Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Macam Rumah Sendiri, Kena Tahu Setiap Sudut" - Rizalman Enggan Dilabel Berlagak Pandai

18-10-2020 01:35 PM|Oleh: LilRose| Komen: 48

"Perkara pertama yang akan saya lakukan selepas ini adalah turun padang, berjumpa dengan semua lapisan daripada pihak pengurusan, pengajar, pelajar malah pekerja pembersihan."


Kredit foto: IG

Datuk Rizalman Ibrahim merancang untuk turun padang bagi mengenal pasti isu semasa dan masalah serta memahami selok-belok di Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah institusi berkenaan.

Rizalman juga menzahirkan rasa terharu apabila pelantikannya itu mendapat sokongan positif orang ramai sesuai dengan statusnya sebagai alumni UiTM selain berkecimpung sebagai pereka fesyen dan usahawan berjaya selama 30 tahun.

"Kalau rumah sendiri pun kita perlu ambil tahu semua perkara, sama juga keadaannya di UiTM. Saya perlu tahu setiap sudut mengenainya," katanya menerusi temubual Zoom bersama media pada Sabtu seperti dipetik dari mStar.


Kredit foto: IG

Rizalman juga menjelaskan langkah itu diambil kerana enggan dirinya dilabel 'berlagak pandai' selepas menyedari jawatan sebagai pembuat keputusan adalah amanah yang besar perlu dipikulnya.

"Sebab itu saya mahu tahu selok-belok mengenainya agar keputusan dibuat adalah tepat dan mengambil kira situasi yang sedang berlaku di UiTM," jelasnya.

Justeru, beliau akan memikul amanah itu untuk menaikkan lagi taraf UiTM dalam pelbagai aspek.



Semoga nama UiTM lebih harum dengan adanya perancangan dan formula tepat daripada Rizalman. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 48
Komen

Previous : "ODL Lagi, Bertabahlah Pelajarku" - Wah! Vanidah Imran Dah Jadi Pensyarah?

Next       : Yatt Hamzah Pun Teringin Berniqab, Sampai Menangis Beritahu Suami

Komen Terbaru

Quote vionna007 21-10-2020 04:19 PM
bagi aku ok je tok ri ni...aku suka dgr tazkirah dia pagi2...yg lain no komen...

Lain-lain Komen

Quote Kurex 18-10-2020 02:08 PM
Perangai master of everything ni sebijikkkkkk macam bekas member iols & iols akan jauhkan diri walaupun dia berjaya. Mulut lancang, berlagak pandai, suka aibkan orang, suka menghasut, kaki bodek, suka merendahkan, sanggup buat apa je utk orang yg dia tak suka dibenci & jatuh. Sebijik macam ni
Quote nadie90 18-10-2020 02:19 PM
Tahniah Dato' Rizalman....ceq jrg follow story psl DRI tp perlantikan dia sbagai ALP UiTM ni lbih dr layak sbb dia pun antr pelajar dr UiTM tu sndiri dan dia bermula dr bwh sbgai pereka baju utk artis2 smpai la ad co. sndiri untuk wedding planner, interior design.....


Nk tgk apa prncgn DRI akn buat utk komuniti UiTM tu nt....
Quote TomyamPuteh 18-10-2020 02:58 PM
Keep it up tok ri. X rugi jd padi ni. Mkn berisi mkn tunduk
Quote SalenaGomez 18-10-2020 03:05 PM
Byk cawangan uitm nk kena pegi tu tok
Quote toynme 18-10-2020 04:09 PM
yuran jgn naik kan pulak tau....semoga ada perubahan.....idok ler aku dengo student uitm ni exam pun boleh meniru...ishh cemuih laaaa
Quote vee_zara 18-10-2020 04:24 PM
Kurex: Perangai master of everything ni sebijikkkkkk macam bekas member iols & iols akan jauhkan diri walaupun dia berjaya. Mulut lancang, berlagak pandai, ...

Tq kurex kerana meluahkan hal sama yg terbuku di hati i. Dia ni mmg berlagak . Full stop.
Quote Cekla 18-10-2020 04:44 PM
mati la lepas ni..nanti semua benda tak kena di mata dia..cerewet nak mapssss
perfectionist!
Quote riyadhK 18-10-2020 04:51 PM
Dia Mula dahhhhh
Quote anony-mous 18-10-2020 04:54 PM
Kurex replied at 18-10-2020 02:08 PM
Perangai master of everything ni sebijikkkkkk macam bekas member iols & iols akan jauhkan diri walau ...

I pon xsuka heols. I rasa xde beza pon dia n tinvy. In fact i rasa heols lg fake. Konon2 backup b40 tp actually gunakan je sbb nk jualan dia laku. Tgk je lah nnti mcm nanti. Rasanya xde sapa berani kritik heols
Quote anony-mous 18-10-2020 04:55 PM
Wow siap tag ig bisnes. Klau tinbo buat, tag duckgroup masak kena goreng dgn netizen
Quote sleepandream 18-10-2020 06:09 PM
siap nak jumpa pekerja pembersihan.... ayat politik propah jahhh
Quote charkoii 18-10-2020 06:50 PM
kenapa acik nampak gamba black n white dia tu mcm hazama?
Quote KBW2 18-10-2020 07:05 PM
anony-mous replied at 18-10-2020 04:54 PM
I pon xsuka heols. I rasa xde beza pon dia n tinvy. In fact i rasa heols lg fake. Konon2 backup b4 ...

Dan menonggang agama
Quote KBW2 18-10-2020 07:07 PM
Kurex replied at 18-10-2020 02:08 PM
Perangai master of everything ni sebijikkkkkk macam bekas member iols & iols akan jauhkan diri walau ...

*standing ovation*
Quote captainQUE 18-10-2020 07:17 PM
anony-mous replied at 18-10-2020 04:54 PM
I pon xsuka heols. I rasa xde beza pon dia n tinvy. In fact i rasa heols lg fake. Konon2 backup b4 ...

Tapi at least Dia cakap melayu dan Tak buat challenge cakap melayu 24hours
Quote Kurex 18-10-2020 07:23 PM
anony-mous replied at 18-10-2020 04:54 PM
I pon xsuka heols. I rasa xde beza pon dia n tinvy. In fact i rasa heols lg fake. Konon2 backup b4 ...

Memang fake pun. Pelik jugak aku ummah b40 ramai suka dia sedangkan dorang tak tau dorang dipandang hina je oleh master of everything. Aku tak jeles pun rizalman ni, tapi aku anti gila orang yg fake..
Quote purpleblast 18-10-2020 07:27 PM
at least dapat dekat alumni.
Quote RatuDunia94 18-10-2020 07:43 PM
Buat kerja dulu baru talk datuk.. ahli politik pun berjanji bulan dan bintang sebelum pru.. tp lps dh menang bayang2 pon x nampak..

Lg satu kat Malaysia ni.. kalau puji melambung ek.. walhal org tu belum buat kerja apa lg pun.. simpan2 dulu puji pujian tu.
Quote anony-mous 18-10-2020 07:49 PM
captainQUE replied at 18-10-2020 07:17 PM
Tapi at least Dia cakap melayu dan Tak buat challenge cakap melayu 24hours

Tu la maksud i. Vivy tu fake dia mmg kita boleh nampak la fake mengada2. Hat mcm tokri ni mmg i hati2. Dpn baik, belakang xpasti (pendapat i only) mcm vivy tu sng nak lari awal2

Lihat semua komen(48)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top