Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Walaupun Taufan Molave Tu Kat Vietnam, Kita Pun Kena Ambil Tahu Juga

Oleh: Cari-Azza|1-11-2020 12:18 PM Komen: 5




Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan tragedi Taufan Molave melanda Vietnam hingga membabitkan kematian serta kemusnahan harta benda. 

Tidak hanya di negara itu, kita di Malaysia terutamanya di Sabah diminta berhati-hati jika melakukan aktiviti di laut selepas negeri itu menerima tempias taufan tropika Saudel dan Molave yang membadai dari barat daya Manila, Filipina dengan kelajuan purata 157 kilometer sejam (km/j).


Foto: Reuters

Malah, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan notis Nasihat Taufan Molave tersebut. Kenyataan itu menyebut jarak taufan dari bandar terdekat adalah kira-kira 787 km ke barat laut Kudat, Sabah.

Oleh itu, apakah yang perlu kita tahu mengenai Taufan Molave ini?


Foto: FB

Menurut laporan Sinar Plus, secara asasnya taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya memeluwap.

Keadaan tersebut dinamakan siklon tropika kerana ia menyerupai siklon dan terjadi di tropika sementara putarannya melawan jam di hemisfera utara dan mengikut arah jam di hemisfera selatan.


Foto: AFP

Terdapat pelbagai impak taufan bergantung kepada di mana ianya berlaku.


Jika taufan berlaku di tengah lautan, ia menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.


Jika berlaku di daratan pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda, menjadikan puing-puing kepada objek terbang yang boleh membunuh.


Selain itu, taufan juga mampu mengakibatkan banjir besar.


Foto: AFP

Sejak dua kurun lalu, taufan menyebabkan kematian lebih kurang 1.9 juta mangsa di seluruh dunia.


Menurut laporan media tempatan  Vietnam, Molave menjadi ribut terburuk yang memiliki angin paling kuat dalam tempoh 20 tahun. Kedudukan geografi negara itu terdedah pada bencana alam pada musim hujan antara Jun dan November dengan wilayah pesisir tengah antara yang selalu terkesan teruk dengan kejadian itu.


Jadi, kita di Malaysia, walaupun tidak terlibat secara langsung, namun dengan musim hujan yang tidak menentu ini, sebaik-baiknya mengambil tindakan lebih berhati-hati, ya. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
3
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 5
Komen

Anda Mungkin Meminati

Rider Tak Pernah Salah? Leka Sangat Tengok Phone Sampai Langgar Kereta Orang!
Mangsa Body Shaming Seluruh Dunia Jadi Pakar Motivasi
Hantar Makanan Dulu Walaupun Telefon Dicuri, Kisah Rider Ini Wajar Dipuji
Neelofa Muat Naik Gambar PU Riz Di IG
Belum Jumpa Yang Sempurna-Dah Kawin 10 Kali, Tetap Nak Cari Lelaki Lain
Ratu Balqis Berhenti Meratapi Penceraian
Anak Sudah Masuk 1 Tahun Tapi Masih Belum Jalan? Ambil Tahu 3 Peringkat Perkembangan Bayi Ini DULU!
Budak Bisu, Pekak Maut Dibaham Anjing Pitbull Jiran
Mat Dan Jumpa Surat 'Rare, Limited Edition' Berusia 30 Tahun Daripada...
Bunuh, Bakar Ibu Mentua Lepas Dituduh Jalin Hubungan Sulit Dengan Bapa Mentua
Syed Saddiq Bidas Projek Quranic Village Annuar Musa, 'Lagi Elok Tambah Baik Hospital'
Menyedihkan, Pelajar Kita Mati Dicekik Di Taiwan, Mayat Ditemui Di Lereng Gunung
"Kalau Surat Sampai, Maaf Lah" - Jep Sepahtu 'Warning' Akaun Yang Menyamar Dirinya
Diperkosa Bapa Enam Kali Lepas Minta Restu Nikah
"Saya Mohon, Hormati Ustaz Fakhrul Dan Bazli" - Zizi Kirana
Masuk Usia Warga Emas, Zul Yahya Pertimbang Watak Sesuai Kalau Nak Buat 'Comeback'
Tak Nak Rakyat Gusar, Putera William Rahsia Positif Covid-19
Presiden & PM Mohon Maaf, Ibu Bapa Berlepas Ke Taiwan Untuk Urus Pengebumian Irene
Padan Muka! Nak Sangat Tengok Orang 'Main' Dalam Kereta
'Terliur' Tengok Pesakit TB Di ICU
"Kenapa Ramai Pertikai Hotel 'Cina' Yang Saya Reviu?" - Hana Azraa
Rentas negeri sambut Aidilfitri hukumnya haram: Mufti WP
Budak Tujuh Tahun Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Merogol
Masih Sekolah, Dah Gatal Nak Kahwin
Cekik Anak Hanya Kerana Suami Tak Jawab Panggilan Telefon
Mengesyaki Diri Dijangkiti Covid-19, Wartawan Lompat Ke Landasan Kereta Api
Video Tular: Langgar Kereta Dari Belakang, Pukul Dan Samun

Komen Terbaru

Quote suzycutegal 2-11-2020 02:25 PM
Semoga kita terhindar dari segala jenis malapetaka

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 1-11-2020 06:21 PM
Molave tu nama tempat kat Pilipin
Quote Tinot7 1-11-2020 08:14 PM
Semoga semua slamat
Quote LadyCarefree 1-11-2020 08:33 PM
Kan haritu dah kena tempias.
Quote husna_amal 2-11-2020 12:37 PM
Filipina ni selalu juga kena bencana alam ribut angin taufan ni.
Quote suzycutegal 2-11-2020 02:25 PM
Semoga kita terhindar dari segala jenis malapetaka

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top