Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Kerap Alami Mimpi Basah Tapi Tidak Tahu Kenapa? Ini Punca & Maksud Kejadian Ini!

19-10-2020 01:15 PM| Komen: 2



Bangun sahaja daripada tidur, anda dapati seluar yang dipakai basah dan melekit dengan cecair air mani. Adakah anda mengalami mimpi basah?

Sekiranya anda sedang atau sudah melalui fasa akil baligh, maka anda mungkin mengalami fenomena ini!

Persoalannya, apa punca dan maksud ia berlaku kepada anda ketika sedang lena beradu pada waktu malam?

Jom sama-sama kita ikuti artikel untuk tahu tentang fenomena mimpi basah ini dengan lebih mendalam lagi.

Apa itu mimpi basah?

Sebelum itu, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan definisi sebenar berkenaan istilah ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, mimpi basah adalah satu mimpi berkenaan perlakuan seks yang mungkin akan menyebabkan kalian memancutkan air mani ketika tidur.

Juga dikenali sebagai nocturnal emission, anda mungkin sedar sudah mengalami mimpi berkenaan seks ketika sedang tidur, namun sukar untuk mengingatnya.

Persoalannya, adakah semua orang mengalami mimpi basah?


Adakah semua orang mengalami mimpi basah?

Jawapannya adalah ya kerana ia merupakan salah satu daripada petanda bahawa anda sedang atau sudah melalui fasa akil baligh.

Mungkin ramai yang akan mengaitkannya dengan kaum lelaki sahaja kerana mereka adalah golongan yang sering mengadu mengalaminya.

Namun ketahuilah bahawa kaum wanita juga tidak terkecuali daripadanya kerana mereka juga boleh mengalami mimpi basah ketika sedang tidur.

Baik lelaki atau wanita, kedua-duanya mungkin akan mengalami mimpi basah. Namun, adakah situasi ini normal?

Normalkah jika kerap mengalaminya?

Sebenarnya, mimpi basah adalah salah satu daripada fasa normal tumbesaran individu dan tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkannya.

Sekiranya kalian terlalu kerap mengalaminya, ia tidak bermakna bahawa anda mempunyai sebarang masalah berkenaan fizikal atau mental.

Ada individu yang akan mengalaminya beberapa kali dalam seminggu sementara ada juga yang mengalaminya beberapa kali seumur hidup.

Jadi ia adalah normal dan tiada apa yang anda perlu risaukan tentangnya.

Normalkah jika tidak mengalaminya?

Ya, ia juga adalah normal kerana bukan setiap individu akan mengalami mimpi basah ini!

Sekiranya ia tidak pernah atau jarang sekali berlaku kepada anda, itu tidak bermakna fizikal dan mental anda mempunyai sebarang masalah.



Apa punca & maksud mimpi ini?

Mungkin akan ada individu di sekeliling mengusik anda yang mengadu mengalaminya sebagai seorang yang miang kerana sehingga membawa ke mimpi akan perkara sebegitu.

Sebenarnya ia tidaklah bermaksud sedemikian rupa kerana mimpi basah adalah berkaitan dengan apa yang sedang atau sudah berlaku dalam tubuh badan anda.

Bagi seorang lelaki

Apabila seorang lelaki sedang atau sudah melalui fasa akil baligh, tubuh badan anda akan mula menghasilkan hormon testosteron.

Hormon ini kemudiannya akan membantu dalam proses penghasilan dan pengeluaran sperma bagi tujuan pembiakan pada masa akan datang.

Sekiranya anda belum berkahwin atau tidak aktif melakukan aktiviti seksual seperti melancap misalnya, maka sperma dalam air mani itu akan tersimpan.

Antara cara semula jadi untuk tubuh badan mengeluarkan ia adalah melalui mimpi basah!

Bagi seorang wanita

Bagi mereka yang bernama wanita pula, penjelasannya pula adalah lebih kurang sama sahaja bagi lelaki iaitu kerana kurang kerap melakukan aktiviti seksual.

Namun ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan hormon testosteron (hanya terdapat pada lelaki) sebaliknya hormon estrogen yang memainkan peranan.

Sekiranya anda sudah berkahwin atau sangat aktif melakukan aktiviti seksual seperti melancap misalnya, maka anda mungkin akan kurang mengalami mimpi basah.

Bagaimana untuk mengelak mimpi ini daripada berlaku?

Meskipun ada yang beranggapan bahawa ia adalah satu nikmat yang diberi secara percuma dan tidak mendatangkan sebarang kesan negatif, namun kadangkala ia juga wajar untuk dielakkan.

Sebagai contoh, kita sedang berpuasa dan sudah pasti tidak mahu jika air mani terkeluar ketika sedang tidur kerana itu akan membatalkannya.

Disebabkan itu, wujud pelbagai kaedah yang diilhamkan oleh individu untuk mengelakkan mimpi sebegini berlaku ketika sedang tidur.

Antara kaedah tersebut adalah:

  • Membezakan antara realiti dan imaginasi
  • Jangan berfikir tentang perihal seks sebelum masuk tidur
  • Muhasabah diri sebelum masuk tidur dengan meditasi

Mungkin bagi sesetengah orang ia akan berkesan namun menurut pelbagai kajian, ia adalah tidak efektif!

Walaupun sesetengah orang mempunyai idea tentang bagaimana untuk mengelakkan mimpi sebegini daripada berlaku, tapi tidak ada strategi yang terbukti untuk perkara tersebut.

Menukar cadar dan membersihkan diri selepas itu mungkin memalukan atau menjengkelkan, tetapi perlu diingati bahawa mimpi basah adalah satu perkara yang agak normal.

Jika anda berasa tidak selesa tentang mimpi basah, sila bincang dengan orang dewasa yang anda percayai C ibu bapa, kawan karib, kaunselor atau pakar kesihatan anda.

Bercakap mengenai mimpi yang dialami adalah cara terbaik untuk membolehkan anda berasa lebih selesa dengan fenomena ini!



Sumber : hellodoktor.com



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 2
Komen

Previous : Realiti Masalah Obesiti Di Malaysia

Next       : Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Selulit Sana, Selulit Sini? Usah Gusar, Ini Cara Hilangkan Secara Alami
Betul Ke Pemakaian Deodoran Boleh Menyebabkan Kanser Payudara? Ini Jawapan Pakar
Dah Macam Nak Meletup, Tapi Model Ini Masih Rasa Pipinya Terlalu Kecil
Penghidap Darah Pekat Kena Tahu Ini! Ada Risiko Penyakit Lain Jika Darah Anda Terlampau Pekat!
3 Teori Tentang Wabak COVID-19 Yang Tersebar, Betulkah Ia Tiada Pengakhiran?!
Kalau Mati di Angkasa, Adakah Mayat Akan Mereput Atau Jadi Mumia?
Realiti Masalah Obesiti Di Malaysia
Aduhai, Pelajar Sekolah Tertipu Makan Coklat Ganja
Zalimnya Suami, Ugut Cerai Kalau Isteri Buat Pembedahan Buang Kanser
Penggal Kepala Isteri, Letak Depan Pintu Rumah Kekasih Gelap
Budak 13 Tahun Maut Dibakar Majikan Kerana Melawan Dari Dirogol
"Segelintir Kecil Je" - Zed Zaidi Percaya Ada Selebriti Terbabit Sindiket Pelacuran Kelas Atasan
Doktor Sindir, Air Tak Ada Macam Mana Nak Jaga Kebersihan Diri Cegah Covid-19?
Wanita 'Overdose' Ubat Tekanan Pukul Kepala Anak Dengan Tukul Sampai Maut
Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!
Selalu Gatal Tapak Tangan, Apa Puncanya? Bukan Bermaksud Dapat Duit Ya!
Kisah Mengemparkan Negara! 26 Objek Aneh Di Langit Malaysia 28 Tahun Lalu
Jika Menghidap Kanser Testis, Ini Perkara Yang Akan Berlaku Kepada Alat Sulit Anda!
Apa Beza Sakit Tekak Biasa Atau Disebabkan COVID-19? Ini Cara Kenal Pasti Simptom Jangkitan!
Bosan Dah Lama Tak Melancong? Ini 4 Kawasan Menarik Bagi Kaki Jalan
Kerap Alami Mimpi Basah Tapi Tidak Tahu Kenapa? Ini Punca & Maksud Kejadian Ini!
Gambar-Gambar 12 Jam Sebelum Hukuman Mati Dijalankan Ke Atas Banduan Wanita
American Quran C Satu Usaha Membuka Mata Warga Amerika
Sedap Hingga Sukar Dilupakan, Hidangan Dipercayai Ikan Bandaraya Bersama Air Asam Jadi Menu Special
Selalu Alami Deja Vu? Jaga-Jaga, Ini Mungkin Tanda Demensia Atau Sawan!

Komen Terbaru

Quote Alam.ghoib 19-10-2020 06:01 PM
husna_amal replied at 19-10-2020 03:32 PM
Kalau anda mimpi tengah pergi tandas nak kencing. Yakin lah ianya disudahi dengan mimpi basah.


Terima kasih di atas tips yg berguna ini.

Lain-lain Komen

Quote husna_amal 19-10-2020 03:32 PM
Kalau anda mimpi tengah pergi tandas nak kencing. Yakin lah ianya disudahi dengan mimpi basah.
Quote Alam.ghoib 19-10-2020 06:01 PM
husna_amal replied at 19-10-2020 03:32 PM
Kalau anda mimpi tengah pergi tandas nak kencing. Yakin lah ianya disudahi dengan mimpi basah.


Terima kasih di atas tips yg berguna ini.

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top