Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tutup Sekolah Mudah, Nasib Murid Macam Mana? - Dr Maszlee Malik

11-11-2020 02:24 AM Komen: 132



Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri Kanan Pendidikan dan seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia di atas pengumuman penting sebentar tadi.

Sekurang-kurangnya terdapat 2 pengumuman penting yang telah disampaikan iaitu penutupan semua sesi persekolahan sehingga Januari 2021 serta pindaan tarikh beberapa peperiksaan penting seperti SPM, STPM, SVM & STAM.

Sejak pengumuman tadi juga, saya dihujani dengan pelbagai reaksi dan maklum balas dari pelbagai pihak. Timbul beberapa persoalan dan kebimbangan yang saya fikir wajar disuarakan dan diberikan tumpuan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Persoalan-persoalan ini mungkin kelihatan operasional, namun ianya memberikan dampak yang langsung dan menyentuh soal kehidupan rakyat seharian. Saya percaya rakyat yang sedang berdepan dengan kesukaran ekonomi di luar sana tidak boleh dibebankan dengan isu operasional KPM yang tidak jelas.

Pertama, pengumuman saat akhir penutupan sekolah ini telah menyukarkan ibu bapa yang terpaksa mencari cara untuk merentas negeri untuk mengambil anak-anak di asrama. Persoalan yang dibangkitkan ialah mengapa pengumuman penting seperti ini dibuat secara tiba-tiba? Bagaimana dengan 2.4 juta keluarga miskin & B40 yang terpaksa mencari wang untuk membeli tiket dan membiaya kos perjalanan dalam masa terdekat?

Kedua, apakah status guru duka lara yang telah lama berjauhan dengan pasangan masing-masing? Selama ini mereka terpaksa menanggung beban membeli tiket berkali-kali akibat pengumuman saat akhir YBMK. Adakah mereka dibenarkan kembali bersama setelah berbulan-bulan tidak bersua muka, terutama untuk mereka yang terpaksa berulang alik antara Sabah, Sarawak & Semenanjung?

Ketiga, apakah nasib lebih dari 600,000 murid penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang hari ini tidak boleh ke sekolah? Apakah YBMK mempunyai perancangan khas untuk membantu lebih setengah juta anak warga miskin & B40 ini yang selama ini bergantung sepenuhnya dengan pengambilan RMT?

Kempat, apakah perancangan untuk lebih dari 70,000 pekerja kantin yang hari ini tiada gaji harian kerana sekolah ditutup? Saya percaya jumlah mereka yang banyak ini memerlukan perhatian yang lebih besar oleh Kerajaan kerana mereka rata-ratanya datang dari golongan miskin & B40.

Kelima, apakah perancangan YBMK untuk 36.9% murid yang tiada peranti di rumah? Apakah perancangan alternatif untuk memastikan golongan ini tidak ketinggalan ketika rakan-rakan mereka yang lain melaksanakan kelas dalam talian bersama guru mereka? Bagaimana pula dengan keluarga miskin & B40 yang bukan sahaja tidak mempunyai peranti, bahkan tidak mempunyai talian internet di rumah?

Keenam, apakah perancangan YBMK untuk murid cicir setelah sekolah dibuka kelak? Saya difahamkan murid Tingkatan 2 & 3 hanya akan kembali ke sekolah pada Mac 2021. Ini bermakna mereka akan berada di rumah sekitar 3 bulan. Terdapat kajian yang menyatakan ketidakhadiran murid ke sekolah selama 14 minggu boleh menyebabkan anak-anak kehilangan pembelajaran seolah-olah 2 tahun lamanya. Adakah pihak KPM akan mengeluarkan data murid cicir pasca PKP kepada umum kelak?

Ketujuh, apakah KPM ada melaksanakan bantuan psikologi & mental untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan penting seperti SPM & STPM? Saya percaya mereka adalah golongan yang paling terjejas akibat beberapa pengumuman tundaan peperiksaan. Peperiksaan penting yang akan mereka duduki akan menentukan masa depan mereka kelak. Cadangan saya, KPM harus segera melaksanakan saringan mental dan mempunyai perancangan untuk memastikan motivasi mereka tidak jatuh berkecai semata-mata kerana kegagalan kita semua merancang yang terbaik buat mereka.

Saya percaya kesemua soalan-soalan ini adalah rintihan rakyat terbanyak, dari ibu bapa yang bergelut dengan masalah ekonomi, dari anak murid di sekolah, yang tiada peranti di rumah, yang kehilangan motivasi untuk menduduki peperiksaan, dari guru yang berjauhan dengan suami dan isteri masing-masing serta dari pekerja di sekolah yang akan terjejas akibat penutupan sekolah.

YBMK perlu menjelaskan kepada rakyat apakah perancangan mereka secara menyeluruh. Rakyat tidak boleh dibiarkan berada dalam keadaan resah semata-mata kerana kegagalan komunikasi atau ketiadaan perancangan yang baik buat mereka.

YBMK juga perlu menjalankan libat urus dengan kesatuan-kesatuan guru seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Guru Malaysia Barat dan juga NGO-NGO berkaitan pendidikan dan meneliti input-input berguna dari mereka kerana mereka mewakili suara terbanyak para guru di Malaysia.

Saya merayu agar YB Menteri menjawab semua soalan ini dalam masa terdekat. Saya juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak KPM untuk mempermudah sebarang urusan dan juga memastikan bukan sekadar nyawa anak-anak yang boleh diselamatkan, tetapi juga masa depan pendidikan mereka.


Dr Maszlee Malik


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 132
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote lemak_masin 13-11-2020 12:10 AM
zie_indah replied at 12-11-2020 08:29 PM
Mcm2 soklan bekas menteri pndidikan ni bg dlu time jd menteri x de pulak sepandai ini.. huuhu

Takde ler pandai pun.. bg list masalah je..
tutup skolah salah, bukak pun salah..  bg la cadangan sekali & idea mcm mana nk membantu...

Lain-lain Komen

Quote rastaf 11-11-2020 02:57 AM
banyaknya soalan dia.hehe

Quote Diamje 11-11-2020 03:11 AM
X lalu nk baca, panjang sgt..tggu komen forumer la.. tkpelah mazlee, bnda pon dh jadi..suma pon dh selamat balik ke destinasi kot.. cuma yg SPM dan STPM tu la.. sepatutnya kne ada perancangan khusus..sian budak2 spm..mau tertekan dok memikir hal peksa.
Quote lattehazelnut 11-11-2020 04:53 AM
terima kasih atas pandangan tapi anda bukan kerajaan
Quote noor2 11-11-2020 05:31 AM
Aku setuju dgn dia ni....waau aku hanya baca tajuk...
Orabg dah lantik ko jd menteri kenalah bijak untuk selesaikan masalah pelajar ni...x kan ko nk biarkan semua anak2 x ambik exam...x study...ni bila tutup sekolah semua terhenti... belajar pun sikit2...x ikut mcm biasa... buat online teruskan mcm biasa pembelajaran dan teruskanla exam mcm biasa....
Quote Nana_Man 11-11-2020 06:29 AM
noor2 replied at 11-11-2020 05:31 AM
Aku setuju dgn dia ni....waau aku hanya baca tajuk...
Orabg dah lantik ko jd menteri kenalah bijak  ...

I baca apa dia cakap tu semua. And i setuju sgt. Dont they learn sumthing dari the prev episode?  Ke too relaxed lepas kes dah turun dulu dan taknk kaji cara2 yg harus diambil kalau sekolah tutup lagi?
Quote akusukaq 11-11-2020 06:35 AM
Yang pasti budak budak kalu lama sgt tak kesekolah memang bawak padah..
Quote Atata 11-11-2020 06:53 AM
Byknya persoalan diaaa... N semua benda tu diluar kawalan. Xmampu nak address tiap2 isu tu. Isu terbesar gov takut sekolah jd tmpt merebak covid. Soalan2 dia tu smua kesan2 bila sekolah tutup. Jd mcamana? Buka je sekolah ke? Biapun bahaya?
Quote MakareyumSuciey 11-11-2020 07:17 AM
Pasal guru duka lara and beli tiket segala tu...kan menteri dah kata..guru berada di stesen sampai cuti sekolah mula...so tiada perubahan pada takwim sekolah yer. Sila faham intipati sebelum bertanya wahai mazlee.
Quote TENGKUTAHAR 11-11-2020 07:20 AM
Quote MissYouSayang 11-11-2020 07:27 AM
Lockdown adalah pilihan paling TERAKHIR setelah pilihan2 lain sudah habis digunapakai....tp sayangnya abah mengunakan lockdown adalah pilihan UTAMA....  Fikir-fikirlah...
Quote mialunar 11-11-2020 07:32 AM
Soalan2 ni bagus.. Tapikan.. Tak boleh nak lupa mase dia jadi menteri.. Banyak soalan.. Cadangan.. Last2 dibuatnya tukar kasut putih ke hitam je... Uuu
Quote imransulaiman 11-11-2020 07:46 AM
Nak tanya - agaknya kalau dia masih menteri, mampukah dia menangani semua permasalahan yang dinyatakan di kala pandemik mengganas ni?

Awal sangat dia buat senarai... {:thief
Quote genUmi 11-11-2020 07:53 AM
Edited by genUmi at 11-11-2020 08:18 AM

masa jd menteri dulu, ko pun tak dpt nak menangani timb kau yg lbh sudu kan
bila spm
suruh awalkan spm, kacau bilau jadinya sesi persekolahan  bila spm sampai dua fasa terutama sekolah yg saiz kecil

Quote ashilalat 11-11-2020 07:53 AM
MissYouSayang replied at 11-11-2020 07:27 AM
Lockdown adalah pilihan paling TERAKHIR setelah pilihan2 lain sudah habis digunapakai....tp sayangny ...

X dapat bayang apa benda buruk berlaku kalo mamat telinga capang ni masih menteri. Masa die menteri pon gagal buat perubahan, dah x jd menteri acah2 nak bg idea. Org2 pee esh ni kebanyakan nya masa jd pembangkang nmpak bigau bigau bg idea, bila dah bg kuasa, terus ke laut dalam x pandai sezarah pon nak buat. Lebih malang ramai penyokong membuta tuli.
Quote rospinki 11-11-2020 07:55 AM
dan dan lah mazlie katek ni..
Quote merrissa 11-11-2020 08:02 AM
gebang senang la
Quote R2D2 11-11-2020 08:06 AM
masa dia jadi menteri
ada dia bersuara isu graduan cina biadap?
tak kan
tim menteri Cina tu yg bising
Quote batmana 11-11-2020 08:07 AM
Dia tkde wasap dgn menteri pendidikan baru ka?dua2 level doktor kn?nape susah sgt nk cari contact? Sebaliknya lebih rela jadi cm budak-budak Twitter.. hanya luah kt socmed aja?
Quote ninja9 11-11-2020 08:19 AM
MakareyumSuciey replied at 11-11-2020 07:17 AM
Pasal guru duka lara and beli tiket segala tu...kan menteri dah kata..guru berada di stesen sampai c ...

Dia buat perubahan pilihan subjek stem itu pilihan secara terbuka, kelihatan bagus sekali imbas spt keadaannya di universiti, tetapi cadangannya ini tidak mengambil kira kesan kepada bilangan pelajar stem yg semakin berkurang yang mana isunya dah jadi masalah berpuluh tahun. Kerana cadangannnya ini bilangan pelajar stem semakin sedikit sampai akhirnya sekarang ini kj pula merintih-rintih di media sosial dia ada masalah untuk ttarik pelajar ambik aliran stem..

Lihat semua komen(132)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top