Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Takut Lockdown, Mak Ayah Serbu Kedai Permainan Sampai Licin Hadiah Krismas

Oleh: Cari-Azza|4-11-2020 11:21 AM Komen: 10
Bimbang jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung selepas 2 Disember, ramai ibu bapa membuat pembelian panik terhadap barang permainan kanak-kanak bagi menyambut Krismas.

Daily Star melaporkan, England tetap berhati-hati dalam menangani pandemik Covid-19 ini dan tidak teragak-agak untuk menyambungnya kembali jika virus itu menunjukkan peningkatan kes.


Kredit foto: Alamy Stock Photo

Oleh sebab itu, ramai ibu bapa beratur panjang di luar kedai permainan semata-mata untuk mendapatkan hadiah untuk anak mereka.

Pakar Pengurusan Risiko, Mark Hall berkata ia adalah gelombang kedua pembelian panik membabitkan perayaan Krismas. Fenomena ini boleh dilihat di pelbagai kedai permainan ternama seperti Lego, LOL Surprise doll dan senapang Nerf yang banyak mengosongkan rak jualan.


Foto : Getty Image

Sementara itu, ibu bapa yang hampa kerana tidak dapat membeli barang permainan tersebut menulisnya di media sosial dengan harapan kedai permainan menambah barangan mereka supaya tiada kanak-kanak kecewa pada krismas nanti.


Foto : Getty Image

Wah! Semua ibu bapa di England sibuk untuk menyambut Krismas, kita di sini bagaimana pula? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote lwyl 4-11-2020 02:49 PM
Setiap tahun hadiah Krismas saya kepada anak-anak buah ialah setiap budak one ream of A4 paper atau stationery.

Lain-lain Komen

Quote suzycutegal 4-11-2020 11:31 AM
Risau betul tengok ada yg bawa anak kecil keluar sopink2 kat mall{:yameteh
Quote one_piece 4-11-2020 11:57 AM
ingatkan serbu makanan.. mainan rupanya
Quote dudaberhias 4-11-2020 11:59 AM
iols beli online jah...
Quote Burong_Hantuk 4-11-2020 12:01 PM
Pasni puak k***** plak serbu muruku sampai licin sempena deepakvali
Quote Nana_Man 4-11-2020 12:13 PM
Lol!!! Mcm masa Spore buat Circuit breaker few mths ago. Parents beratur panjang untk beli mainan budak2. Aku pulak beratur pasal nk beli lagi satu laptop.
Quote Suchi 4-11-2020 12:35 PM
Lambat lagi krismas tp awal dah jual hadiah eh maybe sana mmg gitu kot.
Patutlah client iols nak urgent gamba tema krismas geram plak rasa yelaa lambat lagi krismas tu oii tp bulan ni dah nak gambo nya.
Quote RatuDunia94 4-11-2020 12:45 PM
Oh so far hampir ssmua perayaan dh terjejas dek covid kan.. cuma raya tahun baru cina je aritu yg sempat beraya..lol
Quote husna_amal 4-11-2020 02:16 PM
Lagi satu mereka beli awal2 takde lah anak demand ps5 pula nanti.
Quote mdhelmi 4-11-2020 02:25 PM
aku pon nk beli meja ping pong la
nk beriadah sesama family kat depan rumah

tibe
Quote lwyl 4-11-2020 02:49 PM
Setiap tahun hadiah Krismas saya kepada anak-anak buah ialah setiap budak one ream of A4 paper atau stationery.

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top