Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

IG @kedaipernahsayang Bukan Jual Barang Ex Je, Boleh Rate Tahap Kebencian!

28-10-2020 01:30 PM Komen: 91
Ramai yang mengambil pendekatan melupakan semua berkaitan bekas kekasih termasuk 'membuang' barang pemberiannya.

Terbaru, akaun Instagram @kedaipernahsayang mencuri tumpuan ramai apabila dijadikan platform kepada orang ramai untuk menjual semula barangan yang memiliki memori bersama ketika bercinta.

Pemilik yang enggan mendedahkan identitinya itu berkata kepada Gempak bahawa idea itu tercetus selepas menonton filem Indonesia, Toko Barang Mantan.



"Saya memang menjual barangan preloved di akaun peribadi, kebanyakannya barangan rumah, beg, kasut dan cenderamata.

"Memang ada rancang nak buat IG shop untuk semua barang ini tapi susah nak fight dengan IG shop sedia ada.

"Jadi, idea terlintas apabila saya menonton filem Toko Barang Mantan. Kamu tidak menjual barang itu, sebaliknya cerita di sebaliknya. Yang mana saya rasa orang lagi berminat nak tahu," katanya kepada Gempak.

Dia yang pada mulanya menyangka akan menerima makian terkejut apabila ideanya itu mendapat sambutan walau baru dua minggu membuka akaun itu.

"Ada yang kongsi cerita kelakar, sedih dan tak masuk akal.

"Saya akan maklumkan kepada pemilik untuk menjual dengan harga serendah mungkin supaya menyenangkan barangan itu dibeli.

"Saya akan ambil komisyen untuk harga barang yang nak jual. Kalau saya minat saya sendiri akan beli dan tetapkan harga. Kalau sudah ada pembeli, mereka akan berhubung terus dengan pemilik asal.

"Perniagaan ini berlandaskan kepercayaan. Anda guna servis saya, saya percaya yang anda akan membayar bahagian saya. Sebab niat asal pun nak tolong orang," jelasnya yang mejadi orang tengah untuk mengiklankan barangan dari pelanggannya.

Syarat utamanya mudah saja iaitu barangan berkenaan mestilah daripada bekas kekasih.





Lebih menarik, pemilik barang boleh memberi nilai tahap kebencian terhadap bekas kekasih serta meninggalkan pesanan kepada mereka. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 91
Komen

Anda Mungkin Meminati

Lagi Mangsa 'Bogel' Lelaki Hidung Belang Menangis Diaibkan
Sokong Karikatur Nabi, Presiden Perancis Cuba Hidupkan Semula Perang Salib?
Bunuh Ibu Bapa, Nenek Dan Adik Sebab Takut Kantoi 'Ditendang Universiti'
"This Is Your Future" - Redza Minhat Perli Mael Totey, Astro?
Ibu Pakar Psikoterapi Bunuh Anak Kembar Sebelum Bunuh Diri
Laungan Azan Suntik Semangat Petugas Barisan Hadapan Ke Sabah Undang Sebak
Mangsa Body Shaming Seluruh Dunia Jadi Pakar Motivasi
Hairul Azreen Terpaksa Lupakan Dua Tawaran Berlakon Di Luar Negara
Siti Elizad Dikritik Kongsi Rawatan IVF, Ada Yang Suruh Banyakkan Ibadah
"Tak Kisah Mulut Orang, Saya Kongsi Kebahagiaan Je" - Haqiem Rusli Beli Mercedes Benz
Budak 7 Tahun Rogol Budak 5 Tahun
Penuh Satu Bilik, Adik Hairan Kakak Suka Kencing Dalam Botol
Berbulan Karl Shafek Tak Boleh Bangun Dari Katil Angkara Santau
"Tepat 44 Hari, Akhirnya Sandra Muncul Dalam Mimpi Mama"
Kuat Cari Duit Bukan Untuk Mewah Di Dunia Je, Aeril & Wawa Nak Buka Pusat Tahfiz Pula
"Takut Pihak Produksi Marah,"-Last Minute, Riena Diana Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon
'Pak Guard' Ditikam 27 Kali Lepas Suruh 2 Wanita Pakai Mask
Bermula 2021, Indonesia Mahu Fokus Cari Makhluk Asing Dan Planet Mirip Bumi
Tuntut Duit Lepas 'Puas', Isteri Orang Dicampak Kekasih Gelap Dalam Kolam Buaya
Saman Teman Lelaki Sebab 8 Tahun Tunggu Ajak Kahwin
'Tolonglah Beli Ayam'
Jack Ma Dilaporkan Hilang
Ditetak Anak Saudara Lepas Terlanggar Bahu
Britain Haramkan Jualan Kereta Guna Bahan Api Petrol, Diesel Menjelang 2030
Minta Timbang Semula Kuasa Tentera Tahan Orang Awam - Lawyers For Liberty

Komen Terbaru

Quote gideoncross 8-11-2020 12:22 AM
midori888 replied at 31-10-2020 12:18 AM
ada kat 2 tempat, satu di Zagreb, satu lagi di LA

https://en.wikipedia.org/wiki/Museum_of_B ...

Iol dh check, not bad. Nmpknya tmpt2 ni cam menenangkn je.

Lain-lain Komen

Quote sarah82 28-10-2020 01:39 PM
laa..kenapa la tak wujud masa aku break dulu.....kalau wujud x payah la penat aku post jam fossil, guess handbang dan laptop HP kat gf baru dia....kalau tak boleh la aku jual...
Quote budakshinchan 28-10-2020 01:56 PM
So nnt ada je seller fake berhalusinasi jual barang dari ex.. padahal xde sapa hingin kat dia.. sendiri punya barang claim barang from ex
Quote AshKetchum 28-10-2020 01:59 PM
tak paham yang lesbian tu? heshe si seller tu tino la kan? ex heshe masih tino tapi rupo jah jantan gituh persis ayda mat aris masa rambut pendek? cemana boleh tak sedor? cemana pulak boleh kantoi ex heshe tu rupanya tino?
Quote cap_ayam 28-10-2020 02:04 PM
wah inspirasi dari movie ni.. suka jalan cerita movie tu tapi rasa pelik tengok reza rahadian rambut panjang rebonding.

selamat berjaya la dengan perniagaan ni kepada pemilik  ig tu.
Quote lattehazelnut 28-10-2020 02:07 PM
Baru nak ckp pasal movie tu.. tp iols agak skeptikal la mesti citer hasanah..
Quote Atata 28-10-2020 02:11 PM
Hahahahahahaha kelakarnya yg lesbian tu hahahahahhaha... Bodow gila boleh tertipu. I syak lesbo tu mmg sebijik lelaki
Quote missyL 28-10-2020 02:34 PM
sarah82 replied at 28-10-2020 01:39 PM
laa..kenapa la tak wujud masa aku break dulu.....kalau wujud x payah la penat aku post jam fossil, g ...

Ehh
Nape u bg gf baru die?
Quote sarah82 28-10-2020 02:37 PM
missyL replied at 28-10-2020 02:34 PM
Ehh
Nape u bg gf baru die?

dah barang dari duit dia...so iols rasa gf baru dia layak la utk barang2 tu...bekas iols gitu...hahahaha
Quote cyber_mania 28-10-2020 02:38 PM
Hahaha. Mcm2 idea nak bagi jadi lain daripada yang lain. Kira ok la dpt jugak duit dpd barang peninggalan ex tu. Kalau tidak, dapat sakit hati je
Quote missyL 28-10-2020 02:40 PM
sarah82 replied at 28-10-2020 02:37 PM
dah barang dari duit dia...so iols rasa gf baru dia layak la utk barang2 tu...bekas iols gitu...ha ...

Bagos nye u nie
Klo i mmg x lah nk bg.
Wat bodoh je la.
Paling kuat pn sedekah hahaha

Or jual lah.
Hehe.
So gf nye terime je la dgn hati terbuka ke..
Bekas u hahaha
Quote mbhcsf 28-10-2020 02:42 PM
so  so so hilarious... sedekah je lah kat gelandangan yg dok kat tepi tepi mcd ke or petronas...
Quote sarah82 28-10-2020 02:42 PM
missyL replied at 28-10-2020 02:40 PM
Bagos nye u nie
Klo i mmg x lah nk bg.
Wat bodoh je la.

iols x tau la..iols post ke opis gf baru dia..mcm mana iols tau gf baru adalah kwn iols masa kat tempat kerja lama..dasyat kan..spesis tikam dari belakang ni...so lepas post iols tukar no phone...
Quote nellyberry 28-10-2020 02:49 PM
iols tak kisah sgt kalau seller buat cerita hasanah, yg penting kena kreatif.
kalau iols nak beli bukan sbb cerita sangat pun, tapi as long as barang yg dijual tu murah dan berbaloi, i beli jugak.
Quote bakawali_04 28-10-2020 02:52 PM
sarah82 replied at 28-10-2020 01:39 PM
laa..kenapa la tak wujud masa aku break dulu.....kalau wujud x payah la penat aku post jam fossil, g ...

samalah beb
tapi ai mmg pulang semua kat EX bf

sbb yg dia kasi tu barang kemas
tak berani lah nak ambik risiko
choppp tapi yg EX husband kasi
ai ok je pakai, lenjan aje la

anggap reta sepencarian

Quote Acikgomen 28-10-2020 02:53 PM
sarah82 replied at 28-10-2020 01:39 PM
laa..kenapa la tak wujud masa aku break dulu.....kalau wujud x payah la penat aku post jam fossil, g ...

Acik pi gadai kasut Idaman jantan babi laknatullah tu kat kawan baik heshe dgn rega limaploh hengget
Itulah nilai jantan babi yg nangis2 email lagu bedingfield kat acik dedolu
Dasar brengsekkkkk
Quote sarah82 28-10-2020 02:54 PM
Acikgomen replied at 28-10-2020 02:53 PM
Acik pi gadai kasut Idaman jantan babi laknatullah tu kat kawan baik heshe dgn rega limaploh hengg ...

garangnya acikkkk...hahaahah...kenangan betul kan acik..kalau ada ig ni masa kita putus cint mesti byk duit kita dapat
Quote sarah82 28-10-2020 02:55 PM
bakawali_04 replied at 28-10-2020 02:52 PM
samalah beb
tapi ai mmg pulang semua kat EX bf


ex bf dan ex hubby lain..ngeh2....mmg patut la chuols tetap pakai barang kemas yg diberikan oleh ex hubby harta sepencarian kot.

ex bf tak ada ikatan lagi
Quote bakawali_04 28-10-2020 03:00 PM
sarah82 replied at 28-10-2020 02:55 PM
ex bf dan ex hubby lain..ngeh2....mmg patut la chuols tetap pakai barang kemas yg diberikan oleh e ...

hidup ai meriah dolu2
ex bf pun bkn 1st love
crush boom bang kawan sejak sekolah
1st love orang lain
tapi jodoh takde
then jodoh dengan ex husband
tapi itulah lepas ada 2 anak
jodoh tak panjang
skrg bersama 2nd husband
alhamdulillah dah lebih 1 dekad bersama


Quote Belibis 28-10-2020 03:02 PM
budakshinchan: So nnt ada je seller fake berhalusinasi jual barang dari ex.. padahal xde sapa hingin kat dia.. sendiri punya barang claim barang from ex

Semestinya megi.buat karangan lawak campur kesian,walhal barangan ambik dari china.

Lihat semua komen(91)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top