Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Pra-Matang, Isteri Dr Sheikh Muszaphar Terpaksa Dibedah Ketika Usia Kandungan Kembar 34 Minggu

12-11-2020 05:19 PM| Komen: 69

Isteri kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr. Halina terpaksa  menjalani pembedahan melahirkan anak kembar mereka yang baru berusia 34 minggu dalam kandungan.

Sheikh Muszapahar berkata isterinya menghidap pre-eclampsia yang mana nyawa ibu dan bayi berada dalam keadaan bahaya jika tidak dirawat.


“Sedang menunggu untuk dibedah ketika usia kandungan 34 minggu.

“Dr Halina menghidap keadaan kritikal yang disebut pre-eclampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan anak kembar jika tidak dirawat.

“Ia biasanya berlaku pada ibu mengandung pada 34 minggu yang berkaitan dengan tekanan darah, bengkak dan protein tinggi dalam air kencing,” katanya.


Foto: IG
Sheikh Muszaphar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Semalam, angkasawan itu memaklumkan isterinya terpaksa ditahan di wad kerana keadaan kandungan yang membimbangkan.

Menjelaskan lagi tentang penyakit yang dihadapi isterinya, beliau memberitahu ia berpunca dari banyak faktor.

“Puncanya? Banyak faktor seperti usia 40 tahun, kehamilan kembar itu sendiri antara lain.

“Masalahnya timbul dari plasenta itu sendiri yang melibatkan buah pinggang dan hati dan sebab itu pentingnya mengeluarkan kembar secepat mungkin.

“Steroid diberikan untuk membantu kematangan paru-paru kerana bayi baru berusia 34 minggu,” jelasnya.



Sheikh Muszaphar memberitahu pembedahan dijadualkan esok tetapi mereka masih berharap jika ia dapat dilambatkan.

“Rancangannya adalah untuk melakukan pembedahan esok tetapi kami berharap dapat menunggu sedikit lebih lama.

“Anak kembar sekarang berada pada berat 2.2 kg dan 2.4 kg dengan kadar denyutan jantung yang baik dan tidak sabar untuk keluar. Begitu juga dengan kami tetapi sila tunggu sedikit lagi,” katanya lagi.

Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah. -CARI

Sumber: Gempak

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 68
Komen

Previous : Walau Berdepan Pelbagai Risiko, Yatt Hamzah Minta Doakan Suami Ke Syria

Next       : "Kalau Ada Rezeki, Ada Lah" - Mira Filzah Tak Tertekan Menang ABPBH33

Komen Terbaru

Quote mawarputih2612 28-11-2020 10:44 PM
mamajawie replied at 27-11-2020 04:59 PM
apsal nama hat pompuan takde syeikh ea?xpun caripah ke

ada baca kt ig org tanya dr sms nape tak letak nama siti kt anak perempuan.siti utk anak perempuan kturunan sheikh kot.


dia jawab dia ganti dgn sophea

Lain-lain Komen

Quote chacon 12-11-2020 05:35 PM
gws soon sis...


dulu bukan ada yg cakap kalau jadi angkasawan benih tak subur ke.. elok je anak ramai
Quote Kurex 12-11-2020 05:37 PM
Mungkin anak2 dia ikut rupa nenek nenek dorang
Quote romeor 12-11-2020 05:51 PM
Semoga dipermudahkan
Quote SalenaGomez 12-11-2020 06:17 PM
Ooo baru perasan both anak pempuan xde nama”sharifah” kan
Quote miszclassique 12-11-2020 06:33 PM
Kurex replied at 12-11-2020 05:37 PM
Mungkin anak2 dia ikut rupa nenek nenek dorang

Mentang2 bapak dia hensem, berlapik betul komen kurex kali ni
Quote Cookingholic 12-11-2020 06:49 PM
SalenaGomez: Ooo baru perasan both anak pempuan xde nama”sharifah” kan

Kalau bapaknya sheikh anak perempuan siti, instead of sharifah. Rasanya kalau tak silap mmg diorg chose not to.
Quote Fafaa 12-11-2020 06:59 PM
Moga dipermudhkn
Quote nazzse 12-11-2020 07:00 PM
6 orang umur gap 2 3 tahun..
Anak2 plak aktif bukan main..
Yg tengok je ni pun rasa penat
Quote Mulotkoyak 12-11-2020 07:26 PM
SalenaGomez: Ooo baru perasan both anak pempuan xde nama”sharifah” kan


Die bukan syed..sheikh...
Quote imransulaiman 12-11-2020 09:24 PM
Anak dia semua kembar ke? Bestnya kalau dapat anak kembar!
Quote 311gurl 12-11-2020 10:13 PM
kapel ni mmg nak anak ramai kan?

sbb SMS ni pernah cakap dia mmg nak anak ramai dan twins.

Ada kapel yg mcm ni, both mmg nak anak ramai sampai company tak bagi maternity leave dah sbb tiap tahun beranak... but both parents jenis cool je, dan mmg boleh handle anak2

i yg tgk pun rasa stress n penat..

Quote Nham22 12-11-2020 10:17 PM
Kesian dr halina jadi bahan ujikaji suami....see dgn umur yang mcm ni high untuk die... Gws..
Quote Carcosa 12-11-2020 10:32 PM
Banyaknya anak...
Quote honeystar_11 12-11-2020 10:41 PM
Out of topic. Sorry. Tapi kenapa ni masuk dalam BOD kenamaan ye. Bukan Personaliti Media Sosial ke patutnya
Quote febreze 12-11-2020 11:24 PM
imransulaiman: Anak dia semua kembar ke? Bestnya kalau dapat anak kembar!


girl
girl
twin boys
soon: twin girls
Quote febreze 12-11-2020 11:25 PM
Edited by febreze at 12-11-2020 11:27 PM
chacon: gws soon sis...dulu bukan ada yg cakap kalau jadi angkasawan benih tak subur ke.. elok je anak ramai



after 3 tahun kembali ke bumi baru boleh conceive, klu x silap lah
Quote peacock.bass 13-11-2020 12:50 AM
nazzse replied at 12-11-2020 07:00 PM
6 orang umur gap 2 3 tahun..
Anak2 plak aktif bukan main..
Yg tengok je ni pun rasa penat

tula sis ni yg baru dua orang ni rasa nak tutup kilang dulu,bukan apa takut xboleh nak bahagi masa sama rata..sian anak2..yg dua orang ni pun dah menyinga jugak jadi kadang2..mungkin depa orang senang,ada maid semua just fokus hal belajar kat anak2 ja yg lain semua orang dah buat kot..tp depa ni xpernah tunjuk ada maid kan, curious jugak nak tau,kalau xdak maid mmg hebatla depa ni
Quote peacock.bass 13-11-2020 12:52 AM
311gurl replied at 12-11-2020 10:13 PM
kapel ni mmg nak anak ramai kan?

sbb SMS ni pernah cakap dia mmg nak anak ramai dan twins.

mungkin sbb pemikiran depa kot...tapi betul ckp u ada orang yg mcm ni..i selalu pikir cmna kalau i..depa aman2 ja hehe..
Quote LadyCarefree 13-11-2020 02:22 AM
Diorang kaya so the best treatment and care for them. Dahlah dedua doktor.

Kalau babies tu mati, kan orang selalu cakap nanti tarik mak bapak ke syurga. So, kira oklah tu. Dapat ticket free masuk syurga. Ada anak syurga.

Diorang senang pregnant. Kalau babies ni tak survive, nanti buat lagi.

Kalau semua survive ok, baguslah. Nanti boleh buat buku parenting 5 anak pulak.

All win win win situation for them. Syukur alhamdulillah to be in their position.

Lihat semua komen(69)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top