Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Hantar Makanan Dulu Walaupun Telefon Dicuri, Kisah Rider Ini Wajar Dipuji

31-10-2020 11:45 AM Komen: 20


Amanah itu berat, tapi pahalanya amat besar. Maksud amanah sendiri mempunyai pengertian amat luas dan mendalam. 

Ia bukan sekadar bersikap jujur dan benar dalam apa jua urusan kehidupan, malah mencakupi setiap tanggungjawab atau tugas yang wajib dilaksanakan.

Berkongsi kisah berlaku kepada sahabatnya, Heidy Imt mendedahkan sikap tanggaungjawab rider GrabFood yang tetap berusaha menghantar makanan ditempah rakannya walaupon telefon bimbitnya telah dicuri.


Loading FB Post...


Kredit foto: Facebook Heidy Imt

Menurut Heidy, sahabatnya membuat tempahan menerusi aplikasi GrabFood. Setelah mendapat notifikasi makanannya akan tiba, sahabatnya terus turun untuk mengambil tempahan tersebut.

Tetapi, dia kemudian mendapati rider itu bergerak kembali ke restoran tersebut. Beliau beranggapan mungkin rider berkenaan terambil makanan dipesan yang salah, tetapi mengambil keputusan tetap menunggu kedatangannya.

Bagaimanapun, paparan GPS menunjukkan bahawa rider tersebut telah bergerak lebih dari restoran terbabit.


Kredit foto: Facebook Heidy Imt

Namun, dia terkejut apabila rider tersebut tiba-tiba muncul di pintu rumahnya walaupun paparan GPS menunjukkan rider tersebut berada di tempat lain.  Kekeliruannya terjawab apabila rider tersebut menceritakan bahawa telefon bimbit beliau telah dicuri.

Orang lain mungkin akan terus membuat laporan polis, namun bagi rider ini beliau tetap melaksanakan tugasnya terlebih dahulu kerana mengutamakan pelanggannya.

Heidy turut berkongsi nama rider yang amanah itu pada akhir hantarannya, malah turut mendoakan segala urusan rider tersebut dipermudahkan Allah SWT. Menurutnya lagi, dalam keadaan sukar sekarang masih ada lagi orang yang tidak pentingkan diri sendiri. Beliau turut berharap pihak pengurusan Grab memberi ganjaran sewajarnya pada rider ini.

Menerusi ruang komen, seorang lelaki yang dikenali sebagai Gorden Yee, telah memberi telefon baru kepada rider tersebut.


Kredit foto: Facebook Heidy Imt

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berharap pihak Grab dapat memberi ganjaran serta telefon baru kepada rider yang bertanggungjawab ini dan turut berharap pencuri terbabit ditangkap.






Kredit foto: Facebook Heidy Imt

Ketahuilah, bahawa menjaga dan melaksanakan amanah adalah tanda kesempurnaan iman. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

"Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji". (HR Imam Ahmad daripada Anas bin Malik RA). - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 20
Komen

Anda Mungkin Meminati

Sebelum Pakai Tudung Hati Zara Zya Tak Tenang, Ada Sahaja Masalah
'Hologram Bapa Dari Syurga' Hadiah Kanye West Untuk Kim Kardashian
Minta Dunia Bertenang, Najib Gesa Media Sosial Tun M Dipadam
"Jangan Takut Kahwin Muda, Nanti Boleh Buat TikTok Dengan Anak,"-Sharifah Zarina
Ebit Lew Hantar Sumbangan Ke Sabah Guna Kapal Terbang Kargo
Peminat Mahu Bunga Citra Lestari Dan Aeril Noah Bercinta
Abby Abadi Kesal Usaha Beri Bantuan Dibandingkan Dengan Ebit Liew
Syed Saddiq Bidas Projek Quranic Village Annuar Musa, 'Lagi Elok Tambah Baik Hospital'
Menyedihkan, Pelajar Kita Mati Dicekik Di Taiwan, Mayat Ditemui Di Lereng Gunung
"Kalau Surat Sampai, Maaf Lah" - Jep Sepahtu 'Warning' Akaun Yang Menyamar Dirinya
Walaupun Taufan Molave Tu Kat Vietnam, Kita Pun Kena Ambil Tahu Juga
Diperkosa Bapa Enam Kali Lepas Minta Restu Nikah
"Saya Mohon, Hormati Ustaz Fakhrul Dan Bazli" - Zizi Kirana
Masuk Usia Warga Emas, Zul Yahya Pertimbang Watak Sesuai Kalau Nak Buat 'Comeback'
Tak Nak Rakyat Gusar, Putera William Rahsia Positif Covid-19
Presiden & PM Mohon Maaf, Ibu Bapa Berlepas Ke Taiwan Untuk Urus Pengebumian Irene
Anda Sanggup Ke Bersesak Beratur Panjang Semata-mata Beli Keperluan Raya?
Masak Lauk Frozen Untuk Buka Puasa, Eh! Orang Lain Pula Yang Panas Hati
Patah Dua Kaki, Lelaki Bersyukur Kawan Sejati Sanggup Dukung Bawa Jalan-jalan
Marah Yong Tau Fu Diidam Lewat Tiba, Rasa Bersalah Mencengkam Hati Bila Tahu Hal Sebenar
Amboi, Laju Claim Emas Belakang Rumah Orang, Kalau Ganja Tak Nak Claim Ke?
Sambal Nyet Khairul Aming Cecah Lebih RM1 Juta Jualan Dalam Tempoh 3 Bulan!

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-11-2020 03:43 PM
Sekarang makin banyak kes macam ni pantang lepa je ada yang lesap

Lain-lain Komen

Quote sarah82 31-10-2020 12:00 PM
Depa suka letak phone kat motor.. Aku pulak yg selalu bising suruh simpan dulu phone tu dan baru bagi makanan aku..
Quote siputpepel 31-10-2020 12:05 PM
amanah dan bertanggungjawab. moga berganda rezeki rider nihh
Quote Supersirap 31-10-2020 12:37 PM
Berbuat baik pasti ada balasan yang baik
Quote HYSB 31-10-2020 01:01 PM
Oh jd dia th lah alamat nak hantar makanan tu seblum phone dia di curi.. lah kesiannye nampak professional agaknye dah biase hantar makanan kat kawasan tu
Quote sarah82 31-10-2020 01:17 PM
HYSB replied at 31-10-2020 01:01 PM
Oh jd dia th lah alamat nak hantar makanan tu seblum phone dia di curi.. lah kesiannye nampak profes ...

Mungkin regular customer.. Kalau regular mcm iols mmg rider dah kenal dan ingat rumah
Quote HYSB 31-10-2020 01:18 PM
sarah82 replied at 31-10-2020 01:17 PM
Mungkin regular customer.. Kalau regular mcm iols mmg rider dah kenal dan ingat rumah

Haah haah i pun rase, bagus dia tak ade alasan,lagi lagi agaknye cust tu bayar thru online lagi dia rase tanggungjwb kene hantar juga makanan tu
Quote sarah82 31-10-2020 01:21 PM
HYSB replied at 31-10-2020 01:18 PM
Haah haah i pun rase, bagus dia tak ade alasan,lagi lagi agaknye cust tu bayar thru online lagi di ...

Utk GRAB mmg x boleh byr cash utk makanan.. Iols ada cuba tukar setting ke cash tapi grab disable
Quote krustykrab 31-10-2020 01:46 PM
HYSB replied at 31-10-2020 01:01 PM
Oh jd dia th lah alamat nak hantar makanan tu seblum phone dia di curi.. lah kesiannye nampak profes ...

Kat artikel tu ada tulis dia pinjam phone guard then dia call grab minta address customer.
Quote Tinot7 31-10-2020 02:18 PM
Keciannya. Yg curi tepon tu mmg hanat.

Baidewei, apa minah tu order? Nampak sgt healthy
Quote HYSB 31-10-2020 04:32 PM
sarah82 replied at 31-10-2020 01:21 PM
Utk GRAB mmg x boleh byr cash utk makanan.. Iols ada cuba tukar setting ke cash tapi grab disable

Itu lah susah kalau nak top up kat grab sekarang ade minimin top up.. sebab bukan selalu pakai paling senang link dengan card je, itu i selalu prefer food panda
Quote sarah82 31-10-2020 04:33 PM
HYSB replied at 31-10-2020 04:32 PM
Itu lah susah kalau nak top up kat grab sekarang ade minimin top up.. sebab bukan selalu pakai pal ...

memandangkan grab x byk choice kat sini mmg jarang2 order kecuali dah teringin sgt2 SC...
Quote HYSB 31-10-2020 04:35 PM
krustykrab replied at 31-10-2020 01:46 PM
Kat artikel tu ada tulis dia pinjam phone guard then dia call grab minta address customer.

Artikal dalam fb itu ya..itulah i tekan see more dia hide balik full artikel tu i tak dapat bace penuh..kalau macam itu lagi sedih dengarnye effort dia tu
Quote vee_zara 31-10-2020 05:31 PM
Alamak sorry la i lg tertarik tengok makanan yg dia order. Apakah itu..
Quote missyL 31-10-2020 09:15 PM
Healthy nye makanan yg diorder tu..
Semoga grab rider ni bertambah2 rezeki...
Quote missyL 31-10-2020 09:16 PM
vee_zara replied at 31-10-2020 05:31 PM
Alamak sorry la i lg tertarik tengok makanan yg dia order. Apakah itu..

Mcm some kind of vegan salad n tofu soup kn..

Healthy food nie
Quote eyansss 31-10-2020 09:21 PM
alhamdulillah ada yang bermurah hati bagi phone...  tapi tetap tak sama cam phone lama...  dah la macam2 ada kat phone lama tu...
Quote obria 2-11-2020 12:01 PM
semoga ditambahkan rezeki abg Grab tu...
Hilang phone mcm hilang segala2nya ooo....
semua benda ada dlm tu..
Quote husna_amal 2-11-2020 12:25 PM
Semoga dimurahi rezeki.
Quote haryatie 4-11-2020 01:27 PM
kesiannya
geram betul dgn org jahat2 ni
nk duit keje la
semoga adik ni dimurahkan rezeki
InnsyaAllah ada rezeki lain yg lebih baik

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top