Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Musim Tengkujuh 2020 Dijangka Bermula Esok, Ini Langkah Persediaan Perlu Anda Tahu

10-11-2020 02:14 PM Komen: 6
Gambar via hapizahidris.blogspot.com  


MONSUN Timur Laut atau musim tengkujuh dijangka bermula esok dan berakhir Mac tahun depan yang mana dalam tempoh ini empat hingga enam episod hujan lebat akan berlaku.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Jailan Simon berkata, semasa fasa awal Monsun Timur Laut iaitu dari November hingga Disember, hujan lebat
dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Katanya, bagi Januari 2021, hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Namun fasa kedua Monsun Timur Laut iaitu hujung Januari 2021 seperti biasa dijangka cuaca agak kering di negeri utara semenanjung (Kedah, Pulau Pinang dan Perlis) dan Kelantan.



Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan METMalaysia, katanya.

Oleh itu, SinarPlus kongsikan langkah-langkah persediaan menghadapi musim banjir.

DI RUMAH

  1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri
    atau Daerah yang berhampiran.
  3. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
  4. Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  5. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
  6. Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
  7. Bagi yang mempunyai bayi, bawa kelengkapan bayi supaya mudah diuruskan ketika banjir berlaku.
  8. Simpan nombor telefon klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika kecemasan.
  9. Pesakit kronik perlu bawa bekalan ubatan mencukupi selain pemantauan jadual rawatan kerana dikhuatiri berdepan masalah ketika berada dalam keadaan banjir.
  10. Selalu dapatkan maklumat mengenai taburan hujan seperti akses kepada laman web Jabatan Meteorologi, Portal Bencana atau Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

SEMASA BANJIR


  1. Ketika mendapat tanda-tanda awal banjir.
  2. Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  3. Pindahkan perabot atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
  4. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
  5. Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  6. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

Baca juga Pendaftaran BPN 2.0 perlu dibuat selewat-lewatnya 15 November, ini cara untuk memohon

Semasa pemindahan

  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
  • Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat. Ikut laluan yang ditentukan, laluan dekat mungkin terhalang.

Di dalam kenderaan

  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat

Di dalam rumah

  • Dengar pengumuman daripada radio, televisyen atau pihak tertentu.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
  • Di luar rumah
  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.

SELEPAS BANJIR

  1. Dengar pengumuman daripada radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  2. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  3. Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
  4. Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tidak terduga dan tersembunyi.

Sentiasa berhati-hati dalam setiap keadaan.

 


Sumber : sinarplus


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 6
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ellez 15-11-2020 08:55 PM
Semoga rumah sdr mara di p.timur tak naik air..
Thn plg teruk kot 2014 sampai laman je sikit2 dgr khabar..

Lain-lain Komen

Quote husna_amal 10-11-2020 03:06 PM
Perkongsian yang bermanfaat.
Quote Scheherazade 10-11-2020 09:56 PM
Jgn minum ait banjir? Ada ke org minum sblm ni? {:question
Quote CiliPadiSedap 11-11-2020 12:53 AM
Sejak bila malaysia ada pengumuman banjir semasa air baru nak naik? Setahu akak dh banjir baru keluar berita?

Betul ye?
Quote mawar_mustika 11-11-2020 01:53 PM
jgn lupe plastik sampah hitam bsr & cabel tight...sgt berguna bila banjir..brg2 penting & baju2 letak dlm plastic tu bungkus siap2 kemas2...ble banjir insyaallh die akn terapung maka selamatlh brg2 dlm tu
Quote Kipaskiok 15-11-2020 08:42 PM
Semoga kita dilindungi Allah dr bencana2 alam
Quote ellez 15-11-2020 08:55 PM
Semoga rumah sdr mara di p.timur tak naik air..
Thn plg teruk kot 2014 sampai laman je sikit2 dgr khabar..

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top