Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Bermula 2021, Indonesia Mahu Fokus Cari Makhluk Asing Dan Planet Mirip Bumi

28-10-2020 04:13 PM| Komen: 59




Kewujudan makhluk asing atau alien yang dikesan terlihat di ruang angkasa bumi sentiasa menjadi perdebatan ramai tentang kesahihan berita itu.

Kajian-kajian oleh para saintis  dan juga berdasarkan kepada laporan pemerhatian awam, mendapati fenomena kemunculan alien di bumi kita ini amat luarbiasa sekali banyaknya beberapa tahun kebelakangan ini. Makhluk asing atau Alien  dan juga UFO (Unidentified Flying Object)  menjadi satu berita dan perdebatan yang hangat di seluruh dunia.

Situasi  ini berlaku disebabkan oleh sifat ingin tahu manusia yang melihat sesuatu benda  dan tidak boleh mengenalpasti apakah yang di lihat menyebabkan mereka cuba untuk cuba mencari bukti-bukti lain.

Memetik TheVocket, Institut Aeronautik dan Angkasa Negara Indonesia (LAPAN) yang bertanggungjawab meneliti aeroangkasa muncul dengan berita penting, bermula tahun 2021, LAPAN mahu fokus mengesan kemungkinan wujudnya makhluk asing dan tempat tinggal selain Bumi.

Salah seorang wakil penyelidik dari LAPAN, Rhorom Priyatikanto mengakui bahawa kajian ini sudah memasuki tahap perancangan strategik penyelidikan. Seperti kisah Interstellar, penyelidik akan mengkaji planet di luar sistem suria atau lebih dikenali sebagai eksoplanet. Kajian tersebut bertujuan untuk mencari planet mana yang berpotensi untuk diduduki.

Langkah pertama dalam mencari kehidupan lain di luar bumi adalah mencari planet dengan keadaan yang dianggap dapat diduduki. Dalam rancangan penyelidikan strategik kami, tahun depan LAPAN akan memulakan kajian mengenai fenomena sementara, iaitu fenomena yang berlaku secara tidak sengaja. Salah satu tujuannya adalah pengesanan dan pencirian eksoplanet, kata Rhorom kepada CNN Indonesia.

Kajian ini bakal menjadi kajian pertama yang dilakukan oleh penyelidik Indonesia. Namun, untuk menemui planet yang dapat dihuni, mereka harus menunggu sehingga Balai Cerap Nasional Timau yang dibina di Provinsi Nusa Tenggara Timur siap.

Pengumuman dari LAPAN ini adalah tindak balas terhadap kajian eksoplanet di beberapa negara luar. Pada awal bulan lalu, para saintis mendakwa telah menjumpai eksoplanet yang didakwa lebih baik daripada Bumi.

Kajian Luar

Dalam kajian berjudul In Search for a Planet Better than Earth, ahli geologi Washington State University (WSU) Dirk Schulze-Makuch telah berjaya mengenal pasti 24 eksoplanet yang dapat dihuni daripada 4,500 eksoplanet pada radar. Antara kriteria yang dilihat adalah planet tersebut berumur antara 5-8 bilion tahun dan mempunyai air.

Tetapi, apa yang menjadi masalah adalah calon planet tersebut berjarak 100 tahun cahaya dari Bumi. Maksudnya, jika kita menggunakan kapal angkasa dengan kelajuan 8 kilometer sesaat, kita hanya akan tiba di planet tersebut setelah 3.72 juta tahun akan datang C sebelum sampai ke planet tersebut, manusia sudah mati.

Bagi kewujudan makhluk asing pula, ahli astronomi Universiti Cornell Lisa Kaltenegger mengatakan bahawa ada kemungkinan hidupan lain di 1,004 bintang yang berada di zon berpotensi untuk diduduki.

Kesimpulan yang dibuat oleh Lisa adalah jika penduduk Bumi berusaha mencari kehidupan lain di luar planet kita, perkara yang sama turut dilakukan oleh makhluk asing yang ingin tahu tentang adanya hidupan lain di luar planet mereka, termasuk Bumi. - CARI


 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
0
0
0
Komen: 59
Komen

Previous : Mangsa Body Shaming Seluruh Dunia Jadi Pakar Motivasi

Next       : Usia Baru Masuk 30-an Tapi Badan Rasa Lemau? Ini Ada Senaman Sesuai Untuk Anda Kuatkan Otot

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Bunuh Ibu Bapa, Nenek Dan Adik Sebab Takut Kantoi 'Ditendang Universiti'
Ibu Pakar Psikoterapi Bunuh Anak Kembar Sebelum Bunuh Diri
Budak 7 Tahun Rogol Budak 5 Tahun
Penuh Satu Bilik, Adik Hairan Kakak Suka Kencing Dalam Botol
IG @kedaipernahsayang Bukan Jual Barang Ex Je, Boleh Rate Tahap Kebencian!
'Pak Guard' Ditikam 27 Kali Lepas Suruh 2 Wanita Pakai Mask
"Kau Ingat Orang Tayang Tu Betul Bahagia, Betul Kaya?"-Janna Nick
"Senang Je Nak Buat Perempuan Seronok, Lelaki Kena..."-Reen Rahim
Jual Bayi, Hasil Duit Guna Beli Gula-Gula Dan Baju
Tak Sempat Beli 'Jajan' Budak 6 Tahun Dirogol, Ditikam Di Leher
Wanita Trauma Dinodai Menantu
Usia Baru Masuk 30-an Tapi Badan Rasa Lemau? Ini Ada Senaman Sesuai Untuk Anda Kuatkan Otot
Anak Sudah Masuk 1 Tahun Tapi Masih Belum Jalan? Ambil Tahu 3 Peringkat Perkembangan Bayi Ini DULU!
PENTING! Ibu Baru Bersalin Kena Pilih Seluar Dalam Yang Betul, Kalau Tak Nanti Luka Lambat Baik
GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Jenis 1
Swafoto, Pegang Tangan -Pemuda Kesepian Tawar Pakej Istimewa Untuk Wanita Di Malam Tahun Baharu
30 Tanda Anda Mempunyai Kawan Baik
Kenapa Perlu Pisau Kalau Boleh Guna Gigi Je?
Letusan Gunung Berapi Yang Bakal Menghancurkan Dunia. Tapi Dimana?
Ini 5 Perkara Yang Mesti Pesakit Diabetes Lakukan Setiap Masa, Setiap Hari! Jangan Lalai
Di Sebalik Misteri Segi Tiga Bermuda Kini Terungkai. Betul Ke Berpuaka? Ini Jawapannya

Komen Terbaru

Quote palmolive 10-11-2020 02:23 PM
songhara1226 replied at 28-10-2020 05:54 PM
Boleh ke indon nak teropong makhluk asing tu, takut tebal sangat jerebu, apa pon x nampak

kalo mahal sgt baik tolong rakyat sndiri..dari buat kerja merepek

Lain-lain Komen

Quote Yunbin 28-10-2020 04:14 PM
Covid-19 pon tak settle lagi, dah sibuk nak cari alien pulak...adehhhh
Quote kemaruk 28-10-2020 04:15 PM
cari dulu rakyat kamu yang jadi pendatang asing kat malaysia ni
Quote rastaf 28-10-2020 04:16 PM
tersembur mocha latte aku yg berharga RM15.90 bila baca news ni...
Quote kemaruk 28-10-2020 04:18 PM
tapi bangkem respek jugak la kalau benar berita nih

ini membuktikan kerajaan indonesia tidak buta sains dan tidak jumud

cuma priority je yang salah

mungkin nak wujudkan sifat kebangga dalam jati diri rakyatnya buat masa ni yang tengah down gila sekarang

takpelah, asalkan tidak jadikan malaysia sebagai punching bag lagi macam dulu2
Quote saviour_09 28-10-2020 04:19 PM
cari vaksin dulu dong

kasian sama rakyat kamu
Quote Skuau 28-10-2020 04:24 PM
punyalah ramai 'unidentified' HENDON.....kat Msia ni...pi cari dan amik dulu....
Quote palmolive 28-10-2020 04:26 PM
harap2 takder la lepas ni kiriman asap2 jerebu lepas dh jumpa alien
Quote Yunbin 28-10-2020 04:40 PM
kemaruk: cari dulu rakyat kamu yang jadi pendatang asing kat malaysia ni



Hahahaha...tu lah yg saintis sibuk dgn makhluk asing, yang rakyat sibuk nak jadi pendatang asing
Quote sarah82 28-10-2020 04:42 PM
Aku baca sekerat lepas tu x boleh habis dah.. Nak termuntah tahan gelak.. Lawak betul indonesia ni..
Quote Skuau 28-10-2020 04:50 PM
pasni kuar pulok movie...Alien vs PATI(Indon)
Quote husna_amal 28-10-2020 04:52 PM
Serahkan us dengan rusia je lah teroka planet2 ni. Salurkan duit untuk kebajikan rakyat lagi baik.
Quote wnwa05 28-10-2020 04:52 PM
Skuau replied at 28-10-2020 04:50 PM
pasni kuar pulok movie...Alien vs PATI(Indon)



Alien vs buloh runcing



Quote AshKetchum 28-10-2020 04:57 PM
gituuhh. so boleh la claim budaya tradisi bangsa alien pulak lepas nihh
Quote shernazz 28-10-2020 05:00 PM
Selepas LAPAN boleh la kuarkan SEMBILAN.plak

SEMBANG BABI SAMPAI BULAN
Quote lavendernovella 28-10-2020 05:10 PM
Bagus gak   ... isi masa lapang.
Quote Yunbin 28-10-2020 05:16 PM
Skuau replied at 28-10-2020 04:50 PM
pasni kuar pulok movie...Alien vs PATI(Indon)

Hahahahaha
Quote syakuntala 28-10-2020 05:24 PM
elok la,bila jupa planet mcm bumi, kutip semua org kamu seluruh bumi ni bw g dok sn....
Quote renko 28-10-2020 05:27 PM
yang tidak tidak jelah indon ni
Quote Miawlover 28-10-2020 05:28 PM
Lg wajar bpk ibu terhormat mencari rakyat2 kalian yg sudah lama banget dinegara org secara tidak sah.
Buka lowongan pekerjaan utk rakyat.

Tingkatkan pendidikan ank2, ajarin mereka yg ibu pertiwi mereka itu wujud setelah planet bumi dicipta, telah melalui proses2 yg memungkinkan persamaan yg dikongsi bersama dgn negara lain.

Lihat semua komen(59)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top