Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Betulkah Berkebun Dapat Hilangkan Tekanan Perasaan?

28-11-2020 10:17 AM|Oleh: Pinokiok| Komen: 96

Eco Therapy Treks Tickets by Carvan Trips, Mumbai Event
Kredit foto: Google

Kombinasi antara aktiviti fizikal, hubungan sosial dan dikelilingi alam semula jadi dapat menjadikan aktiviti berkebun sebagai aktiviti yang bermanfaat untuk kesihatan mental kita.


Ramai pekebun mengatakan apabila mereka melakukan aktiviti berkebun dan bermain dengan tanah tanaman, mereka akan berasa lebih tenang dan gembira. Keinginan ingin melihat dan memelihara tanaman menjadi mekar dan berbuah dapat mewujudkan sifat positif dalam diri, seterusnya dapat mengelakkan tekanan. 


Idea untuk melakukan aktiviti berkebun mula diberikan kepada orang yang mengalami kegelisahan dan kemurungan. Pesakit diberi tanaman untuk dirawat, yang kemudian ditanam di taman komuniti yang ditetapkan supaya mereka dapat bergabung bersama orang lain dan mengeratkan hubungan sosial.



Kredit foto: Google

"Penyelidikan menunjukkan bahawa aktiviti luar atau 'ekoterapi' seperti berkebun atau berjalan kaki, mempunyai manfaat besar untuk kesejahteraan bahkan sangat efektif dalam merawat kemurungan dan kecemasan ringan hingga sederhana," kata Aimee Gee dari sebuah badan kesihatan mental.


Ini berkemungkinan disebabkan kombinasi melakukan lebih banyak aktiviti fizikal kerana menjalin hubungan sosial yang lebih kerap dengan orang lain dapat mengurangkan kesunyian serta meningkatkan keyakinan diri sambil dikelilingi alam semula jadi yang mendamaikan.


Warna, bunyi dan bau alam semula jadi ketika berkebun juga dapat meningkatkan rasa nyaman dan memberikan kepuasan apabila menyelesaikan tugasan atau aktiviti perkebunan.


Seorang tukang kebun dan penyampai TV telah berkongsi kepada orang ramai bagaimana aktiviti berkebun dapat membantu mengatasi kemurungan yang dialaminya.

Apabila anda menanam sesuatu, anda melabur pada masa depan yang indah di tengah-tengah dunia yang penuh tekanan, huru-hara dan kadang kala amat mengerikan. katanya penuh optimis.


Green exercise in ecotheraphy
Kredit foto : Google

Oleh itu, kemungkinan besar aktiviti berkebun akan dijadikan sebagai salah satu rawatan alternatif atau terapi untuk mengurangkan tekanan dan kemarahan selain daripada seni, kraf , berjalan kaki dan menyanyi.


Sumber : The Guardian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 96
Komen

Previous : Jom Kita Kenali Nama Nama Besar Dalam Tokoh Islam

Next       : Menyesal Seumur Hidup Kerana Cintakan Suami Orang

Komen Terbaru

Quote nolya 27-12-2020 04:20 PM
riyadhK replied at 28-11-2020 01:20 PM
Ni yg I ambil kat Google. Gini la I buat.

I sangsilah dgn tanaman yg U tunjukkan gambarnya ni...maksud I bukan sangsi yg negatif but a positif one.  Nak tanya, adakah pokok tu pokok liar yg mudah tumbuh di semak2. Satu ketika dulu semasa I duduk di Indonesia, ada sejenis tumbuhan liar, lebih kurang mcm tulah bunganya, but the bunga boleh buat ubat U.  Memang bunganya juga berwarna biru.  Maksud I yg dibuat ubat ialah sekuntum 2 bunganya direndam airnya akan berwarna biru bila dititiskan kpd mata nanti akan keluar segala kotoran yg ada dlm mata.  Umpamanya jika ada katarak di peringkat awal, boleh pulihkan penglihatan mata tetapi kena buat terus2an. I sampai bawa balek benihnya, benihnya berbentuk petai cina/kacang peas, sayang tak hidup. Tak taulah pulak ape namanya.

Lain-lain Komen

Quote Tinot7 28-11-2020 10:21 AM
Edited by Tinot7 at 28-11-2020 10:25 AM

Lepas tgk citer the martian, iols tingin nak berkebun. Bila sedar yg diri ni takde bakat bercucuk tanam, iols pi melawat taman je utk jalan2.

Benang ni patut masuk bod hobi...
Quote Nnasda53 28-11-2020 10:30 AM
Setuju..bila berkebun dpt hilang rasa tekanan.Bila dpt melihat kehijauan alam sambil menarik nafas Alhamdulillah.
Quote syakuntala 28-11-2020 10:54 AM
setuju... lebih2 bila tanaman nmpk hasil....
Quote renko 28-11-2020 10:56 AM
kang bila pokok mati datang balik tekanan sbb da buang masa n duit
hahahahahaha
Quote Artemesiaa 28-11-2020 10:59 AM
Bukan semua orang mungkin sebab kalau tanamannya menjadi pasti gembira bantu hilang stress tapi kalau tanaman yang ditanam tak menjadi seperti yang diharapkan mungkin tambah stress buat dia.  Yang penting buat sesuatu yang buat dia happy untuk bantu dia hilangkan stress bukan hanya melalui berkebun je.
Quote eplasbpafree 28-11-2020 11:13 AM
tp bila tanam pokok, pokok mati...
lagi tensen kot...



Quote riyadhK 28-11-2020 11:15 AM
Tinot7 replied at 28-11-2020 10:21 AM
Lepas tgk citer the martian, iols tingin nak berkebun. Bila sedar yg diri ni takde bakat bercucuk ta ...

Start tanam Lada dulu uols. 2 3 jenis Lada. Seronok bila keluar hasil. I semai biji cili kering yg tak berapa pedas tu. Ni boleh tuai hasil dh. Pastu ada Lada kampung tu.
Quote orgsepang 28-11-2020 11:19 AM
Betul sangat3.
Quote Tinot7 28-11-2020 11:22 AM
riyadhK replied at 28-11-2020 11:15 AM
Start tanam Lada dulu uols. 2 3 jenis Lada. Seronok bila keluar hasil. I semai biji cili kering yg ...

Kalau beli pokok terus, lagi senang, kan? Nak tunggu dia membesar, amik masa lama rasanya.
Quote Kitty_catz 28-11-2020 11:23 AM
Ini meols sokong 100 persennnn

Take up gardening chuols, mmg mendamaikan.. xde la tipon tu berjahit dohpohpatjam kat tangan, nak2 masuk porom then bercakaran dgn poromner yg tak sependapat.. such as waste of your precious time #yolo


Meols dulu pun tanam apa pun mamps, but belajo thru gugle, utiup, now tanam machiam2 smua menjadi..

Or join fb group berkebun yg bersepah2 kat fb tu
Quote Kitty_catz 28-11-2020 11:24 AM
eplasbpafree replied at 28-11-2020 11:13 AM
tp bila tanam pokok, pokok mati...
lagi tensen kot...

Tu sbb chuols rajin sangat siram.. over water leteww.. mati lemas pokok
Quote Kitty_catz 28-11-2020 11:26 AM
Tinot7 replied at 28-11-2020 11:22 AM
Kalau beli pokok terus, lagi senang, kan? Nak tunggu dia membesar, amik masa lama rasanya.

Nikmat semai or propagate sendiri vs beli kat nursery tak sama.. but if nk mudah or baru2 nk belajar mmg la beli dah siap buah dlm polybeg tu
Quote eplasbpafree 28-11-2020 11:27 AM
Kitty_catz replied at 28-11-2020 03:24 AM
Tu sbb chuols rajin sangat siram.. over water leteww.. mati lemas pokok

actually sbb terlupa siram..
i harap pokok i berdikari mencari minuman sendiri...


hihihi



Quote Kitty_catz 28-11-2020 11:31 AM
eplasbpafree replied at 28-11-2020 11:27 AM
actually sbb terlupa siram..
i harap pokok i berdikari mencari minuman sendiri...


Ooo giteww.. chuols seswai tanam air plant.. no need siram2
Quote Tinot7 28-11-2020 11:34 AM
Kitty_catz replied at 28-11-2020 11:26 AM
Nikmat semai or propagate sendiri vs beli kat nursery tak sama.. but if nk mudah or baru2 nk belaj ...

Iols budak baru nak blaja.. kena dptkan yg dah siap dulu.. bila dah tere, baru voley verangan nak semai dari biji.. haha
Quote faraway1 28-11-2020 11:34 AM
betul kot sebab happy sangat bila tengok tanaman
membesar bagai johan..

kalau nak masak, petik dari pokok cam nikmat sangat rasa dia...
Quote eplasbpafree 28-11-2020 11:49 AM
Kitty_catz replied at 28-11-2020 03:31 AM
Ooo giteww.. chuols seswai tanam air plant.. no need siram2

i rasa i sesuai tanam pokok cactus je..


hahaha



Quote immi 28-11-2020 11:51 AM
Betul. Kalau time berkebun tgh marah seseorg meols akn tajak2 byk kali tanah tu so it will gembur better n hati pun puas mcm tgh tokek2 pala org tu
Quote immi 28-11-2020 11:54 AM
Meols x kesah sgt pon hidup ke tak yg di tanam tu sbb kebon meols luas yakmat ...mcm2 yg lain hidop subur bole bg hasil. Yg penting kuar peloh. Hari keje mmg xpeloh setitik pon

Lihat semua komen(96)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top