AM
ibu_haritz replied at 16-11-2020 11:36 AM
membaca membaca membaca membaca
dah mcm buku MEOW...meow meow meow meow

aku lagi sanggup beli & baca buku meow meeeeow meowwww
kena lempang dgn kucing pun puas hati, sekurang2nya dia paham apa yg dibacakan
Quote missinpiece 16-11-2020 11:42 AM
Karya sampah, ada hati nak sentap bila kena tegur.
Quote RatuDunia94 16-11-2020 11:44 AM
Sebijik dengan assigment budak2 kat Universiti awam skrg.. mostly copypaste bulat2 bahan dr internet.. pastu bila kita suruh explain pasal assigment tu x boleh nak terangkan sbb assigment pun copypaste dr member2 sekelas.. ayoooo.. sendiri buat sendiri x faham sbb sendiri copypaste dr org lain... lps tu x letak rujukan.. apooo
Quote TravellingBear 16-11-2020 11:47 AM
eh aku kenal mejar qayyum ni
Quote jas7512 16-11-2020 11:50 AM
RatuDunia94 replied at 16-11-2020 11:44 AM
Sebijik dengan assigment budak2 kat Universiti awam skrg.. mostly copypaste bulat2 bahan dr internet ...

Gen z....apa nak buat ...lg lembik dr strawberry...krg2 gen x and gen y ada juga yg kental
Quote dua_chzy 16-11-2020 11:51 AM
Inilah hasil usaha ummah pemalas blaja tak tinggi takpa yang penting boleh fly ke sana ke sini bak kata retis sendu sapa tah namanya tu, yang muka ada iras Lisa Blackpink rampas laki orang.
Quote Artemesiaa 16-11-2020 11:51 AM
Makin banyak je buku tak berkualiti macam ni dipasaran memang tak akan baca dan beli.  Kadang hairan juga macam mana penerbit boleh benarkan ia diterbitkan walau tahu tak ada kualiti.  Ke sebab guna kabel juga semua jadi.
Quote dua_chzy 16-11-2020 11:52 AM
Bodoh2 buku Fattah Amin, at least idea sundri, ye dok?

Btw, mohon ex datin plagiat tersohor Natasha Hudson komen hal ini.
Quote dua_chzy 16-11-2020 11:53 AM
RatuDunia94 replied at 16-11-2020 11:44 AM
Sebijik dengan assigment budak2 kat Universiti awam skrg.. mostly copypaste bulat2 bahan dr internet ...

Itulah akak rengsa juga dengan bebudak sekolah menengah. Perangai itu meka bawak dari sekolah rendah ke menengah kw universiti.
Quote TravellingBear 16-11-2020 11:54 AM
mejar ni sejenis yg kawen cerai kawen cerai jugak. so boleh agak peribadi jenis bagaimana
Quote namieamuro 16-11-2020 11:54 AM
jgn ckp HAIR WAYER tu typo..jauh benau kalau nk tuduh typo tau

terok benar org yg belajar di temerluh alumni uitm

Lihat semua komen(312)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top