Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bapa Kandung Rogol Anak Umur 15 Tahun, Setiap Minggu

6-11-2020 03:22 PM Komen: 36

AMPANG: Seorang bapa tergamak merogol anak kandungnya berusia 15 tahun setiap minggu sejak Februari lalu.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar apabila mangsa bertindak melarikan diri dari rumah dan pergi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 1 November lepas sebelum ditahan polis kerana tiada Permit Perjalanan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Farouk Eshak berkata, mangsa kemudian menceritakan ingin pulang ke Kuala Nerang, Kedah kerana tidak tahan dengan perbuatan bapa kandungnya.

Gambar Hiasan

Siasatan mendapati mangsa dirogol secara berterusan setiap minggu kecuali tanpa pengetahuan sesiapa.

Suspek akan merogol mangsa di awal pagi ketika semua ahli keluarga sedang tidur. Akibat dari perbuatan ini, mangsa berasa takut dan pernah bertindak cuba membunuh diri dengan meminum cecair pencuci lantai.

"Kejadian berlaku (cubaan bunuh diri) pada bulan Jun 2020 dan tiada laporan polis diterima katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.

Menurutnya, suspek telah ditahan polis pada 2 November lalu di rumahnya di Bukit Antarabangsa dan direman mulai 2 hingga 6 November untuk siasatan lanjut.

Semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau kes rogol yang disiasat di bawah Seksyen 376A Kanun Keseksaan (sumbang mahram), ujarnya.

Tambah beliau, mangsa yang masih bersekolah Tingkatan Empat di Ampang merupakan anak tunggal dan kedua-dua ibu bapanya bercerai pada tahun 2004 selepas dia dilahirkan.

Sebelum ini mangsa tinggal bersama ibunya di Kuala Nerang. Pada bulan September 2019, bapa kandung (suspek) telah mendapat hak penjagaan dan telah membawanya tinggal bersama di Bukit Antarabangsa.

Mereka tinggal berenam bersama ibu tiri dan empat adik tiri, katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan iaitu melakukan rogol secara sumbang mahram dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan juga sebat jika disabitkan bersalah. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
3
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 36
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Kipaskiok 15-11-2020 08:32 PM
Kenakan hukuman yg berat...harapkan pegar,pegar yg makan padinya...ngek sungguh.. haruan makan anaknya sndr

Lain-lain Komen

Quote kelapaparut 6-11-2020 03:26 PM
Edited by kelapaparut at 6-11-2020 03:28 PM

bangsa apa, agama ape dan kalu boleh nak tau perogolnye parti politik mane.. kalau dah tau, kite akan tau kelompok mane akan berkuntum di thread ini
Quote chandrahusin 6-11-2020 03:27 PM
celaka ni ada bini baru
elok2 anak tu tinggal dgn mak
dia pegi ambik
dirogol awal pagi
gigih kan ko bangun awal2 semata2 nak merogol
Quote DayangKirana 6-11-2020 03:28 PM
bapak setan nye la perangai..
Quote cairel_azlie 6-11-2020 03:39 PM
Setiap minggu? perghhhh...mesti taknak rugi pasal barang muda...babis punya bapak!!
Quote Scheherazade 6-11-2020 03:39 PM
Dah ada bini pun lg nak penaya anak kndg. Hrp dikasi je makhluk ni
Quote chaos_sweetly 6-11-2020 03:42 PM
Bapak syaitan elok disulakan aje!!!!
Quote bondeh 6-11-2020 03:45 PM
Dapat hak penjagaan kepada heolls. Mesti Hakim yg adili dihantui rasa bersalah & bod*h.

Tibahhhhh
Quote eyansss 6-11-2020 03:46 PM
bangsat sangat weih...  anak dah elok duduk kedah, ko pi amek...  babeh!!!
Quote bondeh 6-11-2020 03:48 PM
Asal kes sumbang mahram nih, meolls tetap nak komen dah tiba masanya laksanakan hukuman kembiri.
Hukuman kembiri kepada pelaku sumbang mahram, pedo, pelaku amang-amang seks...
Quote rosa_canina 6-11-2020 03:52 PM
hanat btul jantan ni   
Quote Ed_Lyn 6-11-2020 03:57 PM
bondeh replied at 6-11-2020 07:48 AM
Asal kes sumbang mahram nih, meolls tetap nak komen dah tiba masanya laksanakan hukuman kembiri.
Hu ...

Betul..
Kalau hukuman hanya denda,  sebat,  penjara memang kes akan semakin meningkat..  Jantan2 setan ni mana takut...  
Quote PembacaSenyap 6-11-2020 04:59 PM
Berapi betul haku baca berita2 mcm ni lahh!! Binatang jenis ape bapak mcm ni eh?? Aku nak carutkan pon x lalu sbb hina sehina2 manusia bapak perangai mcm ni tau!!! Moga Allah tunjukkan kehinaan kau tu dari atas dunia ni sampai ko mereput dlm neraka nnt handaknya. Biar dpt pembalasan yg sehina2nya dunia akhirat!!
Quote jijilaaa 6-11-2020 05:24 PM
aku tgk kat syed azmi punya page. based on respondan yang diaorg tnya utk kes sumbang mahram. mostly cakap,

lebih baik rogol anak sendiri dari rogol anak org or langgan pelacur

dah mmg tanggungjwab si anak utk layan ayah jika si ibu letih,

ntah2 si anak pun dah ter'suka' dengan apa yang si ayah buat

ni based on case bapak rogol anak kat mekah tu

how sick our people nowdays!!
Quote ulamalu 6-11-2020 05:33 PM
bondeh replied at 6-11-2020 03:45 PM
Dapat hak penjagaan kepada heolls. Mesti Hakim yg adili dihantui rasa bersalah & bod*h.

Tibahhhh ...

Mesti bapak budak ni lg secured financially dari ibu sebab tu dia dpt hak penjagaan. Kesian anak, ingat lg baik masadepan, rupanya . Yg bapak ni masa fight custody anak mmg dah niat jahat ke.  GIlalah, tiap2 minggu.  Mcm bini pulak.  X ada remorse langsung
Quote miss_strangers 6-11-2020 05:38 PM
Semoga perogol ni dilanggar treler dan dibunuh oleh pembunuh psiko.
Quote bondeh 6-11-2020 05:43 PM
ulamalu replied at 6-11-2020 05:33 PM
Mesti bapak budak ni lg secured financially dari ibu sebab tu dia dpt hak penjagaan. Kesian anak,  ...

Mungkin kan financially bagus duduk pun Bukit Antarabangsa kan... ingat kan ampang kat kg ampang tambahan ramai stok2 yindon boyan...huhhhh
Quote missgen2 6-11-2020 06:38 PM
Bukit antarabangsa Kawasan orka kan?
Quote Decaffeinated 6-11-2020 06:49 PM
ulamalu replied at 6-11-2020 05:33 PM
Mesti bapak budak ni lg secured financially dari ibu sebab tu dia dpt hak penjagaan. Kesian anak,  ...

Tapi dia ada rekod jenayah.
Quote ulamalu 6-11-2020 07:05 PM
Decaffeinated replied at 6-11-2020 06:49 PM
Tapi dia ada rekod jenayah.

Betul juga.  Kes sumbang mahram juga, dgn anak ni ke anak lain.  How come the lawyer missed that point.  Ke x ada lawyer, terus hakim.

Lihat semua komen(36)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top