Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Kuat Cari Duit Bukan Untuk Mewah Di Dunia Je, Aeril & Wawa Nak Buka Pusat Tahfiz Pula

28-10-2020 01:55 PM| Komen: 53

Selepas masjid, pasangan romantis Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini mahu membuka pusat tahfiz pula.

Kata Wawa, 29, ia adalah salah satu daripada impiannya dengan suami untuk membantu orang lain.


Kredit foto: IG Aeril

"Kerja kuat dan cari duit bukan sebab nak mewah di dunia semata-mata, tapi sebab nak bantu orang lain. Nak sedekah dan tolong orang. Kita bukan bantu orang itu saja, tapi dalam masa sama bantu diri kita sendiri untuk kehidupan yang abadi di sana.

"Semoga sebab perniagaan kecil-kecilan kita mampu membawa kita ke syurga. Alhamdulillah, impian nak bina masjid Allah permudahkan. Insya-Allah, selepas ini nak tubuhkan pusat tahfiz. Lokasi belum ada lagi," katanya dipetik dari Harian Metro.

Tambahnya, proses pembinaan masjid di kampung halaman Aeril iaitu di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor bakal dimulakan Disember depan.



"Pelan pembangunan, rekaan, kawasan dan sebagainya sudah ada. Insya Allah, proses pembinaan bakal dimulakan dalam bulan Disember ini. 

"Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kejayaan kami. Apa yang dicapai ini bukan untuk kami saja, tapi Insya-Allah bermanfaat untuk semua yang sudah menyokong perniagaan kami selama ini," katanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 53
Komen

Previous : "Tepat 44 Hari, Akhirnya Sandra Muncul Dalam Mimpi Mama"

Next       : "Takut Pihak Produksi Marah,"-Last Minute, Riena Diana Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon

Komen Terbaru

Quote poruman 4-11-2020 12:49 AM
mgkn teknik marketing kot...tapi kalau betul bgus sgt2 tu

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 28-10-2020 02:14 PM
Trick marketing 2020..

Belilah produk saya.. saya nk bina masjid..
Jadilah agent dan dropship dgn saya.. saya nk bina pusat tahfiz..

Sesambil show off lavish lifestyle.. naik lereta mewah.. percutian keluar negara setiap bulan..
Quote riyadhK 28-10-2020 02:15 PM
Lantak pi kat hampa nak buka kerajaan langit sekali pun. Sembang pongpang2. Buat dulu lepas tu baru canang. Masjid dah ada tapak ke belum dik?
Quote danieladam 28-10-2020 02:20 PM
Mohon sprm siasat sama pasangan ni..
Quote azimodin 28-10-2020 02:25 PM
Taktik nak tarik customer la tu. Nanti acik2 fikir "baik aku sokong xxx sebab sambil beli sambil beramal. Bmf!"

Bab pusat tahfiz tu elok la salur funding pada pusat2 tahfiz yang sedia ada. Banyak yang teruk sangat keaadaannya. Tambah pulak ko laki bini bukan ada pengalaman urus pusat tahfiz pon.
Quote dudaberhias 28-10-2020 02:34 PM
makin kepam dan suka mencapub plak heols laki bini ni... sorry produk mereka packaging hauk to the max..
Quote Tudungpink 28-10-2020 02:36 PM
Sekolah tahfiz ni ramai retis dah buat dah cuma x gebang sana sini.. Tp benda baik kita sokong jer la.. Semoga dipermudahkan...
Quote lolipopbiru 28-10-2020 02:42 PM
dudaberhias replied at 28-10-2020 02:34 PM
makin kepam dan suka mencapub plak heols laki bini ni... sorry produk mereka packaging hauk to  ...

packing sgt sgt la nampak murahan. sama dgn packaging kekasih COSMETIC syatilla tu.

[ig]https://www.instagram.com/p/CG4KCdLFGxm/[/ig]
[ig]https://www.instagram.com/p/CG4GtAZBFLv/[/ig]

Quote Kurex 28-10-2020 02:45 PM
lolipopbiru replied at 28-10-2020 02:42 PM
packing sgt sgt la nampak murahan. sama dgn packaging kekasih COSMETIC syatilla tu.

Kawan aku yg hijabistot suka gila pakaging ni. Katanya lawa & ada kelas...
Quote dudaberhias 28-10-2020 02:46 PM
lolipopbiru replied at 28-10-2020 02:42 PM
packing sgt sgt la nampak murahan. sama dgn packaging kekasih COSMETIC syatilla tu.

tu la kaka.. iols beli plak tu choiii... iols memang sape2 ke kengkawan jual terpaksa beli takut nanti buat kenduri seko pun takmau datang
Quote lolipopbiru 28-10-2020 02:51 PM
dudaberhias replied at 28-10-2020 02:46 PM
tu la kaka.. iols beli plak tu choiii... iols memang sape2 ke kengkawan jual terpaksa beli  taku ...

packaging hauk, tapi isi dalam kualiti ke tak?

Quote dudaberhias 28-10-2020 03:05 PM
lolipopbiru replied at 28-10-2020 02:51 PM
packaging hauk, tapi isi dalam kualiti ke tak?

kalau di bandingkan dengan international brand.. memang jauh bertiang2.. tapi boleh la di maafin kaka walaupun kualiti lipstick dekat pharmacy lagi helok dan jauh lagi murah.

Quote _blackbird 28-10-2020 03:28 PM
dudaberhias replied at 28-10-2020 02:46 PM
tu la kaka.. iols beli plak tu choiii... iols memang sape2 ke kengkawan jual terpaksa beli  taku ...

igt duda berhias ni lelaki. rupanya gegurl ka???
Quote husna_amal 28-10-2020 03:29 PM
Buruk pula si aeril ni warna rambut.
Quote sawi_bayam 28-10-2020 03:34 PM
Still rasa fishy dengan theyols ni
Quote sawi_bayam 28-10-2020 03:37 PM
dudaberhias replied at 28-10-2020 03:05 PM
kalau di bandingkan dengan international brand.. memang jauh bertiang2.. tapi boleh la di maafin k ...

Sesangkak sangkak aku time tgh bulan, better beli silkygirl ke apa ke drp beli brand instagram cam si wawazz ni. Sikligirl, in2it so cheap youls
Quote unguaurora 28-10-2020 03:41 PM
Dalam masa yg sama, dok terkinja2 dlm tiktok. Sesuaikah????
Quote mamajawie 28-10-2020 03:47 PM
mohon sprm siasat dorang skali..aku alergik tol dgar soh beli produk sbab nk buat mesjid la..nak buat madrasah la..ehhhhhhhhhhhhhh
Quote edoraixora 28-10-2020 03:47 PM
jangan ketulahan sudahlahhhh
Quote shaiy 28-10-2020 03:55 PM
boring kapel

Lihat semua komen(53)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top