Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Hadiah Menara Baharu Di Jakarta Bukti Cinta Suami

15-10-2020 04:11 PM Komen: 23
Lelaki di Indonesia sanggup menghadiahkan menara mewah sempena ulang tahun kelahiran isterinya.


Kredit foto: IG Gilang

Pemberian istimewa Gilang Widya Pramana, 31, yang diberi julukan Crazy Rich Malang kepada pengusaha kosmetik dan dermawan Shandy Purnamasari tular di laman sosial selepas berkongsi mengenainya di Instagram.

"Hadiah ulang tahun untuk orang paling istimewa, menara baharu di Jakarta!" tulisnya di Instagram.

Menurut lelaki itu, cinta juga perlu dijaga dan dirawat agar terus bersemi.



Katanya dipetik Sinar Harian, menara di Pancoran, Jakarta Selatan itu akan dijadikan ibu pejabat perniagaan mereka.

Gilang bagaimanapun tidak mendedahkan harga sebenar premis berkenaan.

"Pada tahun lalu, saya menghadiahkan telefon bimbit, rumah dan kereta untuknya. Alhamdulillah, rezeki saya bertambah kerana perniagaan saya, MS Glow semakin berkembang pesat.

"Saya terfikir untuk memberikan hadiah yang bermanfaat buatnya kerana dia sangat kuat bekerja. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk membeli menara untuknya," ujarnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 23
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote axl_bach 16-10-2020 11:11 AM
6-7 tingkat pun dipanggil menara?

Lain-lain Komen

Quote Scheherazade 15-10-2020 04:15 PM
Ada duit nk hadiahkan apa pun boleh. Kt sana, jurang perbezaan kaya miskin sgt ketara.
Quote TravellingBear 15-10-2020 04:20 PM
harap2 kekayaan bukan hasil scam org.

Kat sana scam boleh tahan jugak
Quote mamajawie 15-10-2020 04:25 PM
harap siperam yindon lagi telus dari siperam sini la..
Quote ultra78 15-10-2020 04:29 PM
MS Glow tu barang kosmetik. Dengan market sebesar Indonesia tu mmg tak hairan boleh jadi kaya raya. Sedangkan yg berniaga kosmetik di Malaysia dengan penduduk 30 juta pun dah kaya.
Quote husna_amal 15-10-2020 04:37 PM
Kaya dia ni level2 addy kana.
Quote tagas 15-10-2020 04:46 PM
scammer indon ke nih
Quote Belibis 15-10-2020 04:53 PM
Tak la kaya sangat berbanding ada yg beli tanah kat bulan.
Quote helicornia 15-10-2020 05:42 PM
kosmetik timbang kilo gak ke huhu
Quote Artemesiaa 15-10-2020 05:49 PM
Duit banyak lantak ler nak beli apa asalkan bukan hasil dari scammer
Quote belilies 15-10-2020 07:06 PM
Haaaa.... Mana hajar hanif dgn laki seroper DTL tu, bolehlaaaa celen laki minik ni. Ni barulah menunjuk benda yg wujud.
Quote missyL 15-10-2020 07:16 PM
TravellingBear: harap2 kekayaan bukan hasil scam org. Kat sana scam boleh tahan jugak


Kan. Kt sane kuat jgk scam.
Ni x kot hehe
Quote scorpionkiki 15-10-2020 07:20 PM
TravellingBear replied at 15-10-2020 04:20 PM
harap2 kekayaan bukan hasil scam org.

Kat sana scam boleh tahan jugak

I pun terfikir benda yg sama...ha ha ha
Quote diss69 15-10-2020 08:03 PM
Kat sana agk2 deorang alert x produk tmbng kilo ke x.. Ni memang superb kaya..
Quote ilacantik 15-10-2020 08:12 PM
diss69 replied at 15-10-2020 08:03 PM
Kat sana agk2 deorang alert x produk tmbng kilo ke x.. Ni memang superb kaya..

Alert tu alert jugak sis, tapi org sana lebih terpersona dgn result yg cepat. Kat sana popular gila drip dgn sulam bedak/sulam alis. Ngeri oi cucuk kat tangan pasang drip utk putih. Tapi kat sana benda common semua tu.
Quote diss69 15-10-2020 08:14 PM
ilacantik replied at 15-10-2020 08:12 PM
Alert tu alert jugak sis, tapi org sana lebih terpersona dgn result yg cepat. Kat sana popular gil ...

Uishh.. Cucuk2 lagi ngeri..
Quote SayaSayangMama 15-10-2020 08:17 PM
Hadiah la sgt pakai duit syarikat utk syarikat jugak hahaha
Quote Analisaxx 15-10-2020 08:57 PM
Hadiahnya bukan sembarangan yah
Quote 234126 15-10-2020 10:23 PM
Sejak boom case money laundering ni iol kalau tgk orang muda2 tapi kaya tak masuk akal memang otomatik jadi curiga kuikuikui
Quote syaz_lina 15-10-2020 10:35 PM
Ni set2 addy kana jgk ni

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top