Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Isteri Ahmad Idham Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Istimewa

16-10-2020 11:29 AM|Oleh: kp5x| Komen: 25

Kredit foto : Nona, IG amyabdaziz

"Dia amat bertuah kerana ramai yang menyayanginya."

CEO Finas, Dr Ahmad Idham, 46, dan isteri, Jameah 'Amy Aziz' berkahwin pada 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Firdaus, 20, Ahmad Aydeel, 16, Kintan Myra, 14, dan Ahmad Khalif, 10.

Dugaan besar buat pasangan ini apabila anak sulung mereka, Ahmad Firdaus diserang sawan seawal usia dua tahun dan doktor mengesahkan dia mengalami 'focal encephelitis' yang menyukarkan dirinya untuk berjalan dan bertutur.

Menerusi perkongsian isteri Ahmad Idham, Amy Aziz di dalam nona.my, mereka menerima banyak sokongan moral daripada keluarga dan teman-teman rapat.

"Alhamdulillah, hingga ke hari ini anak istimewa kamitidak pernah lagi dikecam atau dihina dengan keadaannya itu, dia sangat bertuah kerana ramai yang menyayanginya.

"Kami sentiasa memberikan yang terbaik buat dirinya seperti anak-anak lain. Sebagai ibu, saya sentiasa ada untuk Ahmad Firdaus. Sekurang-kurangnya, bila kami sudah tiada nanti, kami dah tinggalkanya dalam keadaan selamat dan pandai berdikari.

"Ahmad Firdaus seorang yang sangat aktif dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang dia mahu. Semua perkara dianggap penting baginya. Sehinggakan saya sering bercakap pada diri sendiri dan anak-anak yang lain, 'if only abang is normal, I am sure he would be the smartest among all'," katanya.

Amy turut berkata, anak-anak lain memang rapat dengan anak sulungnya itu kerana sejak kecil mereka dididik untuk saling menghormati, prihatin dan tidak memandang rendah kepada orang lain.

"Tidak semua bertuah dikurniakan anak istimewa seperti keluarga kami," tuturnya.

Sebagai ibu, dia melayan anak-anaknya seperti sahabat termasuk berkongsi cerita, pendapat serta masalah dan selalunya mereka lebih selesa berkongsi masalah atau meluahkan perasaan kepadanya. Jika ada sebarang masalah berkaitan anak-anak, Amy berkata dia akan 'update' kepada suaminya. 

Kini pada usia 20 tahun, Ahmad Firdaus telah menunjukkan banyak perubahan positif pada dirinya seperti pandai berdikari, lebih berani dan yakin.

"Setiap perkembangan walau sedikit tetap menjadi kebanggaan kami. Hanya ibu bapa yang memiliki anak istimewa saja faham keadaan seperti ini."


Ahamd Firdaus & Eden Firdaus School - Kredit foto : Nona, IG amyabdaziz

Pada 2016, Ahmad Idham dan Amy telah menubuhkan sebuah sekolah pendidikan khas dan terapi buat anak-anak OKU yang diberi nama Eden Firdaus School. Idea ini tercetus selepas melihat perkembangan positif Ahmad Firdaus setelah dua tahun ditempatkan di Saint Claire, Singapura pada 2014, ditambah dengan pengalaman Amy yang hampir dua puluh tahun mengendalikan pusat jagaan dan pendidikan kanak-kanak.


Kredit foto : Nona, IG amyabdaziz

Menurut Amy, sekolah ini juga merupakan harta serta bekalan masa depan buat Ahmad Firdaus untuk dia membina kehidupannya sendiri andai kedua ibu bapanya sudah tiada kelak. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 25
Komen

Previous : Dulu Sekat Akaun, Sekarang Bekerjasama? Tok Ti Bikin Panas

Next       : Azzam Tayang Cinta Dengan Sheryl Shazwanie, Ramai Pula Yang Menyampah

Komen Terbaru

Quote minah_selekeh 17-10-2020 10:48 PM
Jaga anak istimewa bukan senang.. Bagus diorang laki bini berjaya raise anak sulung diorang sampai boleh berdikari..

Lain-lain Komen

Quote nazzse 16-10-2020 11:44 AM
Cantik wife dia
Quote umbut 16-10-2020 12:07 PM
Wife dia cantik... ada tadika sendiri kan
Quote BabyOnEarth 16-10-2020 12:15 PM
Helok anak2nya, hensem2 & cantik, hasil baka baik amy+idham
Quote mamajawie 16-10-2020 12:22 PM
bagus la bini mat dehem sampai buka skola untuk anak2 istimewa..smoga dipermudahkan urusan ye lagi2 tme covid ni..walaupun mat dehem slalu kena hencap dlm forum ni but usaha dia n bini dia buatkan aku kagum sgt2..kudos!
Quote RatuDunia94 16-10-2020 12:26 PM
At least heols ni xde la "menjual" anak autism kan..
Quote wak_pijah 16-10-2020 12:42 PM
Wife dia maintain cantik, terpegun tgk gambar masa diorang baru kawin dulu. Muka lembut je, smp skrg pun.
Quote codenamedream 16-10-2020 01:03 PM
Patutlah dulu dia pindah JB.  Sebab anak sulung dia sekolah kat Singapore.  
Quote haruslah 16-10-2020 01:17 PM
Hensem anak sulung dia
Quote md_nana 16-10-2020 01:22 PM
kadang2 tgk anak2 istimewa yg dtg dr family berada ni, untung sangat. sebab family banyak pilihan untuk beri yg terbaik berbanding yg dtg dr family x brp senang. mcm edry sampai sanggup pindah ke luar negara demi pendidikan anak dia.
Quote biozipstar 16-10-2020 01:45 PM
yg ini kagum betul... tahniah mat dehem n wife. moga terus berjaya, luas rejeki.. sbb ada anak mcm ni. x penah tau pun. patut kau positip juge org nye kan.. sbb ada perkara lain lebih sakit yg perlu kau pikir. good luck!
Quote husna_amal 16-10-2020 03:27 PM
Itu perkara macam ni sangat kagum dengan usaha ahmad idham dengan isterinya.
Quote mejaputih 16-10-2020 03:30 PM
bagus dia sedaya upaya ikhtiar supaya future anak oku dia at least terjaga...
Quote ad_hoc79 16-10-2020 03:39 PM
Alhamdulillah. Tahniah kerana menjaga anak istimewa dengan penuh kasih sayang
Quote gujiwa 16-10-2020 04:23 PM
alhamdulillah...
moga bahagia selalu hendaknya..

kebanyakan yang ank istimewa ni mesti ceburi bidang kanak2x.. sama ngan cikgu tadika skola ank iols.. pengetua dia buat tadika sbb ank dia istimewa..
Quote sukacactus 16-10-2020 04:34 PM
Masa dl tgk wife dia iras eja
Ank pompuan ahmad deham sebiji bapaknya
Quote auntyjems 16-10-2020 05:38 PM
mcm muka mommy nya. serius awet muda la wife dia
Quote kikikiko 16-10-2020 05:41 PM
gujiwa replied at 16-10-2020 04:23 PM
alhamdulillah...
moga bahagia selalu hendaknya..


Bini dia mmg buka tadika. Time tu montessori semua bala ni agak asing. Aku punya berangan nk masuk kn anak aku kt tadika dia tp time tu SPM pun x lps lg. Gatai nk kawen dah
Quote edayildiz 16-10-2020 05:45 PM
mcm xberubah muka wife dia..cntik mcm dulu..
dulu masa i kecik selalu sgt idham ni pergi kg i berlakon..mmg selalu la...gigih la i usha..byk taik lalat rasa muka dia..i kecik lg..x akil baligh lg kot.
Quote rafidah2405 16-10-2020 06:17 PM
Hensem anak2 dia

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top