Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Baby Wildlife Warrior Akan Lahir Pada 2021!" - Bindi Steve

25-11-2020 12:08 PM|Oleh: Pinokiok| Komen: 8


bindi-irwin-pregnant

Kredit foto: Hello Magazine



Bindi Irwin menggembirakan peminat dengan pengumuman bayi yang bakal lahir pada 2021.


Anak perempuan mendiang Steve Irwin membuat pengumuman mengejutkan itu di Instagram dan mendedahkan bahawa dia masih dalam peringkat awal kehamilan.



Kredit foto: Hello Magazine

"Baby Wildlife Warrior akan lahir pada tahun 2021," kapsyen yang tertulis di Instagram Bindi.


Dia bersama suami kelihatan sangat gembira dalam salinan pakaian seragam Zoo Australia sambil memegang pakaian seragam kecil khas untuk anak mereka nanti.


Bindi juga menambah kapsyen di Instagramnya: "Chandler dan saya dengan bangga mengumumkan bahawa kami akan mendapat cahaya mata. Adalah satu kegembiraan untuk kami berkongi detik yang indah ini bersama kamu semua."


"Walaupun saya masih dalam trimester pertama, kami benar-benar mahu kamu semua menjadi sebahagian daripada perjalanan kami untuk kehidupan baru ini. Kami tidak sabar untuk berkongsi berita kerana anak ini bakal menjadi bahagian terpenting dalam kehidupan kami"


"Sokongan anda semua sangat bermakna bagi kami. Beri saya nasihat terbaik dan kirimkan semangat & doa untuk bayi kami yang bakal lahir " ujarnya.



23rd of December 2018. The Irwin family including Chandler Powell, Bindi, Robert and Terri show off their Christmas tree.



Suaminya antara yang pertama membalas dengan menjawab: "Anda akan menjadi ibu yang terbaik "


Para peminatnya sangat teruja dan rata-rata memberi komen positif dan mengucapkan tahniah sempena kehamilan tersebut.



Kredit foto: Hello Magazine



Untuk rekod, Bindi dan Chandler berkahwin pada 25 Mac 2020 di Zoo Australia, di mana mereka tinggal dan bekerja.


Perkahwinan mereka berlaku hanya beberapa jam sebelum Perdana Menteri Scott Morrison menguatkuasakan sekatan perkahwinan disebabkan pandemik Covid-19. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 8
Komen

Previous : Johnny Depp Tetap Dapat RM41juta Walaupun Nama Digugurkan Dari Filem

Next       : Ugut Boikot Fantastic Beasts Kalau Johnny Depp Tak Kembali Sebagai Gellert Grindelwald

Komen Terbaru

Quote kechikchomel 1-1-2021 06:00 PM
Mak dia tak tua2 pun! Jeles!

Lain-lain Komen

Quote Kurex 25-11-2020 12:19 PM
Robert Irwin betul2 ikut rupa bapak dia
Quote helicornia 25-11-2020 12:25 PM
ada minat yg sama ok la
klu aku berjodoh dgn peminat haiwan tak tau la camne, sbb aku tak suka bela haiwan ni. klu kucing tu takat tengok suka la bela tak mau
Quote Artemesiaa 25-11-2020 01:40 PM
Kalau apaknya masih hidup pasti beliau akan jadi orang yang paling gembira
Quote lavendernovella 25-11-2020 03:04 PM
Bestnya sefamilu pencinta haiwan. Tunggu another pencinta haiwan lahir..  tahniah.
Quote dua_chzy 25-11-2020 03:46 PM
Oh no, budak ni dah dewasa. Akak dah kertuh!
Quote husna_amal 25-11-2020 04:12 PM
Kejap je masa berlalu dah besar dan dah kahwin anak mendiang steve ni.
Quote farhani87 27-12-2020 09:18 AM
Suka tgk program Steve irwin dulu. Gaya dia tu yg unik.
Quote kechikchomel 1-1-2021 06:00 PM
Mak dia tak tua2 pun! Jeles!

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top