Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Gila Apa, Jual Pemutih Gigi Tapi Demo Kat Pen Marker!?

23-10-2020 11:55 AM Komen: 70



Dia buat hal lagi.

Jika sebelum ini, laman Facebook nan satu ini pernah mengiklankan produk dengan cara tidak beretika seperti sindir badan (body shaming) terhadap individu berkulit gelap, menggunakan ular dalam video mereka dan pelbagai lagi, kini mereka sekali lagi menempah kontroversi apabila mempromosikan produk dengan fakta salah.

Terbaru, FB berkenaan mempromosikan pemutih gigi yang didakwa boleh membuang karang gigi. Itu masih tidak mengapa, tetapi apabila jurucakap ini menunjukkan demonstrasi menggunakan pemutih gigi bagi memadam dakwat pen marker, ianya menimbulkan rasa jelik dalam kalangan warganet.

Manakan tidak, menyamakan karang gigi dengan pen marker yang diconteng di pinggan terlalu melampau! Langsung tidak sama! Mengapa begitu sekali?




Dengan membandingkan tiga pemutih gigi (termasuk ubat gigi) dari pelbagai jenama, ianya mampu mengundang mereka yang berfikiran pendek untuk membeli, apabila melihat kesan begitu pantas.

Namun, bukankah ini juga dikategorikan sebagai penipuan?
.
Foto : Twitter

Foto : FB

Malah, saranan jurucakap yang meminta menggunakan pemutih giginya berbanding membersihkan gigi (scaling) di klinik juga dianggap tidak wajar. Ini kerana antara pemutih gigi dan 'scaling' sangat lah jauh berbeza. Mengapa perlu membandingkan dua benda yang berlainan?


Foto : Twitter

Lebih menarik, ianya menjadi bahan jenaka dalam kalangan warganet dengan menyatakan, ini sebenarnya iklan pemadam pen marker kekal, bukannya penghapus karang gigi!


Foto : Twitter

Foto : FB

Macam-macam cara digunakan untuk meraih populariti hingga sanggup menggadai maruah dan fakta. Persoalannya, memang ada yang beli apabila melihat iklan sebegini? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
4
Bosan
0
0
0
Komen: 70
Komen

Anda Mungkin Meminati

Izreen Azminda Pula Berpurdah
"Sidang Media Bukan Untuk Promosi Baju, Pameran Rak" - Hannah Sindir Ismail
Hamil 7 Bulan, Zahirah Macwilson Dipuji Cantik Dan Tetap Slim
"Nantikan Hukuman Tuhan Jika Terus Double Standard Dalam Menghukum" - Firdaus Wong
Dah Ubah Wajah Macam Barbie, Mengeluh Pula Susah Dapat Teman Wanita
"Jadi Wanita Belaan Pun Tak Nak, Inikan Buat Kerja Murahan" - Fara Mendoza
Apa Beza Sakit Tekak Biasa Atau Disebabkan COVID-19? Ini Cara Kenal Pasti Simptom Jangkitan!
Budak 13 Tahun Maut Dikejar Kera Ketika Angkat Kain Di Bumbung Rumah
Aduh! Sakit Ditusuk Suami? Atasi Faraj Kurang Basah Dengan 8 Jenis Makanan Ini!
Terfikir Taknak Vaksin Atau Nak Tangguh Vaksin Anak? Ini 3 Akibatnya Anda Perlu Tahu
Ini Senarai 5 Hackers Paling Bahaya Dan Mengemparkan Dunia
Sharifah Husna Kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda Dan Indonesia
Sedia Kerjasama Dengan SPRM & Polis, Chacha Takkan Buka Mulut Hingga Siasatan Selesai
Putera Arab Saudi Gerak Jari Selepas Koma 15 Tahun
Padan Muka! Sejam Tolak Motosikal 'Berjemaah' Ke Balai
Elak Stigma, KKM Tak Akan Dedah Identiti Lokasi
Suami Gay Bunuh Isteri Lepas Dibayangi 'Hantu' Mangsa
Suspek Rogol Budak Diparang Penduduk, Mayat Bogel Diserah Kepada Polis
"Bukan Benda Salah Nak Sorok" - Ismail Izzani Tak Nak Rahsia Kisah Cinta
Pengamal Perubatan Kongsi Kisah Batalkan Sihir Warga Asing Terhadap Seorang Gadis Tempatan
'Saya Tak Mampu Bang, Cuma Ada Duit RM20 Untuk Beli 7 Keping Pampers'
"Rap Lagi YB! Apa Guna MPSJ Dinaik Taraf Bandar Raya, Tapi Air Tak Ada?"
Untunglah Anak Murid - Tarian Black Pink Rentak Jawa Dapat Pujian Warga Maya
13 Tahun Berlalu, Kes Tragis Nurin Jazlin Tidak Pernah Ditutup
Syed Saddiq Bidas Projek Quranic Village Annuar Musa, 'Lagi Elok Tambah Baik Hospital'
Proton Di Thailand Boleh Tukar Bahasa Thai, Kenapa Negara Sendiri Kena Guna BI?

Komen Terbaru

Quote gigahertz 31-10-2020 05:49 PM
mamajawie replied at 23-10-2020 09:18 AM
lama x scalling gigi..ingat nk g kat klinik gomen je la cuma leceh skang ni kena set tarikh lak..

I isnin ni nak jumpa dr gigi buat scaling
Tetiba lepas set masa dgn dr tu. I found thread ni

Lain-lain Komen

Quote sarah82 23-10-2020 12:11 PM
Aku percaya dr gigi sajork
Quote Artemesiaa 23-10-2020 12:16 PM
Betul  tu lebih percaya khidmat doktor gigi bertauliah dari product timbang kilo macam ni.  Tah bahan apa digunakan untuk membuatnya sesilap lama2 reput gigi.  Nak dapat gigi putih jadi gigi rongak.
Quote merrissa 23-10-2020 12:18 PM
ahahahahaa aku suka komen tolong letak kat sekolah tu.
Quote husna_amal 23-10-2020 12:20 PM
Yang mudah terpengaruh cepat2 pm tepi.
Quote jofizo 23-10-2020 12:26 PM
aku suka tang OMAIGOT tu jer.....
Quote umbut 23-10-2020 12:29 PM
Tak bahaya ke produk2 pemutih gigi ni... kemain cat2 jek... pastu termakan
Quote nazzse 23-10-2020 12:30 PM
Untuk kesihatan badan, aku hanya percaya doktor & pengamal perubatan yg bertauliah sahaja
Quote URUHA 23-10-2020 12:33 PM
Tak takot ka gigi terhakis sbb guna produk pemutih gigi? Elok2 ada gigi kang x pasal2 gigi mereput
Quote miszclassique 23-10-2020 12:35 PM
Tengok muka pun dah confirm bimbo perempuan ni...suruh blajo pandai2 dulu ko malas pastu jual produk menipu orang lain...semoga keturunan dia nanti terjebak dengan benda2 timbang kilo segala pemutih gigi ni biar rosak habis kulit dengan gigi dia baru ko tau erti penyesalan jual produk macamni kat orang lain

Kalau produk macamni takboleh report ke?? Ada not KKM pengeluarnya Mazinesor Resources...bila google keluar lagi 1 jenama RKay MagiCharcoal so maksudnya memang produk penipu tukar nama brand je!!!
Quote renko 23-10-2020 12:36 PM
yang promote pun tah2 pakai gigi palsu dah
Quote najib888 23-10-2020 12:52 PM
baik beruih gigi dgn DD7 saja..
Quote SalenaGomez 23-10-2020 12:56 PM
URUHA replied at 23-10-2020 12:33 PM
Tak takot ka gigi terhakis sbb guna produk pemutih gigi? Elok2 ada gigi kang x pasal2 gigi mereput : ...

Gigi terhakis 1 hal...pastu gusi ko, dinding dlm mulut lagi, lidah sume mesti ada affect kan...pastu kalau ko tertelan ke or bahan active dlm product tu terserap dlm kulit ko....acanerrrr

Ish terbayang ada mercury je dlm tu...gila laa depa ni.nak cantik but short cut
Quote Rara77 23-10-2020 01:10 PM
report kkm pls
reputzzz lah gigi nitijen
Quote pumpkingirl 23-10-2020 01:14 PM
Byk iklan pemutih gigi sekarang ni..
Ada tu siap lagu selamat pagi sayang gigi kau kuning2 mungkin kau lupa berus gigi..haha..sedap lagu tu..
Anak aku yg no 2 bab2 berus gigi ni kena ingatkn byk kali..sekarang sejak ada lagu ni aku nyanyi je pagi2 terus dia berus gigi
Quote cmf_almondpecan 23-10-2020 01:20 PM
Kalau mcm tu baik pakai thinner je putihkan gigi sbb thinner lg berkesan hilangkan kesan marker pen atas permukaan ceramic atau kaca mcm tu.
Quote depresio 23-10-2020 01:30 PM
Tak de spm pin tak pe. Boleh berjaya jugak
Boleh jadi doktor gigi jugak
Quote AshKetchum 23-10-2020 01:36 PM
bingit nya kau pompuan
Quote Kitty_catz 23-10-2020 01:44 PM
This is vundeksss!

Nk putih gg , nk scalling pi jumpa dentis la haiyaaaa
Quote URUHA 23-10-2020 01:52 PM
SalenaGomez replied at 23-10-2020 12:56 PM
Gigi terhakis 1 hal...pastu gusi ko, dinding dlm mulut lagi, lidah sume mesti ada affect kan...pas ...

Kalau ada mercury mmg rosak la organ dalaman Dah la directly masuk drpd mulut. Mercury dlm skincare yg sapu kat kulit pun dah seram, apatah lagi yg masuk dlm mulut.

Gigih nau nak gigi putih melepak. Kt sekolah dulu x belajar agaknya gigi manusia ni mmg akan ada kuning2 skit Most of celebs yg gigi perfect tu pun sbb veneer & crowning. Bukannya ori pun

Lihat semua komen(70)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top